Sejak dari awal pagi lagi, dia sibuk kehulur-kehilir membawa beberapa Luggage beg yang berisikan pakaian kemudian disimpan ke dalam boot kereta."Tak ada tertinggal apa-apa lagi kan? Kereta dah check dekat pomen semua okey ke? "tanya Umai kepada Jasmin yang sedang menyarung kasut Converse berwarna merah jambu.
"Semua settle," Jasmin mengangkat ibu jari, setiap kali hendak ke mana-mana Umai akan bertanya bagi memastikan perjalanan rakannya itu berjalan dengan lancar.
"Sorry tau, aku tak dapat nak teman kau balik kampung..." ujar gadis itu yang masih lagi merasa serba-salah.
Tapi tak mengapa, Jasmin faham. Hal kerja memang tak dapat dielakkan. Lagi pun, Jasmin okey sahaja pulang ke kampung seorang diri. Sekonyong-konyong Umai menghulurkan sampul surat yang berisi wang kertas kepada Jasmin.
"Tak perlu susah-susah, Umai..." Jasmin menolak dengan lembut.
"Kau jangan nak perasan, aku bukan nak bagi kaulah, tapi ini untuk mak saudara kau." jelas Umai. Oh, yeke. Jasmin tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tak mahu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, dia segera meminta diri.
"Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim."
Usai membaca doa, Jasmin meraup wajahnya. Memohon kepada Allah agar dilindungi daripada sebarang bahaya atau perkara buruk yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan.
Jasmin menekan hon kereta sebanyak dua kali sebelum memacu Viva itu keluar dari perkarangan rumah.
Encik Husin sedang ralit menyisir rambut yang semakin memutih. Lagipun dia semakin hari semakin tua, Tahun ini sahaja usianya sudah mencecah 60an. Umur sahaja berusia, tapi hati dan gaya tetap muda. Wajah isterinya bergayut setompok kebimbangan. Entah apa yang difikirkan.
"Ina, menungkan fasal apa?" Encik Husin menegur isterinya dengan lembut. Semenjak dua menjak ini, sambil buat kerja Puan Zarina acap kali termenung.
Puan Zarina mengeluh berat. Mengenangkan fasal satu-satunya anak saudara perempuan mereka itu. entah apa khabarnya sekarang. Telefon pun tidak. Hati tuanya merasa risau.
“Saya rindukan dia, bang..."
Ternyata hal itu yang menyebabkan isterinya mengelamun panjang.
"Iye, abang pun sama rindukan dia juga. insya-Allah, nanti ada masa dia akan jenguk kita juga." bicara Encik Husin lembut. Wanita itu hanya mengangguk lemah. Mujurlah dia dikurniakan sang suami yang pandai menyejukkan hati.
"Assalamualaikum!"
Kedengaran di luar rumah sayup-sayup suara memberi salam. Puan Zarina bergegas membuka pintu. Sebaik pintu terkuak, alangkah terperanjatnya dia kerana melihat gerangan yang berada di situ. Dan gerangan itu adalah Jasmin, betulkah ini Jasmin? Wajah bujur sirih itu ditilik bagai hendak tembus.
"Jangan-jangan kamu ini saka menyerupai anak aku tak?"
Mata Jasmin membulat tika mendengar sangkaan ibu saudaranya itu. kita yang comel lote ini boleh disamakan dengan makhluk halus seperti itu? Ish, ngeri. Minta dijauhkan.
"Ibu, ini oranglah!" ujar Jasmin dengan muka cemberut. Setelah menyedari gerangan itu adalah Jasmin sinar gembira mengerlip di mata tuanya.
Pipi gebu itu dikucup berkali-kali oleh Puan Zarina. Meluahkan rasa rindu menggebu-gebu taktala berjauhan lama dengan anak saudara kesayangannya. Jasmin menghambur tawa kecil, tak dapat nak elak. Ibu langsung tak kasi chance.
Selepas tiga hari dilahirkan, ibu kandung Jasmin tega meninggalkan ia dan Encik Rafizi terkontang-kanting. Namun, mujurlah Puan Zarina adik kepada ayahnya, Encik Rafizi. Sangat baik hati menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan.
Dan beruntungnya Jasmin kerana daripada kecil sehinggalah dia meningkat remaja ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka berdua.
"Dasar anak bertuah, ibu call kamu berkali-kali tapi tak diangkat!" Ibu memarahinya. Tangan ketam Puan Zarina sempat mendarat di lengan gadis itu. Jasmin menyeringai kesakitan tika lengan kirinya dicubit kuat oleh Puan Zarina.
Berbisa betul!
"Sorry ibu... orang sibuk sikit dengan hal kerja, sampaikan telefon pun tak sempat nak pegang. Sorry ea..."
Haih, Puan Zarina tak sampai hati nak marah lama-lama.
"Ibu kamu marah bukan sebab apa, dia rindukan kamu. Itunya dia emo sikit." sampuk satu suara. Jasmin kenal suara itu.
"Ayah!" Terus sahaja memeluk tubuh Encik Husin dengan erat. Encik Husin mengusap lembut ubun-ubun gadis itu. Alahai, sikap manja anak dara mereka ini tak pernah nak berubah.
"Ayahnya pun emo juga, sudah-sudah jangan buat drama jejak kasih depan pintu, lekas masuk rumah."
Jasmin tersengih-sengih kecil.
"Hari ini memang rezeki kamu, Min. Dapat merasa ayam masak kicap..." ujar Puan Zarina.
"Ha, betul ke ibu? Ya Allah, rindunya dengan air tangan ibu!" Jasmin benar-benar teruja mendengar menu kegemarannya itu.
"Iye, nanti kamu makan ajelah banyak mana yang kamu nak..."
Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!
YOU ARE READING
Encik Jerk
Romance'kejadian memalukan ' Berlaku ketika dia tersilap menjemput orang di lapangan terbang telah menjadi detik pertemuan pertama antara Encik Jerk dan Cik Clumsy. Sejak kejadian itu, mereka kerap 'tidak sengaja' bertemu. Anehnya, disetiap Jasmin dilanda...