ENCIK JERK- 23

212 51 64
                                    

"Bukan main rapat lagi dengan mamat poyo itu, ada apa-apa ke?" Terpacul soalan tersebut dari bibir Arshad. Mata gadis itu membulat tika mendengar soalan tidak diduga seperti itu.

Jasmin mendeham seketika. Tiba-tiba rasa kerongkong kering pula.

"Ma...na adalah," sangkal Jasmin. Tapi memang betul, tiada hubungan yang istimewa di antara mereka berdua. Entah mengapa Arshad menganggap seperti itu.

"Betul?" soalnya lagi. Mahu meminta kepastian daripada Jasmin.

"Iya, Arshad sayang. Kami berdua langsung tak ada hubungan apa-apa, cuma kawan biasa aje..." terang Jasmin tenang. Padahal dalam hati, berdebar lain macam!

Dan setelah mendengar penjelasan daripada gadis itu, rasa khuatir mulai berkurangan. Arshad merasa lega, sekurang-kurangnya selepas ini dia tidak perlu lagi memikirkan andaian-andaian yang merumitkan.

"Arshad, are you there?" Hampir 20 minit Juliana berada di hadapannya. Namun, jejaka itu masih lagi berada di dalam dunianya sendiri.

"Arshad?" tegur gadis itu lagi bersela mengetuk meja dengan hujung jari. Seraya itu Arshad mengangkat kepala melihat gerangan yang menegurnya.

"Pukul berapa sekarang?"

Jam Rolex berwarna merah jambu di pergelangan tangan kiri dikerling sekilas. 3.20 petang. Ada 30 minit lagi sebelum kuliah bermula.

"Pukul 3.20 petang," kata Juliana.

"Thanks, Julia. I pergi dulu," ujar Arshad meminta diri. Dia menggalas beg sandangnya yang berisi komputer riba dan meninggalkan Juliana sendirian di situ.

"Tapi, i nak bagi you something..." kata Juliana perlahan sambil menghantar pemergian pemuda itu sehingga dia hilang dari pandangan. Juliana menghela nafas lemah untuk sekian kalinya. Sampul surat yang terkejap di tangannya ditenung lama.

Kalau bukan hari ini, mungkin lain kali.

Suasana kediaman Puan Qalidah nenek kepada Umai kian meriah dengan kehadiran sanak-saudara. Deretan kereta dan motor juga kelihatan tersusun di garaj.

Tidak kira tua atau muda, Jasmin dan Umai juga tidak terkecuali berkumpul di belakang. Mereka bersama-sama bergotong-royong menyediakan juadah makanan buat para tetamu bagi meraikan ulang tahun kelahiran cucu lelaki Puan Qalidah yang ke-31.

Itu baru ulang tahun, belum lagi resepsi perkahwinan. Agaknya jika cucu lelaki Puan Qalidah berkahwin sudah pastinya majlis disambut besar-besaran.

Sebelah tangannya menggenggam kemas sebilah pisau menghiris seguni bawang merah. Terkedip-kedip matanya menahan pedih akibat terkena percikan air bawang. Air mata yang mengalir dikesat dengan hujung baju.

Taktala itu juga cuping telinganya menangkap suara tangisan bayi. Anak siapa pula yang menangis itu?

"Awaknya berdua, boleh tolong tak? Tolong tengok-tengokkan anak akak dekat luar sana itu. Merengek sebab nak susu agaknya," pinta seorang wanita kepada mereka berdua. Inilah rupanya ibu kepada bayi tersebut. Jasmin dan umai saling berpandangan. Ha sudah!

"Boleh kak, tak apa biar saya pergi tengokkan. Susu dah siap bancuh kan?" Jasmin menawar diri. Wanita itu mengangguk.

"Aah dah siap bancuh dah, akak letak dekat tepi baby. Maaflah ya... sebab dah susahkan kamu," ujarnya dengan nada serba-salah.

"Eh tak apa kak, saya okey aje..." Jasmin geleng kepala sambil tersenyum nipis. Kalau tak ditolong kasihan pula. Nak diharapkan Umai, memang taklah. Gadis itu mana reti nak dukung budak kecil.

Dia kemudian lekas melangkah keluar dari dapur. Tanpa sengaja Jasmin berlanggar dengan seseorang, dahinya pula terhantuk pada dada bidang itu.

Aduh! Keras betul. Tangannya naik mengusap dahi.

"Ops! Be careful, dear."



Bersambung.....
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!
P/s: Korang rasa, Jasmin berlanggar dengan siapa ea?

Encik Jerk Where stories live. Discover now