ENCIK JERK- 11

282 63 49
                                    

Seorang pelayan kafe muncul sambil membawa dulang yang berisi secawan teh hijau dan secawan kopi tanpa gula yang kelihatan masih panas lagi.

"Jemput minum..." Pelayan mempelawa mereka dengan senyuman manis. Kemudiannya perlahan-lahan meletakkan minuman yang dipesan di atas meja mereka.

"Thanks."

"Sama-sama!" Angguknya sambil tersenyum dan kemudian pantas beredar sambil membawa dulang yang kosong. Selepas susuk tubuh itu hilang dari pandangan barulah wanita itu mahu membuka mulut.

"I tak tahu atas tujuan apa you nak berjumpa dengan i, tapi kalau boleh just straightforward aje." ujar wanita itu tanpa mahu basa-basi.

"Sabar dulu puan, air pun tak jamah lagi. Apa kata kita minum dulu?" Dengan wajah selamba jejaka itu memegang cangkir cawan kopi. Dihirupnya kopi yang masih panas dengan tenang. Ketenangan lelaki itu menambah bara di hati wanita itu.

Minum? Puan Bella langsung tiada selera mahu menjamah minuman itu. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat angkat kaki dari sini.

"You ini siapa sebenarnya?"

Ehsal senyum nipis. Wanita itu tampak mencurigainya.

"Seperti yang puan tahu saya Ehsal," balasnya ringkas.

Pandai jejaka itu berseloroh. Tapi ini bukan masanya untuk bergurau-senda.

"Jangan buang masa i dengan perkara bodoh macam ini, ya Encik Ehsal. I ada banyak lagi kerja. Kalau setakat nak main-main lebih baik jangan berurusan dengan i!" Wanita berdongkol geram.

"Bertenang puan, kenapa perlu tergesa-gesa ?" Ehsal meletakkan perlahan cawan itu ke atas piring. Kopinya masih berbaki setengah cawan lagi. Terasa sedikit kelat, sama seperti wajah wanita di hadapannya itu.

"Jadi apa yang you nak?"

"Saya tak minta banyak, cuma minta puan jawab dengan jujur." jedanya.

Puan Bella hanya mengangguk perlahan. Permintaan yang mudah.

"Saya nak tanya berkenaan di pejabat pada tempoh hari. Boleh saya tahu, apa menyebabkan puan hilang kawalan sehingga menampar salah seorang kakitangan syarikat?"

Sepasang kening Puan Bella berkerut. Hal di pejabat pada tempoh hari... apa kaitan dengan lelaki itu pula? Jangan-jangan lelaki itu merupakan kenalan rapat gadis yang ditamparnya itu. Hati kecilnya berbisik.

"It's none of your business."

Ehsal mengeluh berat. Payah berurusan dengan Wanita di hadapannya itu. Tak mahu bekerjasama langsung!

"Saya tak kira, apa yang saya tahu. Urusan tunang saya dah jadi sebahagian urusan saya juga. Kalau apa-apa yang puan rasa tak puas hati, just talk to me." ujarnya dingin bersama pandangan mata tajam. Demi mahu menolong gadis itu, Ehsal sanggup mereka-reka cerita yang gadis itu adalah tunangnya.

Pada saat jejaka itu menjelaskan hubungan di antara gadis itu, dia terkesima. Gadis itu rupanya tunangan orang?

"Tak sangka..." gumam bibir merah menyala itu perlahan.

"Saya nak bersihkan nama tunang saya."

"But how? Gambar itu dah membuktikan dia sebenarnya bersalah. Kenapa nak tegakkan benang yang basah pula?" suara Puan Bella mula meninggi.

"Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini tak mustahil ada yang sunting gambar wajah tunang saya kemudian burukkan nama dia." Antara dia dan wanita itu masih membara api-api pertentangan.

Nasib difikirnya Puan Bella itu perempuan, kalau hilang pertimbangan memang dah lama lunyai ditumbuk olehnya.

"Tengah masak apa itu..." Jasmin menyergah teman serumahnya dari belakang. Tangan Umai naik mengusap dada. Kus semangat! Suka betul sergah orang time tengah kusyuk buat kerja.

"Ish, kau ini Min, suka buat aku terkejut. Buatnya aku pegang pisau macam mana?" marah gadis itu. Jasmin tersengih-sengih kecil.

"Alah bukan selalu..."

"Kot ye pun janganlah sergah macam itu, ini kau bersiap lawa-lawa nak keluar pergi mana pula ?" soal Umai mengerling Jasmin atas bawah.

Kerjanya asyik berjalan sana-sini, tak lekat duduk rumah.Walaupun begitu Umai juga sudah tahu beberapa tempat yang selalu Jasmin pergi. Pertama Watson, kedua cafe yang menjual pelbagai jenis makanan manis dan yang ketiga berjalan-jalan di pasar seni bersama Arshad. Umai pun okey ajelah asalkan Jasmin tahu jaga diri dan tak melencong dekat tempat yang tak sepatutnya.

"Pergi dobi, nak basuh baju. Hari itu ada seorang kawan ini pinjamkan baju jaket dia. Itu yang aku nak basuh dan pulangkan balik." jelas Jasmin sambil menunjukkan beg plastik berisikan sehelai baju jaket ke arah Umai.

"Ouh, lelaki ke perempuan?" Umai senyum-senyum mengusik.

"Kau jangan nak fikir bukan-bukan ea, aku luku kang!"

Memang tak lah dia nak mengaku, orang yang bagi itu ialah Ehsal kembar abang saudara Umai. Dan kalau dia beritahu hal ini kepada Umai dia yakin 100% rakannya itu akan terkejut beruk punyalah!

Umai mencebik bibir. Usik sikit pun nak marah. Sebelum Jasmin beredar ia sempat menitipkan pesan kepada rakannya itu. Agar berhati-hati membawa kenderaan. Bukan apa, gadis itu nampak sahaja ayu, tapi bila dah mula pegang stereng terus hilang sifat keayuannya.

"Before this hubungan suami dan i okey sahaja. Selama ini jujur i cakap, i tak pernah syak wasangka dekat dia langsung. But pada satu hari... i terima satu mesej daripada nombor yang tak dikenali. Bila i buka aje mesej itu i dikejutkan dengan beberapa kepingan gambar. Yes, gam...bar, Paling luluh gambar suami i sed...ang berpelukan mesra dengan seorang perempuan." Matanya mula terasa basah mengenangkan gambar itu. Sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya.

Ehsal hanya diam memasang telinga. Mesej?

"Hati isteri mana yang tak kecewa kan? I cuba risik salah seorang pekerja dekat situ, katanya wajah perempuan itu seiras dengan pekerja suami i. Dan tak fikir panjang i terus serang perempuan itu dekat pejabat." jelasnya perlahan. Sapu tangan digenggam erat.

Setelah mendengar penjelasan daripada Puan Bella kini barulah Ehsal mengerti. Tak mahu membuat kesimpulan dia perlu meminta nombor tidak dikenali itu kepada Puan Bella dengan serta-merta.

" This is my card, puan cuma perlu hantar gambar dan nombor itu dekat saya. Yang selebihnya biar saya uruskan sendiri." ujarnya kemudian menghulurkan sekeping kad ke arah Puan Bella. Puan Bella menerima kad tersebut dengan anggukan kecil.

"Jasmin, bukan jalang..."

Tangisan gadis itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Ehsal sudah bertekad dengan dirinya sendiri, ia mahu bersihkan kembali nama gadis itu.

Noktah.



Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now