"Jauh termenung, fikirkan fasal apa itu?" tegur Puan Raudhah pada suaminya. Lamunannya serta-merta terbang pergi, Encik Rafizi hanya menggeleng perlahan.
"Abang risau fasal anak perempuan kita ya?" soalan Puan Raudhah sekaligus membuatkan lelaki itu mengeluh berat. Isterinya memang pandai meneka isi hatinya.
"Jasmin satu-satunya anak perempuan yang saya ada, bukan nak kata Jasmin seorang je anak saya... tidak, Arshad pun anak lelaki saya juga... tapi sebagai seorang ayah, risau kalau-kalau anak perempuan saya hidup menderita selepas kahwin. Jujur saya cakap, bila memikirkan fasal hal ini, berat pula hati saya nak lepaskan Jasmin pada budak itu..."
Puan Raudhah tersenyum nipis. Dia tahu, biar pun Encik Rafizi tidak menunjukkan kepedulian pada anak-anak. Namun begitu, jauh disudut hatinya dia tetap risau memikirkan tentang masa depan anak-anaknya.
"Eh, eh. Abang ini cakap serupa Jasmin seorang aje anak abang, dia pun anak saya juga tau? Tapi sebagai ibu bapa kan, bang... kita perlu mendoakan yang baik-baik aje, lagikan pula Jasmin itu dah besar panjang dah pun. Saya tahu, Jasmin tak akan sewenang-wenangnya pilih orang yang sembarangan... saya tengok Ehsal itu elok aje bang, baik pun baik, setakat nak sara anak dara kita seorang itu dia mampulah," balas Puan Raudhah pula.
"Ini bukan soal kewangan, Dhah. Yang paling abang risaukan sekarang ini macam mana 'kalau' satu hari nanti dia kecewakan hati anak perempuan kita? Saya tak nak Jasmin terluka..." Cawan yang masih bersisa nescafe diletakkan semula keatas piring, di wajahnya bergayut setompok kebimbangan.
"Usah difikirkan sangat ya bang, insya-Allah, kita doakan yang baik-baik ya bang?" bicara Puan Raudhah lembut sambil mengusap perlahan belakang Encik Rafizi.
Perlahan kasut memijak satu per satu kelopak air hujan di atas jalan yang basah.
Bibir merah jambu itu tersenyum lebar. Perkara kecil seperti ini sahaja mampu buatkan dia rasa gembira.Lorong Sandiwara.
Papan tanda dibaca sekilas. Hanya dia seorang sahaja yang berjalan kaki dan melewati lorong sunyi yang gelap itu. Kornea mata memandang ke arah sampah sarap dan longkang kecil yang sentiasa ditemani sang tikus. Soal bau usah katalah, kurang menyenangkan.
Bagi memastikan lokasi yang diberikan oleh Nadhir tidak salah, segera dikeluarkan telefon pintar miliknya untuk menyemak semula.
"Hm, kalau ikutkan dah betul..." monolognya sendiri.
"Abang! Tolonglah, tolonglah jangan habiskan duit gaji saya!"
Tak jauh dari situ telinganya menangkap pertelingkahan kecil di antara suami dan isteri. Dia hanya berdiam diri sambil memasang telinga.
"Duit gaji kau, duit aku juga! Apa guna hidup sebumbung tapi tak mahu berkongsi?" tempelak seorang lelaki dalam lingkungan usia 40 an.
"Saya tak kisah kalau nak berkongsi tapi abang, janganlah dihabiskannya semua. Abang itu dahlah tak bekerja... saya seorang aje bersengkang mata siang, malam cari duit, fikir-fikirkanlah abang!" Wanita itu masih lagi tidak berganjak, malahan pegangan tangannya itu bertambah kuat.
"Ah! Peduli apa aku? Dah lepas, aku rimaslah!" kata lelaki itu sambil cuba merungkai pegangan isterinya. Akibat merasa tertekan dia pun dengan sekuat tenaga menepis wanita itu sehingga tersungkur di atas tanah.
Setelah kelibat lelaki itu hilang dari pandangan, dia mula mengatur langkah mendapatkan wanita tersebut.
"Makcik, makcik tak apa-apa?"
Wanita itu hanya menggeleng lemah. Melihatkan keadaannya lemah longlai lalu pemuda itu memapahnya duduk ke sebuah bangku yang berdekatan.
"Terima kasih ya sebab sudi bantu makcik, makcik sebenarnya rasa malu pada kamu dan juga malu dengan tingkah laku suami makcik tadi..." Agak lama selepas itu dia mula membuka mulut. Jejaka itu hanya terdiam mendengar ungkapan bicara itu.
"Tak mengapalah makcik, usah malu dengan saya... saya faham aje biasalah lumrah berumah-tangga, ada pasang surutnya..."
Mendengarkan itu ia terus tersenyum lebar. Selain berpemikiran luas, pemuda itu juga memiliki rupa paras yang sedap mata memandang.
"Erm, makcik saya sebenarnya tengah cari seseorang, kawan saya beritahu dia duduk sekitar-sekitar sini aje..."
"Seseorang? Kalau boleh makcik tahu, apa namanya?" soal wanita itu pula. Manalah tahu orang yang dicari itu kenalan rapatnya.
"Tak silap saya namanya Zila, Nur Zila Hamid," beritahunya sambil menghulurkan sekeping foto pada wanita itu. Dia kelihatan begitu terpaku sekali, pada waktu yang sama titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut matanya.
Tapi mengapa?
Bersambung.....
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!
YOU ARE READING
Encik Jerk
Romantizm'kejadian memalukan ' Berlaku ketika dia tersilap menjemput orang di lapangan terbang telah menjadi detik pertemuan pertama antara Encik Jerk dan Cik Clumsy. Sejak kejadian itu, mereka kerap 'tidak sengaja' bertemu. Anehnya, disetiap Jasmin dilanda...