Bab 13 - ALYA HUMAIRA

2.6K 80 4
                                    

Kini Elyra sedang mundar mandir di dalam biliknya. Dari petang hingga malam dirinya gelisah semacam. Tambahan pula tidak senang duduk.

"Aduu! Aku nak lari dekat mana ni hah? Kau pun satu la Elyra.. yang kau pergi sepak dia punya burung tu dah kenapa?" amarah Elyra pada dirinya sendiri. Hujung jari telunjuk digigit kecil.

Sedang Elyra gelisah semacam itu tiba tiba satu notifikasi telefonnya naik. Dia menggerling ke arah telefonnya di atas meja sebelum objek itu di ambil.

"Siapa pulak ni?" Mesej itu menarik perhatian Elyra. Jari telunjuk Elyra langsung menekan mesej itu tanpa ragu ragu.

 Jari telunjuk Elyra langsung menekan mesej itu tanpa ragu ragu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tangan Elyra mula bergetar takut. Bukan dia tak tahu perangai si Aidid ni macam mana. Kalau dia cakap dia akan buat, bermakna dia akan buat.

Jarinya terus mematikan telefonnya. Objek itu dilemparkan di atas katil. Dia kembali seperti cacing kepanasan.

"Apa aku nak buat nihhhh" bentak Elyra dengan nafas tidak teratur. Kakinya tidak berhenti ke hulur ke hilir.

"Kalau aku lari, macam mana aku nak dapatkan Fyras balik? Kalau aku cancelkan macam tu je plan aku.. mesti Fyras dengan perempuan tu bahagia, kan?"

"No no no. Tak boleh.. diorang tak boleh bahagia.. Fyras hanya boleh bahagia dengan aku je" kata Elyra bersama senyuman sinis tetapi senyuman sinis terukir pada bibirnya tidak lama. Perlahan lahan senyuman sinis itu lesap.

"Tapi kalau aku teruskan jugak plan aku untuk dapatkan Fyras balik.. habis tu macam mana dengan Aidid? Mesti dia cari aku sampai lubang cacing"

Elyra kembali gelisah. Di dalam fikirannya sekarang ini serabut memikirkan mahu dapatkan Fyras balik ataupun selamatnya dirinya dan pergi jauh daripada Kuala Lumpur ini.

"Arghh! Aku tak ada pilihan.. aku kena selamatkan diri akuu.. tapi you jangan nak bahagia sangat eh Fyras.. i akan kembali KL bila masalah i dah selesai" kata Elyra apabila dia membuat keputusan untuk melarikan diri keluar daripada KUALA LUMPUR dan pergi jauh ke luar negeri mahupun luar negara. Dia tiada pilihan. Dia terpaksa hapuskan cadangannya untuk dapatkan Fyras semata mata untuk selamatkan dirinya dari terus di cari oleh Aidid.




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂



Fyras yang berada di dalam biliknya itu hanya tekun sahaja dengan kertas kerjanya. Tiba tiba telefon berjenama Iphone 11 pro max miliknya berbunyi. Tangannya mula memgambil telefonnya dan ditekapkan pada telinga. Mata pula masih setia memandang kertas kerjanya.

"Hello assalamualaikum"

"Waalaikummussalam sahabat sejatiku~"

Fyras mengerutkan dahi apabila orang memanggilnya membalas sebegitu. Dia menjauhkan telefonnya dari telinga sekilas melihat orang yang memanggilnya tetapi hanya nombor telefon sahaja terpapar pada skrin.

"Eh? Ni siapa?"

"Laa.. kau dah tak kenal aku ke?"

"Tak. Kau siapa?"

"Sampai hati kau eh dah lupa aku.. dah laa majuk la macam ni.."

"Eh eh! Kejap kejap! Kau ni siapa? Bagitahu la kau ni siapa?"

"Ish kau ni! Ni aku lah! Haikal Syazwan Bin Dato Ismail. Dah lupa?"

"Eh?! Kal?! Bila kau balik setan?!"

"Astagfirullahhalazim, kau setan kan aku, Fyras? Sampai hati kau eh? Dah la lupa aku.. astu setan setankan kita pulak!"

"Hahaha. Sorry la, Kal. Aku excited pulak.. ni aku tanya bila kau balik sini?"

"Dah lama dah.. nak dekat seminggu lebih macam tu"

"Wahh.. dah seminggu lebih balik baru nak call aku eh kau?"

"Ha ye la. Sebab aku lost contact jadi disebabkan aku nak sangat nombor kau aku pergi la tempat kerja kau tapi nasib aku sebab kau busy time aku pergi tu sebab kak Liza cakap kau ada meeting.. jadi aku tak nak la kacau kau meeting and then aku just minta nombor kau je ngan kak Liza.. ha gitchuwww~"

"Oh! Faham faham"

"Haa faham kan? Jadi kalau dah faham tak nak jumpa aku ke? Jam awal lagi ni.. baru pukul 10:42.. meh la lepak lepak luang masa dengan aku malam ni"

"Hahaha boleh boleh. Aku siap sekarang tapi aku nak kemas barang kerja aku dulu tau nanti bila aku on the way aku bagitahu and before kau pergi tu send la location kat aku dulu kat mana nak jumpa"

"Haa okeh beres! Jumpa kau nanti!"

"Okay brotha"

Panggilan itu dimatikan oleh Fyras. Bibirnya perlahan lahan tersenyum. Helaian kertas mula dimasukkan ke dalam fail dan diletakkan ke tepi. Apabila dia memastikan meja kerjanya kemas, dia mula bangun dari kerusi dan menuju ke arah bilik salinan baju yang sesuai untuk pergi berjumpa dengan sahabat sejati.




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂




Aidid menghempas kuat badannya di atas katil. Rambutnya digengam dengan kedua belah tangannya. Gigi gerahamnya pula di laga lagakan. Disebabkan oleh kelakuan Elyra pada pukul 8:30 malam tadi membuatkan dirinya mahu bunuh sahaja perempuan itu tetapi nasib baik dia ada tahap kesabaran lagi. Kau bernasib baik Elyra.

"Aku takkan lepaskan kau macam tu je, Elyra. Aku akan seksa kau cukup cukup" kata Aidid dengan geramnya. Telefon yang berada disebelahnya itu di gapai sebelum membukanya. Jarinya menekan satu applikasi. Applikasi whatsaap dibuka.

"Argh! Sial punya betina! Dia baca je mesej aku?! jerit Aidid tatkala dia melihat mesejnya hanya dibaca sahaja oleh Elyra. Dia melemparkan telefonnya disebelah kembali. Nasib baik tak jatuh ke bawah. Kalau tak pecah berterabur dibuatnya.

Sumpah! Sumpah! Sumpah! Dirinya amat geram tambah begang terhadap Elyra. Sememangnya orang seperti Aidid tidak boleh dimain mainkan. Dendam tetap dendam, balas tetap balas.

Aidid bangun dari baringan. Kedua tangannya memegang sisi katil. Matanya lurus memandang ke arah dinding bagaikan mahu tebus itu. Lidahnya menolak nolak sedikit pipi dari dalam.

"Aku pantang kalau perempaun main main dengan aku.. kau tak kenal aku lagi, Elyra. Kau belum kenal aku sepenuhnya lagi sebab tu la kau berani main main dengan aku kan? Tak apa. Kita tunggu. Bila aku dapat kau nanti.. memang aku akan seksa kau cukup cukup sampai aku puas dan meluat dengan kau. Tu janji aku" tutur Aidid dengan nafas turun naik. Sisi katil digengam dengan penuh geram. Keluar urat urat tangan dibuatnya.



Bersambung...

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now