Bab 20 - ALYA HUMAIRA

2.6K 75 0
                                    

Alya mengatur langkah ke arah parking lot apabila dia terlihat Fyras menyandarkan diri pada permukaan pintu kereta. Sampai sahaja di hadapan lelaki itu, Alya hanya mendiamkan diri sahaja.

Fyras tersenyum melihat wajah Alya tetapi Alya hanya menayangkan wajah riak kosong tanpa ada secalit senyuman yang terukir pada bibirnya. Dan tidak sewenang wenangnya kelakuannya menarik perhatian si Fyras, akan tetapi Fyras mengabaikan sahaja mungkin awal pagi lagi.

"Good morning, sayang" ucap selamat pagi Fyras kepada Alya. Matanya hanya merenung sahaja melihat wajah Alya yang masam mencuka.

"Morning." Alya membalas tetapi matanya meliar liar ke arah lain.

Fyras mengerutkan dahi. Asal masam je pagi ni? Aku ada buat salah ke?

"Awak kena—"

"Cepat la. Nanti lambat pulak nak jumpa client tuan"sampuk Alya dengan lajunya dia memotong percakapan Fyras.

Fyras merengus kecil. Dia beralih ke tepi untuk membuka pintu kereta buat Alya. Dengan pantasnya Alya melolos masuk ke dalam kereta tanpa mengucap terima kasih kepada Fyras. Fyras menutup pintu kereta.

"Lain macam dia hari ni" gumam Fyras dengan rasa peliknya timbul dalam dirinya.

Apabila Fyras juga selamat melolos masuk ke dalam kereta, dia memandang Alya sekilas di sebelah. Terlihat gadis itu melemparkan pandangan ke arah luar tingkap. Sikit pun Alya tidak berpaling ke arahnya.

Seatbelt ditarik dan dipakai pada tubuhnya. Sekali lagi Fyras curi pandang ke arah Alya. Gadis itu masih lagi tiada ura ura mahu melihat ke arahnya.

Fyras mengeluh perlahan.

"Sayang, kenapa ni? Lain macam je awak pagi ni?" soal Fyras berani. Dalam masa yang sama dia juga menurunkan handbreak sebelum kereta miliknya keluar dari parking dan meluncur ke arah lebuh raya.

Kesian kepada si Fyras kerana dek soalan soalannya tidak dibalas oleh Alya.

"Kalau saya ada buat salah bagitahu, jangan masam mencuka macam ni. Rusing la saya" pujuk Fyras sambil memandu kereta. Gadis disebelahnya dipandang sekilas.

Alya menghela nafas panjang sambil membetulkan posisi duduknya.

"Kalau ye pun nak curang tak payah la datting dekat kafe pejabat." Alya mula bersuara walaupun hatinya sekarang ini seperti api membara. Wajah Fyras disebelah itu langsung tidak dilihat.

Fyras mengerutkan dahi apabila Alya mengeluarkan kata kata begitu. Curang?

"Curang? Sejak bila saya curang dengan awak?" soal Fyras yang tidak berpuas hati itu.

Alya menggulingkan matanya ke atas. Sebal dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki disebelahnya itu.

"Fikir la sendiri."

Lagi berkerut dahi Fyras dibuatnya. Curang? Bila masa aku curang?

Setelah beberapa minit memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Alya, Fyras langsung dapat tangkap. Ooo curang...

"Awak sure ke sayang yang saya curang dengan awak?" soal Fyras dengan kening dijongket sebelah.

"Mestilah. Dah terang lagikan bersuluh depan mata saya masa tu!" bentak Alya sambil merenung wajah Fyras tajam.

Fyras tertawa kecil menampakkan gigi rapinya.

"So awak percaya la? Tak nak dengar perjelasan saya dulu?"

Alya mendiamkan diri dengan melemparkan pandang ke arah luar tingkap. Sumpah sakit hati!

"Alalala comel je dia cemburu~" lerek Fyras yang mahu mengusik Alya. Bukan selalu usik usik di pagi hari macam ni kan? Bakal isteri aku jugak.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now