Bab 15 - ALYA HUMAIRA

2.6K 75 6
                                    

Bangunan kosong ketiadaan penghuni itu diduduki oleh 5 orang lelaki dan 1 perempuan. Perempuan itu adalah Elyra.

Elyra sekarang ini diikat di atas kerusi. Dirinya masih lagi tidak bangun dari pengsan. Rambutnya yang tadi kemas dan kini sudah pun serabai.

"Sampai bila nak tunggu dia bangun ni?" Shakir mula bersuara apabila dia melihat Elyra tiada tanda tanda mahu bangun dari pengsan.

"Entah la." jawab Wazir. Dia berpaling ke arah sorang lagi disebelah kirinya.

"Did, pergi la kejutkan dia" arah Wazir kepada Aidid. Tangannya tidak lepas menyilang pada dada.

Aidid menoleh sekilas ke arah kawan-kawannya. Tiada respon dari Aidid malah dia mula mengangkat kaki dan mendekati Elyra yang masih lagi pengsan itu di atas kerusi.

Aidid membongkokkan sedikit badannya untuk sama taraf dengan Elyra. Pipi putih lembut gadis itu ditepuk dengan perlahan.

"Woi! Bangun!"

Elyra menjauhkan sedikit wajahnya sebelum dahinya berkerut kerut mahu membuka mata. Benda yang pertama sekali dia tengok adalah lelaki yang mahu menyiksanya.

Matanya membuntang luas dengan mengundurkan dirinya kebelakang.

"Ai..aidid?" Suara Elyra mula ketakutan. Nafasnya mula tidak teratur.

Aidid hanya tersenyum sahaja. Dia bangun dari bongkok. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajah ketakutan Elyra itu dipandang lama.

"Kau ingat kau boleh lari dari aku? Heh! Kau silap besar Elyra. Kesian kau ye? Dah kemas kemas barang nak lari dari KL and last terperangkap jugak? Sia sia je la kau kemas semua barang kau tu" tutur Aidid dengan ketawa sinis.

Tiada kata kata Elyra mahu mengukapkan. Dia hanya memandang sahaja Aidid dengan ketakutan.

"Macam ni la Elyra Syafika ye? Memandangkan kau dah kemas semua barang barang kau.. siap dalam bagasi besar lagi.. macam tahu tahu je kan aku nak bawak kau dekat suatu tempat ni.. kau tahu tak tempat apa?"

Elyra menggeleng perlahan.

"Tempat ni dimana kau akan di seksa dengan aku" kata Aidid selamba.

Elyra menelan air liurnya dengan kasar. Dia kembali tidak senang duduk. Kata kata Aidid seperti serius sahaja.

Aidid tersenyum sinis seketika lalu dia menoleh ke belakang melihat 2 orang kawannya.

"Aku tak nak seksa dia dekat tempat ni.. aku nak seksa dia dekat tempat yang menarik.. jadi tolong bawak dia masuk kereta" arah Aidid kepada kawannya.

"Kau nak seksa dia dekat mana pulak, Did?" soal Shakir dengan keningnya terangkat sebelah.

Aidid menarik senyuman sinis.

Shakir dan Wazir memandang satu sama lain.

"Seram pulak aku dengan jantan ni" bisik Shakir pada telinga Wazir.

Wazir mengangguk setuju.




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂




Kini Fyras berada di dalam bilik CCTV bersama security. Security yang bernama pak cik Ahmad itu adalah seorang yang menjaga bilik CCTV di syarikat Fyras.

"Pakcik Mad cuba tengok cctv dekat depan bangunan saya.. dekat parking kereta tu" arah Fyras sambil menongkat tangan kirinya pada sisi kerusi. Tangan kanan pula mengarahkan pak cik Ahmad menunjuk tempat tempat dimana Alya hampir dilanggar.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now