ENCIK JERK - 4

379 82 43
                                    


Badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya. Entah bagaimanalah keadaan mereka semua di atas. Seluruh keluarga Umai sedang riuh sekampung gara-gara kemunculan pemuda itu secara mengejut.

Yang pasti, Jasmin telah merosakkan segala-galanya. Aduh, apa kau buat ini Jasmin? Secara drastik dia menggigit kuku.

Manalah Jasmin tahu kalau dia silap orang. Lagikan pula nama mereka hampir serupa. Ehsal dan Ehsan.

"Jasmin, sini rupanya kau!" Mata bulat gadis itu memancar api terbakar. Pusing satu rumah, rupanya Jasmin selamba badak aje makan kekacang di hadapan ruang tamu. Sedangkan seluruh keluarganya sedang berperang besar.

"Er, h...ai...." Jasmin tersengih-sengih serupa kerang busuk. Nampak ketara Umai sedang geram dengannya.

"Nenda aku mengamuk besar, habis dihempas semua barang dekat bilik dia. Banyak kali dah aku ingatkan, abang sepupu aku namanya, Ehsan. Bukan Ehsal!" Umai berleter sambil mencekak pinggang.

"Aku minta maaf, Umai. Aku betul-betul tak sengaja. Ada sekumpulan warga asing itu main rempuh aje, mujur dia tolong. Kalau tidak tergolek macam nangka busuk dekat situ. Lepas kejadian itu. Automatik aku terlupa nama abang sepupu kau..." Dia perlu menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Dia akui, memang dia bersalah dalam hal ini. Tapi nak buat macam mana.
Jasmin jenis tak boleh terkejut, kalau terkejut memang habis segala benda dilupakannya.

Umai menghembus nafas kecil. Lantas melabuhkan punggung di hadapan Jasmin. Dalam hal ini bukan Jasmin sahaja yang salah. Umai turut salah. Sepatutnya dia yang ambil Ehsan daripada KLIA. Namun, disebabkan ada urusan penting terpaksa minta tolong Jasmin.

"Macam mana dengan abang sepupu kau yang nama Ehsan itu?"

"Dia naik teksi, it's okay dia tak salahkan kau. Sebab kau tak pernah kenal dia pun. Dia cakap terima kasih." ujar Umai.

Fuh, legalah sikit.

Buatnya Ehsan turut memarahi Jasmin. Makin menebal rasa serba-salah di dalam hatinya.

"Kau nak tahu tak kau bawa balik siapa?" soal Umai tiba-tiba. Jasmin Merenung matanya dengan seliratan tanda tanya.

"Okey siapa?"

"Devil."

Uhuks!

Tersedak dia dibuatnya. Lelaki memiliki rupa paras yang sempurna itu dikatakan 'devil' memang tak masuk akal!

"Tunggu, Ehsal!" Suara nyaring dari tingkat tiga atas kedengaran sampai ke bawah.

Kami berdua saling berpandangan. Seorang wanita berusia 40an itu mengejar sedang mengejar langkah anak bujangnya.

"Enough, ibu. Ehsal nak balik." Tiada apa lagi perlu ditunggu jika mereka sekeliling tidak senang dengan kehadirannya.

"Hiraukan fasal nenda, Ehsal dah lama tak balik rumah kita. Ehsal tak rindukan ibu ke?" Suara Puan Ratna mula lirih. Puan Ratna sedar hubungan mereka berdua semakin rengang dek kejadian yang lepas.

"Walau Ehsal tak balik pun, Ehsal tetap anak ibu." ujar Ehsal mendatar. Cukuplah dia lihat wanita itu dalam keadaan baik-baik sahaja. Sudah memadai buatnya.

"Jaga diri, ibu." Seketika ia tunduk mencium kekura tangan insan yang pernah melahirkannya. Walau sakit macam mana pun hati ini. Adab dan hormat perlu diutamakan.

Hati seorang ibu mula tersentuh. Mata Puan Ratna merenung sayu susuk tubuh yang meninggalkannya sendirian di tangga.

Jasmin menjerit kecil tika lelaki itu menarik lengannya yang berlapik. Minta dilepas tapi makin erat digenggam. Memang pantaslah dilabel 'devil' oleh Umai.

"Awak, sakit..." Berkerut-kerut dahi Jasmin menahan sakit. Kalau periksa dekat doktor ini dah sah-sah jadi kes dera.

"Sorry," Ehsal yang sedar dirinya salah mula meminta maaf dan melepaskan lengan gadis itu. Dia terlampau ikutkan rasa marah sehingga tak sengaja menggenggam lengan kecil itu dengan kuat.

Jasmin menghantar jelingan tajam. Sorry, sorry. Luku kepala kang!

"Sini bukan rumah aku, jadi tolong hantar aku balik." arahnya.

Amboi, bukan main arah-arah kita.

"Malas, pergilah tempah grab. Saya banyak kerja lagi nak buat."

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan, kau buat silap. Kaulah kena tanggung. Sekarang start enjin kereta, hantar aku balik!" Nada suaranya mula meninggi. Bermakna dia tidak mahu berkompromi. Arahannya perlu dilakukan segera.

Gulp! Mak ai, garangnya!

"Jerk betul!" gumam Jasmin perlahan. Namun, sempat didengari oleh Ehsal.

"Apa kau kata?" Telinga Ehsal belum pekak lagi mendengar gadis kecil itu mengutuknya.

Alamak, dia dengar ke? Dasar telinga lintah! Kutuk Jasmin di dalam hati. Wajah terpaksa dimaniskan.

"Awak salah dengar aje, saya tak cakap apa-apa pun. Tak baik tau tuduh-menuduh. Berdosa!" ujar Jasmin. Tak mengaku. Gila nak mengaku. Tak fasal-fasal kepalanya benjol kena luku dengan 'Encik Jerk' itu.

"Tersengih-sengih, start enjin cepat!"

Jasmin apa lagi. Kelam kabut menghidupkan enjin kereta. Rasa nak menangis pun ada kalau kena gesa macam itu.

Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now