Bab 26 - ALYA HUMAIRA

2.7K 74 0
                                    

Selepas sahaja Fyras dan Alya solat maghrib bersama, Alya meminta diri kepada Fyras untuk turun ke bawah. Katanya nak tengok drama yang selalu ditayangkan pada pukul 7 itu. Tetapi walaupun drama itu mula pada pukul 7 malam, solat maghrib mesti didahulukan baru la boleh melengahkan diri dengan buat pekerjaan lain.

Alya melabuhkan punggungnya disofa. Remote tv yang elok berada di atas meja kaca itu diambil. Tv dibuka.

"Terkini, seseorang lelaki yang melarikan wang sebanyak RM 1 juta ringgit di Bank Malasyia pada seminggu yang lepas telah pun ditangkap dan akan dihukum penjara selama 30 tahun.."

Mata Alya membulat kecil. Terkejut dengan berita yang disampaikan itu. Kemudian matanya beralih ke arah jam yang elok tergantung dinding.

"Baru 7:38 awalnya berita.. oh! Berita 20 saat jee tapi.. 30 tahun penjara? Kenapa bukan selamanya?"

"Apa yang selamanya tu, sayang?"

Kepala Alya menoleh ke belakang.

"Tak.. ni berita sekejap ni keluarkan berita yang pasal Rafiq Aqashah yang kacau weeding kita petang tadi tu.. ingat tak?"

"Ohh.. kenapa dengan dia?" soal Fyras yang telah pun melabuhkan punggungnya disebelah Alya. Tangannya naik merangkul bahu Alya.

"Dia dikenakan penjara selama 30 tahun"

"Okay.. then?"

"Kenapa bukan selamanya?" Dari tadi lagi perkataan itu keluar dari mulut seketul Alya tanpa serba salah. Tambahan pula wajahnya memainkan peranan. Benci sangat dia terhadap Rafiq.

Fyras ketawa kecil.

"Apa la sayang ni.. tak baik tauu cakap macam tuu" tegur Fyras. Suaranya masih lagi dengan sisa ketawa.

"Apa pulak tak baiknya? Lelaki macam dia memang patut tak ada dekat dunia ni.. dasar gila. Eh dah lah! Daripada saya membebel pasal dia baik saya pergi dapur.. awak nak air tak? Saya buatkan"

Fyras hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

Dengan itu, Alya langsung bangun dari duduk untuk melangkah ke arah dapur, tiba tiba Fyras menarik tangannya dengan kasar.

"Auch! Sakit la sayang!" amarah Alya dengan mengerutkan dahinya.

"Awak dah kenapa tarik tarik tangan saya ni pulak sayang? Kan tadi awak nak air?"

Fyras hanya menghiraukan sahaja amarah dari Alya itu malah dia hanya merenung sahaja wajah berseri isterinya itu tanpa kelip. Wahh sungguh indah lagikan tenang wajah polos Alya itu. Bulu mata melentik semula jadi tambahan pula dengan matanya bulat itu, ya allah sangat sempurna isteri aku ni.

"Sayang! Lepas la! Awak ni dah kenapa tarik tarik saya!" bentak Alya yang mahu meloloskan pergelengan tangannya dari terus dipegang oleh Fyras.

"Say—"

"Shush!" Fyras meletakkan jadi telunjuknya pada bibir Alya. Alya terdiam seketika.

Dengan tiba tibanya, Fyras mendekatkan diri ke arah Alya dengan anak matanya tidak lepas melihat wajah Alya yang penuh blur.

Terkejut Alya dibuatnya apabila Fyras mengucup sekilas pada bibirnya. Mata Alya tidak berkedip, badannya pula dibekukan.

"Astagfirullahhalazim!"

Langsung kepala Alya dan Fyras menoleh ke arah tangga. Terlihat Farisya sedang menutup kedua belah matanya dengan telapak tangan.

"Agak agak laa nak cium tu.. kalau nak buat sekali pun pergi la dalam bilik.. tertutup sikit.. ape benda laa cium dekat ruang tamu ni" bebel Farisya. Tangannya sudah pun jatuh ke sisi.

ALYA HUMAIRA [✔︎]Where stories live. Discover now