Bab 34 - ALYA HUMAIRA

3K 73 11
                                    

Waktu siang sudah bertukar menjadi malam. Jam sekarang menunjukkan pada pukul 8:15 malam. Rancangan yang dibincangkan akan bermula tidak lama lagi.

Haikal selamat parking kereta disebuah lorong yang agak sunyi sedikit untuk memudahkan kerjanya.

"Kat sini ke?" soal Masya.

Ya Masya ikut sekali setelah Haikal memberitahu kesemua perkara ketika mereka lunch tengah hari tadi. Masya juga mahu melihat apa yang akan berlaku pada malam ni. Jadi Haikal ikutkan sahaja apa kehendak Masya.

"Ye dekat sini.. tapi saya tengah cari Julia dekat mana dia sekarang ni.. dia cakap dah sampai dah" balas Haikal dengan matanya meliar liar mencari kelibat Julia.

"Tu ke dia?"

Haikal mengecilkan matanya.

"Ha! Betul la tu!" Haikal langsung keluar dari kereta. Begitu juga dengan Masya.

"Siapa ni?" tanya Julia sambil menunding jari ke arah Masya.

"Bakal isteri aku"

Julia yang mendengar balasan dari Haikal itu langsung terkejut, namun cepat cepat dia berubah air mukanya.

"Ouh.. faham.. tapi dia kena ikut aku la sorok dekat belakang dinding sana.. nanti kang kantoi pulak"

"Alright! By the way kau dah send location dah dekat Bella?"

"Dah.. aku cakap 8:30 dan aku dah bagitahu dah nombor plate kereta kau apa semua"

"Cun! Puan Amanda? Macam mana pulak?"

"Dia pun dah siap sedia dah dekat sana" Julia menunding jari ke arah disebalik dinding.

"Kereta kau?"

"Dekat sana jugak"

"Alright! Sekarang dah 8:25 jadi aku masuk dulu"

"Okay! Jom..." ayat Julia terhenti apabila dia tidak tahu nama Masya.

"Masya"

"Ouh.. Masya. Jom Masya kita beredar sini" Julia memegang pergelengan tangan Masya.

Masya memandang Haikal dengan wajah penuh kerisauan terhadap Haikal. Sepanjang dirinya ditarik oleh Julia, dia tidak lepas memandang Haikal yang hanya tersenyum sambil melambaikan kecil ke arahnya.

"Don't worry, sayang. Everything is fine" hanya ayat itu sahaja bermain difikirannya ketika Haikal memberitahunya sepanjang perjalanan untuk sampai ke sini. Dengan itu, Julia dan Masya mula menyembunyikan diri disebalik dinding.

Haikal mula meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Dia mengambil telefon dari poket seluar dan acah acah bermain sesuatu.

Tidak lama kemudian pintu keretanya dibuka seseorang. Haikal langsung berpaling disebelah.

"Eh? Kau buat apa kat sini?" tanya Haikal seakan buat buat gelabah.

Bella hanya tersenyum gedik sahaja. Pemakaiannya sungguh menjolok mata sehingga menampakkan peha yang putih mulus. Rambutnya dilepaskan. Bibir pula merah seperti warna bunga ros.

"I dah lama tunggu saat ni, Haikal.. kenapa you susah sangat ha nak terima i dalam hidup you? Apa kurangnya i, Haikal?"

"Apa kau cakap ni? Buat apa aku nak terima kau sedangkan aku dah nak jadi suami orang?"

"No! You tak boleh jadi hak milik orang lain! You kena jadi milik i sorang je!" jerit Bella.

"Kau dah gila ke apa hah, Bella?!"

"Yes! I gila! I gilakan you!"

Haikal menggeleng geleng kepala.

"Sah kau memang gila!"

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now