Bab 09 - ALYA HUMAIRA

2.7K 101 1
                                    

Kereta milik Elyra selamat parking di kawasan syarikat Fyras. Dia melolos keluar dari kereta. Bajunya yang ketat sedikit dibetulkan sebelum pintu kereta ditutup. Kakinya mula mengatur langkah menuju ke arah pintu automatik dengan berjalan lenggang lenggok. Tempat lif ditujunya.

"Harap menjadi la pikat hati dia" kata Elyra perlahan sebelum jarinya menekan butang lif.

Hanya beberapa saat sahaja pintu lif itu terbuka dan dia melolos masuk ke dalam lif. Pintu tertutup. Jarinya kembali naik menekan butang lif tingkat 7.

"Aku tak kisah dia nak layan aku macam mana sekali pun, asalkan aku dapat dia balik dah cukup bagus dah."

Pintu lif terbuka menandakan dia sudah tiba ditingkat 7. Elyra melolos keluar dari lif dan menuju ke arah bilik Fyras. Kaunter pertanyaan itu hanya melepasi begitu sahaja.

"Eh eh! Puan!" panggil Liza dengan cemas.

Elyra memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke tepi melihat Liza yang memanggilnya itu.

"Yes?"

"Ouhh.. Elyra rupanya" kata Liza perlahan.

"Excuse me? Ada apa panggil aku?"

"Eh tak! Puan Elyra tak boleh masuk bilik boss Fyras sekarang ni sebab dia ad—"

"Argh! Peduli apa aku!" Elyra langsung melangkah kembali menuju ke arah bilik Fyras.

"Eh eh! Puan Ely—aduhh! Masak aku lepas niii" bentak Liza sambil mengigit kecil bibir dibawahnya.

"Kecoh betul" gumam Elyra. Apabila sampai dihadapan bilik Fyras, dia kemaskan sedikit rambutnya. Baju pula dibetulkan. Kemudian itu, Elyra langsung menolak pintu yang tidak dikunci.

"Good morning Fyras say—" kata kata Elyra terhenti apabila dia melihat agenda yang menjolok matanya. Baginya agenda itu tersangat sangat lah panas.

"Fyras! You buat apa ni?!" jerit Elyra dengan mata membulat luas.

Fyras yang menyambut Alya dari terus jatuh itu langsung menoleh ke arah suara yang menjerit.

Elyra melangkah besar ke arah Fyras dan Alya. Beg sadangnya dibaling ke arah sofa.

"You buat apa dengan perempuan ni, Fyras?!" soal Elyra dengan nafas turun naik.

"Aku buat apa?" soal Fyras kembali. Dia menjongket sebelah kening.

"You ingat i buta ke apa? I nampak la dengan mata i Fyras!"

"Habis tu kalau kau dah nampak.. kenapa kau tanya lagi?"

Elyra memandang Fyras tidak percaya lalu matanya beralih ke arah Alya yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Eh perempuan!" Elyra menolak bahu Alya sekilas.

"Hey Elyra! Kau jangan berani nak sentuh bakal isteri aku eh!" amarah Fyras dengan tegas. Dalam masa yang sama dia menarik tangan Alya menyuruh gadis itu menyorok di belakangnya.

Elyra terkaku seketika. Mulutnya seakan terkunci apabila mendengar kata kata yang keluar dari mulut Fyras.

"Ba..ba..bakal isteri?"




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂




"Aduu time ni la dia nak tertinggal barang pulak" bentak Masya dengan menghentak hentak kecil kakinya di dalam lif itu.

"Cepat la cepat la cepa— ha!" Langsung Masya keluar dari lif dan menuju ke arah pintu automatik. Dia berselokar di dalam beg sandangnya mencari anak kunci kereta.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now