Bab 31 - ALYA HUMAIRA

2.3K 68 3
                                    

Haikal keluar dari bilik kerjanya setelah jam menunjukkan 5:30 petang, tiba tiba ada seorang gadis ketinggian 161cm berada di hadapannya.

"Ju?"

Julia tersenyum.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Haikal ingin tahu.

"Aku nak jumpa kau la"

"Buat apa nak jumpa aku? Nak pujuk aku terima kawan baik kau?" andian Haikal dengan mengangkat sebelah keningnya.

"Ish! Kau ni! Tak ada lah.. aku just nak bagitahu hal penting dekat kau.. and penting keselamatan kau jugak" kata Julia.

Haikal masih lagi tidak dapat tangkap apa yang Julia mahu sampaikan. Dia membuka semula pintu bilik kerjanya.

"Kau bagitahu aku dekat dalam la." Haikal meloloskan diri semula masuk ke dalam bilik. Dituruti Julia dibelakangnya.

"Apa yang penting sangat yang kau nak bagitahu aku tu?" soal Haikal kembali. Dia sudah pun melabuhkan punggungnya disofa.

Julia melabuhkan punggungnya terlebih dahulu sebelum dia berdehem kecil.

"Nasib baik la aku datang awal.. kalau tak mati kau"

Haikal mengerutkan dahi.

"Mati? Asal pulak mati matikan aku? Kau Tuhan ke nak tentu aku mati bila?" ujar Haikal mendatar.

"Ish! Tak la! Kau ni pun.."

"Haa habis tu? Apa dia? Cepat la aku nak balik rehat pulak ni" kata Haikal. Kakinya disilang.

"Kau pun tahu kan yang Bella tergila gilakan kau?"

"Hm"

"And then aku dapat tahu yang kau tolak cinta dia?"

Haikal mengangguk kepalanya malas.

"And kau tak rasa dia tak buat something ke dekat kau?"

Haikal yang sedang bermain tali beg kerjanya itu terjeda. Dia memandang pelik ke arah Julia.

"Maksud kau?"

"Aku terserempak dengan Bella dekat parking lot company kau ni.."

Haikal menantikan sahaja apa yang mahu disampaikan oleh Julia itu.

"Dan dia bagitahu aku yang dia dah putuskan wayar break kereta kau"

"Hah?! Kau serius la?!" Haikal jatuhkan kakinya dari terus disilang.

"Kalau kau tak percayakan aku.. jom kita pergi bilik ccctv" cadang Julia.

Haikal tidak membalas bahkan dia bangun dari duduk dengar kasar dan melangkah ke arah bilik cctv. Julia turut bangun dari duduk dan mengikuti langkah Haikal.




꧁❦𝓐𝓵𝔂𝓪 𝓗𝓾𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪❦꧂




"Ya! Kau pregnant! Alhamdulillah! Jadi aunty dah aku!!" Teruja sahaja Masya apabila dia dapat tahu yang Alya disahkan mengandung.

"Alhamdulillah"

"Kalau macam tu aku kena behave dah la lepas ni"

"Kenapa pulak?"

"Ye la.. orang cakap kalau orang mengandung dia cepat marah dengan sensitif tau! Jadi aku kena la behave sikit dengan kau" kata Masya. Mereka berdua berjalan bersama menuju ke arah parking kereta Masya.

"Ada ada je la kau ni, Sya"

Masya tersenyum. Senang hari ni bila dapat tahu yang kawan dia sudah mahu menjadi ibu.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now