Bab 7

218 27 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Waktu biasa yang selalu Kalea memulakan rutin hariannya. Tapi hari ini, dia perlu ganjak masa untuk berjumpa dengan Nadir. Kakinya masih lagi sakit dari semalam. Semuanya disebabkan hadiah yang jelas tahu dari Hakan.

Air mata tidak berhenti mengalir. Badan di tiarap lemah tidak bermaya. Rambut panjang sudah serabai tidak kemas. Memang benar, sekarang Kalea diusik perasaan sedih teramat. Dia masih belum lupa apa yang terjadi 7 tahun lalu.

Lelaki itu sendiri berjanji tidak akan meninggalkannya. Tetapi kenapa janji itu hanya tinggal kenangan? Adakah janji yang direka sekadar mahu menyedapkan hati si Kalea?

"Abang tak akan tinggalkan tatlım."

Suara serak basah yang beralun merdu dari Hakan seringkali menyapa masuk ke dalam mimpi. Bukan dia tak pernah mencuba untuk membuang perasan sayang dan cinta pada suaminya, tapi apabila dia mahu membuat sedemikian. Pasti akan ada suara suara lain yang menghalang.

"Sedar Kalea, apa yang Hakan buat pasti bersebab." Ujar suara hati Kalea yang diyakni baik.

"Buat apa kau nak sayang dia balik? Dia dah tinggalkan kau pun Kalea." Bisik pula suara hati Kalea yang jahat.

Kalea pegun. Kehidupan tersepit di tengah-tengah pemikiran. Kenapa kejam sangat takdir ini? Kenapa dia yang dipilih untuk lalui semua ni?

Sungguh Kalea katakan, dia tak mampu. Dia letih. Dia tak larat.
Dia dah penat menanggung derita selama ini. Sampai bila dia perlu bertahan?

Air mata yang masih rakus mengalir, dilap kasar dengan tapak tangan. Mata sudah sembam dan hidung sudah merah menyala.

Lepas dirawat oleh makcik Kalsum, tidak pula dia mahu melelapkan mata. Sungguh, dia mengantuk. Tapi entah mengapa dia tidak boleh tidur. Hairan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik kedengaran diketuk oleh seseorang. Mata yang kian terpejam dia paksa untuk buka. Siapa pula yang mengetuk pintu bilik Nadir pagi pagi buta ni? Ya, dia tidur dalam bilik Nadir. Memandangkan kakinya masih lagi berdarah likat, dia perlu juga tidur disini. Kakinya memang tidak benarkan dia berjalan.

"Ya makcik. Kenapa?" Dengan suara yang sudah jelas baru habis menangis, dia menyoal. Siapa lagi yang ada dirumah ini kalau bukan makcik Kalsum? Hanya orang tua itu sahaja yang ada.

Senyap. Sunyi sepi. Hanya bunyi aircond kedengaran. 

Kalea hairan. Mungkin hanya halusinasi. Tak ada pun suara disebalik pintu luar sana.

Tok! tok! tok!

Sekali lagi ketukan pintu terhasil. 

"Mummy, ini Nadir.

Terus terpampang setelah mendengar siapa gerangan yang mengetuk. Membulat terus mata si Kalea. Kaki yang sakit sudah hilang serta merta. Dia bangun dari pembaringan dan mula mengubah ke posisi duduk. 

Nadir? Takkan Nadir datang sini pukul 5 pagi?

Krakk!

Pintu bilik terbuka sikit demi sedikit. Setelah itu, muncullah wajah Nadir yang sudah dibasahi air mata disana. Dan dibelakang Nadir ada Puan Sri Nora Alimah berserta Tan Sri Ahmad Shah. Muka mereka pun nampak tidak tenang sahaja.

"Mummy!"

Nadir berlari mendapatkan Kalea diatas katilnya. Lantas itu, pelukan erat terjalin antara mereka berdua. Sekali lagi, Kalea menghembur tangisan.

"Nadir buat apa dekat sini sayang?" Soal Kalea. Belakang tubuh anaknya diusap lembut.

"Nadir mimpi mummy sakit." Teresak esak Nadir memberitahu.

QISMET ISHQ ( TERBIT ) [UNEDITED VERSION]Where stories live. Discover now