Lappy di atas meja hanya dipandang sepi, perut Jasmin berbunyi minta diisi. Sekeping biskut cip coklat diambil lalu dikunyah perlahan. Biar pun sebenarnya dia kurang berselera tapi cukuplah makan untuk sekadar alas perut.
Mentang-mentanglah ini hari Jasmin tidak membantah dan banyak bunyi. Encik Harun ambil kesempatan memberikan dia kerja bertimbun. Sebal. Kalau ikutkan rasa hati mahu saja ia hantar surat perletakan jawatan kepada majikannya itu.
Sudah hampir dua minggu, Jasmin masih lagi belum memberikan apa-apa jawapan pada Ehsal. Dia tahu, jejaka itu pasti ternanti-nantikan mesej daripadanya. Tapi biarlah, biarkan dirinya fikir masak-masak terlebih dahulu.
Sekurang-kurangnya tidaklah ia menyesal di kemudian hari.
"Korang perasan tak semenjak dua menjak ni kelakuan Si Jasmin macam lain?" soal Kak Mariam setelah sekian lama memerhatikan gerak-geri Jasmin dari jauh.
"A'ah saya perasan juga, tapi tak adalah tanya. Cuma yelah, Jasmin kebiasaannya bukan macam itu..." ujar Hawa pula. Mereka yang lain mengangguk setuju. Mungkin Jasmin perlukan masa untuk bersendirian.
"Kak Yam bukannya nak busy body tapi, Kak Yam tak sukalah dia pendam seorang-seorang. Korang bayangkanlah, lunch hour pun dia tak turun katanya dah kenyang makan biskut... makan biskut bukannya kenyang mana pun, aku sampaikan tapau nasi tau untuk dia..." Punyalah Kak Mariam susah hati pada Jasmin.
Ada satu masa, Dina sengaja mencari gaduh dengan Jasmin. Namun, gadis itu langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Selalunya, dia akan melawan dan memarahi Dina semula. Tapi tidak, seakan-akan dia berada di dalam dunianya sendiri.
"Adriana,"
"Ye, Kak Yam?"
"Kau tak cuba-cuba tanya ke pada Jasmin? Mana tahu dengan kita orang dia tak selesa nak share, tapi dengan kau dia boleh..."
Adriana hanya mengeluh perlahan.
"Saya dah cuba tanya, tapi macam biasalah Ditanya sepatah, dijawabnya pun sepatah. Mungkin dia belum bersedia nak berkongsi, tapi tak apalah Kak Yam. Kalau dia perlukan pertolongan, dia akan cari kita... sekarang ini kita berikan dia ruang dan masa... kalau ada apa-apa yang boleh dibantu, ye kita bantu..." balas Adriana dengan jawapan yang selamat. Kalau boleh dia tak mahu memaksa. Dia kenal Jasmin macam mana orangnya.
Keluhan berat dilepaskan, Jasmin masih lagi berdiri di hadapan pintu bilik pengarah eksekutif. Jika diikutkan hati mahu sahaja Jasmin elak dari berjumpa dengan Encik Ahsraf itu tapi nak buat macam mana, inikan urusan kerja mahu tak mahu terpaksalah hadap.
"Kenapa tak ketuk aje pintu itu?"
Dia tersentak kecil lalu menoleh memandang ke arah figura itu. Berdirinya seorang jejaka yang bergaya dan berkarisma di sebelahnya.
Encik Ashraf.
"Eh, selamat siang Encik Ahsraf!" Spontan Jasmin menunduk hormat padanya.Encik Ashraf pula hanya tersenyum dan menjemput dia masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Jemput duduk, Jasmin. Nanti saya panggil Puan Erna suruh sediakan minuman untuk awak..." Suara Encik Ahsraf memecah suasana yang kekok di antara kami berdua.
Entah mengapa lidah Jasmin seakan-akan kelu untuk bersuara.
"Er, tak perlu susah-susah Encik Ashraf... saya datang pun sebab nak berikan pendrive ini aje pada Encik Ahsraf," tolak Jasmin lembut. Dia kemudiannya meletakkan pendrive kecil itu di atas meja.
Entah mengapa riak wajahnya kelihatan sedikit hampa. Kesal pelawaannya ditolak barangkali.
"Awak masih bencikan saya, kan?"
YOU ARE READING
Encik Jerk
Romance'kejadian memalukan ' Berlaku ketika dia tersilap menjemput orang di lapangan terbang telah menjadi detik pertemuan pertama antara Encik Jerk dan Cik Clumsy. Sejak kejadian itu, mereka kerap 'tidak sengaja' bertemu. Anehnya, disetiap Jasmin dilanda...