Bab 01 - ALYA HUMAIRA

7.7K 164 3
                                    

15:25 p.m. - Melaka.

Seorang gadis yang berukuran tinggi 158cm itu sedang menunggu kehadiran seseorang di pagar luar rumahnya. Kepala tidak berhenti menoleh kiri kanan mencari kelibat kereta yang diingini.

Sejurus itu, dia langsung menekan kenalan seseorang sebelum telefon itu diletakkan pada telinga.

Tidak sampai 1 minit panggilan itu disambung.

"Awak, awak janji hari ni nak pergi beli baju pengantin kita. Tapi dah sejam saya tunggu awak.. awak tak sampai-sampai pun lagi ni"

"Laa awak tunggu saya ke? Sorry saya tak ingat pulak nak bagitahu awak, hari ni tak boleh la nak pergi beli baju pengantin sebab saya ada meeting secara mengejut. Maafkan saya eh, Alya"

"Ishh apa awak ni! Semalam dah janji kan.."

"Yee saya tahu. Nak buat macam mana saya hanya mampu merancang dan buat perjanjian je tapi segala ketentuan allah yang tentukan"

Alya menghela nafas kasar. Kesal dengan sikap tunangnya itu. Janji melayu betul.

"Kalau macam tu tak apa la. Bye."

Tidak sempat Rafiq Aqashah membalas kerana Alya Humaira terlebih dahulu mematikan talian itu.

Telefon dijatuhkan ke sisi. Alya memuncungkan bibirnya. Sedih. Kesal. Kecewa. Semua ada.

"Buat penat je siap. Last-last tak jadi.." bebel Alya sendirian. Kemudian telefonnya kembali diangkat paras dada. Kenalan seseorang dicari lagi.

"Hello Masya"

"Yaa bestiehh!"

"Wahh kemain riang kau hari ni? Ada pape ke?"

Kedengaran ketawa kecil Masya Qalisya dihujung panggilan tersebut.

"Tak ada laa. Haa ada apa kau call aku ni? Nak ajak keluar ke?"

"Tepat sekali! Kau free tak?"

"Aku on je. Kat mana?"

"Tempat biasa la eh? Nak luah benda dekat kau ni"

"Haaa okay-okay. Jumpa kau kat sana!"

Sekali lagi panggilan diputuskan oleh Alya lalu dia berjalan melangkah ke arah garaf kereta sebelum dia meloloskan dirinya masuk ke dalam keretanya.




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂




"So, kita nak makan dekat mana ni?" tanya Masya kepada Alya apabila dia melihat Alya berjalan seperti tiada penghujung.

Tetapi tiada respon dari Alya malah dia hanya berjalan sahaja.

Masya merengus perlahan. Aihh mesti ada benda yang tak kena ni.

"Alya, kau okay tak ni? Ada masalah ke? Kalau ada cerita la dekat aku" kata Masya sambil menatap sisi wajah kawannya itu.

"Tak ada pape la" respon Alya nak tak nak.

"Ishh kau ni Alya! Kita kan bestfriend takkan la dengan aku pun kau nak berahsia bagai? Kau kena ingat kita ni ibarat isi dengan kuku tau" kata Masya yang mahu melepas geram.

Alya yang mendengar kata-kata kawan baiknya itu terus memberhenti kakinya dari terus melangkah. Wajah Masya dipandang lama.

"Aku pun tak tahu la, Masya. Aku perasan 2/3 hari ni dia lain sangat" kata Alya yang bernada sedih.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now