ENCIK JERK- 3

392 82 61
                                    

"Cik?"  Suara itu acap kedengaran di cuping telinga.Tidak berkelip gadis itu melihat rupa paras terbentuk sempurna itu.

Mak, ini manusia ke patung lilin?

Setelah sedar keadaan diri mereka terlalu 'dekat' secara drastik Jasmin menolak kuat dada jejaka itu. Dia yang tak menduga terus terpinga-pinga dengan tindakan gadis kecil molek tersebut.

"Ma...af,"

"Eh, tak perlu minta maaf. Ini betul ke cik okey?"

Keperihatinan jejaka itu memang buat Jasmin tak senang duduk.

"Saya okey! Hahaha, encik jangan risau!" Sumpah! Dia segan. Sekarang juga Jasmin mahu cepat-cepat beredar dari sini. Tak sanggup rasanya hendak bersemuka dengan jejaka itu lagi.

Ting!

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Jasmin. Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar segera dikeluarkan. Pantas ibu jarinya menekan punat hijau yang berada di bahagian sebelah kiri.

"Macam mana, Min? Dah jumpa tak abang sepupu aku?"

Jasmin mengemam bibir. Jejaka itu dipandang sekilas.

"Belum, aku tengah carilah ini. Apa-apa aku inform kau balik!" Pantas ditekan punat merah. Umai di rumah sudah tertanya-tanya. Masalahnya Jangankan batang hidung, bayang abang sepupu Umai pun dia tak nampak.

"Kawan saya call," Entah mengapa dengan senang hati Jasmin berkongsi. Walhal masing-masing belum memperkenalkan diri. Bersembang macam dah kenal lama!

"Saya tengah cari seseorang, nama dia Ehs... Ehsal agaknya..." Berkerut-kerut dahi Jasmin mengingati nama abang sepupu Umai. Tadi rasanya seperti Ehsal. Betul ke Jasmin? Aduh, mana mungkin dia salah.

Ehsal?

Cermin mata hitam berjenama Rayban disimpan ke dalam kocek baju. Dia mengamati wajah bening gadis itu. Sebelum ini mereka pernah kenal ke?

Seumur hidupnya, tak pernah lagi dia berhubung rapat dengan mana-mana perempuan. Jangan-jangan gadis itu seorang pemandu teksi!

Tapi mana mungkin seorang pemandu teksi berpakaian elegant long sleeve maxi dressses berwarna putih seperti ini.

"Kau cari siapa tadi?"

Jasmin tersentak kecil sebaik sahaja lelaki itu bertanya dengan nada garang.

"Saya tengah cari Ehsal. Tapi tak muncul-muncul pula. Kenapa ye encik?" tanya Jasmin. Naik hairan dengan lelaki itu. Kenal ke?

"Ehsal?" Dia bertanya sambil kening terangkat sebelah.

wajah itu semakin dekat membuatkan dada Jasmin sesak. Aduh janganlah dekat sangat. Boleh terkena penyakit asma aku dibuatnya. Jasmin dengan yakin mengangguk kepala.

"Ada apa urusan kau dengan dia?"

"Ta...k ada urusan penting pun, cu...ma nak bawa dia pulang aje."

Dia masih curious tentang gadis itu.

"Er, encik jangan dekat sangat. Boleh jaga jarak sikit tak? Saya kurang selesalah." pinta Jasmin.

Bukan tak suka lelaki handsome pandang kita dekat-dekat, tapi baunya alamak tak tahan dek hidung.

Sedari tadi kembang kempis hidungnya kerana menghidu satu aroma, aroma yang terlalu wangi. Seperti campuran bunga oriental dan tuberose.

Sejak kecil lagi Jasmin alah pada bau wangian yang terlalu kuat. Rasa nak ter 'bersin' pun ada sekarang ini.

Encik Jerk Where stories live. Discover now