Bab 35 {AKHIR} - ALYA HUMAIRA

3.8K 84 17
                                    

5 tahun sudah pun berlalu, Kini Alya sedang menyiapkan sarapan pagi sambil termenung ke arah luar tingkap. Entah apa yang difikirkan pun tak tahu la si Alya ni.

"Mommy, tengok siapa datang~"

Alya menoleh kebelakang apabila mendengar suara anak perempuannya iaitu Aliessa Farhana yang berusia 5 tahun.

"Eh? Masya?" Alya langsung meletakkan mangkuk berisi cococrunch itu diatas meja lalu memeluk erat kawan baiknya sudah sekian lama tidak jumpa.

"Bila kau sampai Malaysia?" tanya Alya. Tangannya ligat mengambil mangkuk berisi cococrunch lalu memberi kepada Alieesa.

"Semalam" balas Masya ringkas.

Alya mengangguk tanda faham.

"Anak kau mana? Tak ikut?"

"Tak. Ikut ayah dia pergi mall"

Sekali lagi Alya mengangguk. Tangannya pula naik membelai ringkas pada rambut Alieesa.

"Kau okay tak, Ya? Macam murung je aku tengok muka kau ni?" soal Masya apabila dia perasan Alya tiba tiba sahaja termenung.

"Alieesa makan dulu ye? Mommy nak borak dengan aunty Masya jap okay?"

"Okay mommy"

Alya tersenyum sebelum mengucup sekilas pada pipi Alieesa lalu berjalan ke arah pintu dapur. Dituruti Masya dibelakang.

"Entah la, Sya.. lately ni aku rasa dia lain macam tahu tak? Semalam balik lewat.. aku tanya pergi mana dia cakap dia penat la apa la" ujar Alya sebelum merengus perlahan.

"Habis tu? Kau fikir yang bukan bukan pasal dia?"

"Tak.. aku tak fikir bukan bukan pun pasal dia.. aku just pelik je dengan perangai dia.. tiba tiba macam berubah.. tak macam dulu" kata Alya. Dia menoleh sekilas ke arah Alieesa yang sedang menikmati sarapan kegemaran cococrunch dia itu.

"Kau jangan la duk fikir macam tu.. mungkin dia penat kerja.. ye la.. aku dapat tahu yang campony dia semakin maju sekarang"

"Macam mana kau tahu? Kau kan duduk dekat Indonesia?"

"Aku je duduk Indonesia.. suami aku duduk Malaysia"

"Ouh jadi Haikal la bagitahu kau?"

"Haah."

Alya hanya mencebik sebelum dia melemparkan pandangan ke arah lain sambil menyilang lengan di dada.

"Tu.. kandungan kau dah berapa bulan dah?"

Alya memandang sekilas ke arah perutnya lalu menggosok kecil.

"4 bulan"

"Boy or girl?"

Alya mengangkat bahu.

"Kau tak tahu? Asal kau tak tahu?"

"Sebab aku tak pergi check lagi"

"Asal kau tak pergi check lagi?"

"Tak ada masa lagi nak pergi check"

Masya mengeluh sambil menggeleng kepala.

"Kau pergi bersiap.. kita pergi klinik sekarang" arah Masya. Matanya lurus memandang wajah Alya.

"Malas la"

"Arh! Tak ada malas malas.. pergi siap cepat!" Masya mula menarik tangan Alya dan menolak perlahan badan gadis itu ke arah tangga.

"Pergi bersiap aku tunggu dekat bawah sini" arah Masya dengan tegas.

Alya menghentak kaki kecil. Geram dengan sikap Masya yang suka memaksa orang itu. Bibirnya sudah tentu mencebik serta menayangkan wajah masam mencuka. Ketika dia mahu melangkah tangga untuk naik ke atas, tiba tiba Fyras turun dari tangga.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now