ENCIK JERK- 20

290 54 84
                                    

Jasmin yang sedang duduk di atas pankin di halaman rumah ibu saudaranya, Puan Zarina. Tampak begitu takjub memandang butir-butir bintang yang menghias dada malam.

Di dalam hati tak putus-putus memuji kebesaran ciptaan Allah. Sesekali angin semilir menyapa pipi gebunya. Alangkah indahnya, jika dapat merasakan suasana seperti ini dibandar.

Perihal kejadian petang tadi benar-benar tak disangka oleh Jasmin. Jujur, dia bungkam. Bagaimana Encik Jerk boleh jadi  orang yang sama? Rasa macam mustahil pun ada.

Fizikal seorang lelaki bernama Mad pada 14 tahun yang lalu, jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan Mad yang sekarang.

Kenapa Jasmin kata macam itu? Sebabnya, lelaki yang dia kenal dulu bertubuh kurus keding dan berwajah cengkung. Kini Mad AKA Ehsal benar-benar berubah secara 360 derajat!

Tapi cuma satu sahaja yang masih kekal sama iaitu kulit sawo matang. Ya, hanya itu.

Kalau diperhatikan semakin jejaka itu meningkat dewasa semakin handsome pula. Dia menggeleng kepala laju dan menampar-nampar wajahnya sendiri. Jangan nak mengarutlah, Jasmin!

"Akak," Imran panggil kakak sepupunya, Jasmin.

"Ye, Im. Ada apa?" Setelah beberapa ketika, barulah Jasmin menoleh. Terlupa pula ada orang dekat sebelahnya.

"Akak percaya tak kalau Im jadi penyanyi yang popular satu hari nanti?"

Pertanyaan remaja lelaki itu membuatkan Jasmin tersenyum kecil.

"Ofcourse! Nak tahu sebab apa? Sebab akak nampak potensi Im dalam industri seni."

"Ye ke? Hm, cuma itulah..." Imran melepaskan nafasnya. Mata menunduk memandang ke tanah.

"Cuma apa? Ada apa yang tak kena?

"Cuma satu aje masalah Im, kak. Ibu, ayah dan Dahlia pula yang tak galakkan Im ceburi bidang muzik. Mereka kata impian Im kedengaran nonsense dan lebih ke arah yang lagha. Mustahillah mereka nak sokong. Kadang-kadang Im rasa, mungkin betullah Im memang tak ditakdirkan untuk menjadi seorang anak seni..."

"Alright, Imran. Dengar sini baik-baik apa yang akak nak cakap dekat awak ini, sebenarnya ibu, ayah dan Dahlia bukannya tak nak support cuma mungkinlah mereka rasa risau sikit. Yelah, mereka takut kalau-kalau nanti Im tak dapat nak handle kritikan para-para netizen dan sebagainya... but who knows dalam diam mereka tetap menyokong Im, kan?" Sekonyong-konyong Jasmin menekap kedua-dua belah telapak tangannya ke pipi, Imran. Remaja lelaki itu seperti terpinga-pinga tapi tetap memasang telinga mendengar hujah Jasmin.

"Itu sebab yang pertama, sebab yang kedua pula, kos sara hidup semakin meninggi. Dah semestinya ibu dan ayah nak Im kejar karier yang boleh menjamin masa depan Im. Tapi andai kata Im memang nak sangat-sangat jadikan karier penyanyi ini as kerja tetap, Im kena usaha keras sikitlah. Macam yang Im sendiri tahu, nak buat family yakin dengan kemampuan kita semuanya perlukan masa, so tugas Im hanya perlu berusaha, tawakkal dan selebihnya serahkan kepada Allah, okey?" Sambungnya lagi.

Imran tidak berkelip memandangnya. Ha sudah, dah kenapa pula si budak Imran ini. Dah kena sampuk?

"Terima kasih akak!" Imran meluru mendakap tubuh Jasmin sejurus selepas mendengar kata-kata semangat yang membina itu. Jasmin hanya tertawa sambil mengusap-usap belakang adik sepupunya itu.

Keringat berlumba-lumba keluar dari permukaan dahi lalu membasahi seluruh muka. Daripada rumah sehinggalah memasuki kedai runcit Encik Gupla lelaki berbangsa India. Dia masih lagi tak buka-buka topi keledar yang dipakainya itu. Cukup mengamit pandangan aneh Encik Gupla kepadanya.

Semenjak peristiwa itu seringkali Jasmin melarikan diri agar tak bertembung dengan seseorang.

"Bayar semuanya sekali, uncle." ujar satu suara dari arah belakang. Dia jadi resah dan tak senang duduk bila mendengar suara yang tak asing lagi.

"Eh, tak perlu susah-susah, saya boleh bayar sendiri." tolaknya tanpa memandang wajah itu.

"Jadi siapa yang nak bayar siapa ini?" Encik Gupla pandang mereka berdua silih berganti.

"Saya!" Jawab Jasmin dan Ehsal serentak.

Macam mana boleh cakap serentak pula ini? Jasmin mula rasa tak puas hati.

"Okey, okey. Siapa hulur duit dulu. Dialah pemenangnya, deal?" Memandangkan masing-masing berebut hendak bayar Encik Gupla mula mencadangkan satu idea kepada mereka berdua. Jasmin dan Ehsal mengangguk tanda bersetuju. we will see.

"Bermula dalam kiraan satu, dua dan..." Belum sempat menghabiskan kiraannya. Kelihatan satu tangan pantas sekali meletakkan sekeping not berwarna ungu yang berjumlah RM100 di atas meja juruwang tersebut.

Jejaka itu mencarik senyuman sinis saat ia berjaya mengalahkan gadis itu.

Sudahnya Encik Gupla mengambil duit daripada jejaka itu sambil menggelengkan kepalanya. Budak muda zaman sekarang, macam-macam ragam. Nak membayar pun perlu ada pengadil.

Tanpa mengucapkan terima kasih Jasmin terus mencapai beg plastik dan menonong keluar dari kedai runcit Encik Gupla. Tak kuasa nak berlama-lama di situ!

"Cepatnya berjalan, laju-laju nak pergi mana?" sapa satu suara. Jasmin langsung tak berpaling.

"Selepas kena saman, pergi mana-mana memang langsung tak buka helmet ya? Wah! Bagus, bagus." sindirnya.

Bibir diketap kuat. Bukan takut kena saman, tapi kerana tak mahu bersemuka dengannya! Jasmin menapak mendekatinya dengan berani walaupun ketinggiannya hanya paras dada jejaka itu sahaja.

"Terutama sekali terima kasih banyak-banyak sebab sudi nak belanja saya, dan akhir sekali, jangan ganggu saya dan jangan jumpa dengan saya lagi!" Naik turun nafas Jasmin menahan amarah. Dengan wajah merona kemerahan dia mendongak kepala  memandang gerangan yang telah menganggu ketenteraman hidupnya.

"You're welcome. Well, dengar sini baik-baik, Miss Minions. Aku Muhammad Ehsal, itu nama aku. Lelaki yang bernama Ehsal ini memang pantang dicabar. Nampaknya, kau memang dah silap oranglah..." ujarnya dengan nada sinis. Jasmin tersentak seketika mendengar kata-katanya itu.

Wait, lelaki itu gelarkan dia apa tadi? Miss Minions? Adakah patut samakan dia dengan makhluk asing berwarna kuning itu!

"See you soon, Miss Minions." Jejaka tinggi lampai itu membongkokkan sedikit tubuhnya bagi menyamai paras gadis itu sambil menghadiahkan kenyitan nakal.

Jasmin menelan ludah, serta-merta dadanya berdebar tidak keruan. Sembrono sahaja main kenyit-kenyit mata dekat anak dara orang.

Aku cungkil baru tahu!







Bersambung..... Finally berjaya juga mengharungi kemalasan dan yahh update jugaaa harini. Amacam bab kalini, boek tak boek? Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now