Jasmin melangkah lemah longlai seperti kepenatan yang amat sangat. Tas tangan diletakkan di atas meja kecil di samping katil. Lalu dilayangkan tubuh ke atas tilam yang empuk. Seharian penat bekerja, dia menghela nafas lega.
Encik Harun itu ada sahaja yang tak kena di mata dia. Sikit-sikit nak tengking dan maki hamun, cakap baik-baik tak boleh ke? Macamlah dia itu pemegang saham terbesar di dalam syarikat. Padahal sama saja, makan gaji juga.
Dengan si perempuan gatal itu elok pula, siap belanja makan lagi. Dasar pilih bulu! Kenyataannya Dina lagilah teruk langsung tak reti buat kerja, reti goyang kaki aje. Itu pun orang atasan 'sayang'. Mana tidaknya, Dina itu jenis kaki ampu!
Huh, meluat.
Lagu daripada seorang penyanyi asal Brunei Darussalam, Aziz Harun. Berkumandang kuat. Mata dicelik sedikit.
Tangan kanannya menggagau ke meja berhampiran dengan sisi katil, pantas dicapainya telefon itu tanpa melihat siapa si pemanggil.
"Selamat hari jadi yang ke-31 tahun, Encik Jerk... maaflah saya terlepas sehari, saya harap awak suka. Jangan tak makan pula, kecil hati saya karang..."
Dahi berkerut. Semacam kenal ayat itu.
"Saya ada masakkan untuk awak, nasi lauk ayam masak merah, jus buah markisa dan 5 biji kek cawan. Kalau dah sejuk, panaskan okey? Happy birthday! I hope this day is as special as you are..."
Laju Jasmin memandang ke arah skrin. Saat melihat nama yang tertera di skrin telefonnya itu Jasmin bingkas duduk tegak.
"Eh...sal, ke...kenapa apa awak call saya malam-malam buta ini?" soal Jasmin dengan nada gugup.
"Kenapa, tak boleh?"
"Er, bukan tak boleh tapi saya terkejut. Sebab yelah jarang awak nak call saya dulu,"
Kedengaran tawa kecil Ehsal menampar gegendang telinganya. Jasmin makin tak keruan. Aku tengah gelisah macam ini, kau boleh pula ketawa ea?
"Itu dulu, mulai sekarang aku akan biasakan call kau setiap hari itu pun kalau aku tak busy lah..." ujar suara garau itu membuatkan Jasmin terlopong.
'Biasakan call kau setiap hari.'
Ah, gila!
"Tak payah! Tak payah susah-susah, terima kasih!" Laju Jasmin menolak.
"Sejak bila aku bagi kau pilihan untuk menolak?"
"Ha?"
"Sama ada kau suka atau tidak, kau tetap kena angkat setiap kali aku call. Ini arahan bukan pilihan." Tegasnya lagi. Ehsal tetap Ehsal. Suka memaksa!
"Ish, iyelah!" Dia hanya memutarkan bebola matanya ke atas. Iyakan aje.
"Hm, Jasmin..." Panggilnya lembut.
"Er, ye?" sahut Jasmin. Ia berasa berdebar-debar menanti butir-butir bicara jejaka itu.
"Kau tahukan aku ada kembar?" tanyanya kepada Jasmin.
"Tahu, Ehsan kan nama dia?"
"Yes, Muhammad Ehsan. Satu family sayangkan dia dan aku selalu terpinggir. Aku ingat lagi, masa itu ulang tahun kami berdua yang ke-16 tahun. Hanya nama Ehsan aje yang tertulis di atas kek. Nama aku tak ada, mungkin sebab aku ini tak penting. Tapi tak mengapa... itu hanya kisah lama." Walaupun hanya kisah lama sehingga kini, rasa itu masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya.
Jasmin terdiam sejenak. Tersentuh juga di pendalaman hatinya.
"Saya minta maaf sebab tak ada dengan awak waktu itu, Ehsal. Tapi awak jangan risau... setiap kali hari jadi awak saya akan jadi orang yang pertama beri ucapan okey?" Jasmin cuba menyusun frasa yang terbaik sebagai keengganan yang paling manis. Ehsal sudah mula tersenyum nipis disebalik corong telefon.
"Tch, aku bukan budak-budak lagi..."
"Hello, walaupun awak bukannya budak-budak lagi. Tapi tak salah pun kita meraikannya bersama, kan? Ehsal... saya tahu, jauh disudut hati awak sebenarnya nak dihargai dan disayangi...tapi awak nafikan sebab awak fikir awak tak layak dapat semua itu," tutur Jasmin lembut. Namun, kata-kata itu menikam terus ke jantungnya. Seketika kemudian dia berdeham beberapa kali sebelum menukar topik.
"Sebelum itu aku nak tanya, kau betul ke pandai masak?" soalnya. Dahi Jasmin berkerut.
"Eh, apa pula tak betulnya? Dulu masa saya duduk dekat kampung, setiap hari mak saudara saya akan ajarkan saya masak. Kenapa awak tanya soalan macam itu?"
"Oh ye ke, tapi kenapa lauk ayam masak merah kau masin? Cupcake kau pula keras... itu kalau aku baling dekat cermin terus hancur bersepai." Gelak sinis menyusul bicaranya. Ini kalau depan-depan sudah tentu hidung comel gadis itu sedang kembang kempis.
Dasar tak reti bersyukur, ada ke patut dia mengutuk masakannya! Sebelum hendak diberikan kepada orang, Jasmin sendiri akan mencubanya dulu sama ada makanan itu lulus atau tidak.
"Awak baik-baik sikit ea, tak pernah lagilah saya masak seteruk itu. Malah, kawan sekerja saya siap cadangkan saya buka restoran tau!" ujar Jasmin tak mahu kalah.
"Hey, aku gurau ajelah. Secara jujurnya, masakan kau sedap. Ini kalau setiap hari makan masakan kau, confirm perut aku boroi..." ujarnya diselangi dengan ketawa. Jasmin mengembungkan pipinya, menahan malu.
Selepas 14 tahun, ini adalah kali pertama mereka berdua berbual lama tanpa rasa kekok.
Bersambung.....
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!
YOU ARE READING
Encik Jerk
Romance'kejadian memalukan ' Berlaku ketika dia tersilap menjemput orang di lapangan terbang telah menjadi detik pertemuan pertama antara Encik Jerk dan Cik Clumsy. Sejak kejadian itu, mereka kerap 'tidak sengaja' bertemu. Anehnya, disetiap Jasmin dilanda...