Bab 05 - ALYA HUMAIRA

2.9K 121 2
                                    

Kereta milik Masya selamat diparking di tempat kerjanya. Alya disebelah Masya itu tidak lepas melihat bangunan yang besar lagikan mewah itu.

"Sya, betul ke kau kerja dekat sini?" soal Alya tidak percaya.

"Betul la. Kenapa?"

"Bapak mewah gila bangunan ni!"

Masya tertawa kecil.

"Baru luar. Kau belum tengok dalam lagi macam mana. Eh! Dah la meh masuk.. dah nak masuk pukul 8 dah ni" kata Masya sebelum dia melolos keluar dari keretanya.

Alya turut melolos keluar dari kereta. Pintu ditutup. Bangunan dihadapannya sekarang ni dipandang tanpa kelip.

"Aku rasa aku tak boleh la, Sya"

"Ish kau ni! Cuba la dulu.. mana tahu boleh"

Alya menarik nafas panjang dan menghembus perlahan.

"Jom masuk." Masya melangkah terlebih dahulu ke arah pintu automatik. Tidak lupa langkahnya dituruti oleh Alya dibelakang.

"Tingkat ke berapa ni bilik boss kau?"

"7"

"Hah?! Tingginya?!"

"Ye la. Kenapa?" tanya Masya. Jarinya menekan butang lif.

"Tak ada la. Terkejut je. Ingatkan tingkat 3/4"

Masya tersenyum. Pintu lif sudah pun terbuka. Mereka berdua melolos masuk ke dalam lif. Masya menekan butang lif nombor 7.

"Nanti sebelum kau masuk interview jangan lupa bismillah tu tau" pesan Masya kepada Alya.

"Okay"

Sekali lagi Masya mengukir senyuman. Beberapa saat pintu lif terbuka. Mereka melolos keluar dari lif.

"Selamat pagi, kak Liza" ucap Masya kepada pembantu kaunter pertanyaan itu.

"Selamat pagi, Masya" balas Liza sambil tersenyum. Matanya bergerak ke arah Alya dibelakang Masya.

"Siapa tu?" soal Liza dengan perlahan.

"Kawan Masya.. dia nak interview dekat sini"

Mulut Liza terlompong kecil sambil mengangguk faham.

"Boss dah sampai dah?"

"Oh! Dah!"

"Okay. Masya bawak dia pergi jumpa dengan boss dulu eh?" pinta Masya dengan sopan santunnya.

"Ha ye la."

Masya mengukir senyuman sebelum dia melangkah terlebih dahulu ke arah bilik bossnya.

"Good luck" ucap Liza kepada Alya secara perlahan. Tidak lupa secalit senyuman pada bibirnya itu.

Alya mengangguk laju dengan membalas senyuman buat Liza lalu dia berlari kecil mengejar langkah Masya yang sudah jauh darinya.

Beberapa langkah meraka sudah pun tiba dibilik boss Masya. Tangan Masya naik dan mengetuk dua kali pintu bilik bossnya itu.

"Masuk!" Tegas sahaja suara yang berada di dalam bilik itu.

"A..asal aku dengar macam garang weh?"

"Ish tak ada la. Jom masuk" Tangan Masya mula menolak pintu bilik bossnya. Alya dibelakang memegang kecil pada hujung baju Masya.

"Ye Masya? Ada apa?" soal bossnya.

"Boss ingat tak yang saya cakap ada kawan saya nak interview kerja dekat sini?"

"Hm. Ingat"

"Ha ni la dia." Masya beralih ke tepi. Terpapar lah wajah Alya dengan ketakutan sambil menundukkan pandangannya ke bawah.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now