Bab 18 - ALYA HUMAIRA

2.4K 73 9
                                    

"Apa la nasib aku hari ni.." kata Alya sendirian sambil berjalan menuju ke arah kafe pejabat. Sampai sahaja kafe tersebut, dia menolak pintu kaca kafe itu. Dia berjalan lurus ke arah kaunter untuk membuat pesanan.

"Hai selamat datang, cik Alya nak order apa ye?" tanya pekerja wanita kafe itu dengan ramahnya.

"Bagi saya ais coklat eh satu"

"Okay siap! Cik Alya boleh tunggu dekat meja sana kejap eh.. bila pesanan cik Alya siap.. saya tekan loceng okey?"

"Alright." Alya memusingkan badannya dan melangkah ke arah meja yang dikatakan oleh pekerja wanita itu sebentar tadi.

Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggungnya tiba tiba agenda mesra meja disebelah tingkap itu menarik perhatiannya. Alya mengecilkan mata untuk kelihatan lebih jelas siapa figura tersebut.

"W..what? Fyras?"

Terlihat Fyras mahu mengambil sesuatu di atas kepala Farisya. Dan tidak sewenang wenangnya kelakuan mesra itu membuatkan diri Alya cemburu pada ruang hatinya.

Dengan itu, dia hanya merenung sahaja agenda mesra itu. Tiada kata kata yang mahu keluar dari mulut Alya malah dia melangkah pergi meninggalkan kafe tersebut.

Ting! Ting!

"Pesanan ais coklat cik Alya Humaira dah siap!" jerit kecil pekerja wanita itu dengan matanya meliar liar mencari di mana Alya berada.

Fyras yang rancak berbual sambil ketawa dengan Farisya itu terhenti. Dia berpaling ke arah kaunter. Dahinya dikerutkan.

"Alya Humaira?"

Farisya mengerutkan dahi.

"Siapa Alya Humaira, abang?"

Fyras langsung berpaling ke arah Farisya.

"Eh, tak ada pape lah.. kat mana kita tadi?"




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂




Haikal melangkah keluar dari lif tatkala dia sudah sampai di tingkat 7. Kaunter pertanyaan dituju.

"ASSalamualaikum akak princess!" terjah Haikal sambil menepuk meja kaunter itu dengan kuat.

"AIsh Haikal ni! Terkejut tau kak Liza. Ni kalau akak sumbat kau dengan tetikus ni apa pun tak dapat" amarah kecil Liza dengan dahinya berkerut. Dia menjeling Haikal dengan penuh rasa geram terhadap lelaki itu.

"Alalala garunk pulaks dia arini~"

"Haa! Buat apa datang sini? Dekat pejabat kau tak ada kerja ke sampai terjah dekat sini? Kau ingat kau boss dekat syarikat sebelah kawan kau ni, kau boleh keluar sesuka hati? Ha?" Pelbagai soalan yang dilontarkan oleh Liza kepada Haikal. Mana taknya sekarang dah habis waktu makan tengah hari. Sepatutnya sambung balik buat kerja, tapi dia sesuka hati je nak datang syarikat orang. Tahu la diri tu boss, tapi jangan la sesuka hati je keluar masuk office.

"Ya ampun kak, apasal garunk sangat ni hari ni ni? PeriOD eh?"

"Aish! Kau ni! Cepat lah nak apa?"

"Ye la ye la. Fyras ada?"

"Hmm akak dah agak dah. Dia tak ada"

"Pergi mana?"

"Makan la"

"Kan dah habis waktu lunch?"

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now