ENCIK JERK- 30

189 24 68
                                    

Daun pintu bergerak perlahan-lahan
dibuka oleh seseorang dari dalam. Kelihatan seorang pemuda segak berbusana kasual berada di hadapan pintu bersama senyuman lebar.

"Kau buat apa datang sini? Dah jadi kurier pula ke?" soalnya dingin. Tajam anak matanya memanah sepasang mata helang milik tetamu tidak diundang itu.

"Urusan aku jadi kurier atau tak, tak ada kena mengena langsung dengan kau..."

Arshad mengetap gigi sebelum dia ingin menyambung kata, satu suara lunak mencelah dari arah belakang.

"Eh Shad, kenapa tak jemput tetamu masuk?" puan Raudhah pandang mereka silih berganti. Ish, budak bertuah ini. Bukan nak dijemputnya tetamu masuk, malah dipandangnya kawan itu macam tak puas hati.

Tetamu?

Arshad mula tertanya-tanya sejak bila pula ibunya mengenali lelaki itu?

"Jemputlah masuk, Ehsal. Jangan segan-segan buat aje macam rumah sendiri ya," pelawa Puan Raudhah ramah bila dilihatnya pemuda itu masih lagi tercegat di situ.

"Terima kasih, puan."

"Tak perlulah puan, puan dengan saya. Panggil aje makcik ," ujar Puan Raudhah sambil tertawa halus. Jejaka itu hanya tersenyum nipis.

Pemuda itu diminta menunggu seketika di ruang tamu sementara Puan Raudhah hendak memberitahu pada Encik Rafizi tentang kedatangannya.

Sekilas terpandang di suatu sudut, sebuah almari kaca yang berisi dengan bingkai-bingkai gambar. Seraut wajah yang tak lagi asing pada pandangan Ehsal.

Di situ terpapar senyuman lebar si gadis bersama keluarganya di sisi tika mendapat sekalung ijazah sarjana muda serta juara sukan tahunan sewaktu sekolah rendah. Dengan kesempatan yang ada Ehsal mengambil beberapa kepingan gambar. Bila-bila bolehlah dijadikan modal untuk usik gadis itu nanti.

"Maaf ya, Ehsal. Sebab buat kamu menunggu lama pakcik baru aje selesai solat zuhur," beritahu wanita itu.

"Tak apa makcik, saya okey aje..." jawabnya lembut.

"Pandai Jasmin pilih kawan... dahlah sopan, segak pula itu... ish makcik berkenanlah kalau Jasmin ada hubungan serius dengan kamu! Betul ke kamu kawan aje dengan anak perempuan makcik itu?" Risiknya ingin tahu.

"Buat sementara ini kami masih lagi kawan, tapi kalau ada jodoh di antara kami berdua, apa salahnya kan?" ujar Ehsal. Bibir Puan Raudhah menguntum senyum. Bukan sahaja kacak, malah petah berkata-kata.

Kalau inilah lelaki yang menjadi pilihan Jasmin, awal-awal lagi dia akan kasi lampu hijau!

"Makcik bukannya apa tau, sebagai seorang ibu ini... rasa gembira sangat yang anak perempuan makcik ni ada juga berkawan dengan orang lain," Sekonyong-konyong Puan Raudhah membuka cerita.

"Dulu bukannya dia tak berkawan dengan lelaki langsung, ada itu ada tapi macam biasalah tak bertahan lama. Yang paling lama pun setakat ini dengan si budak nama Asyraf itu... yang itu pun tak serius mana..." sambungnya lagi.

Ehsal yang mengekori langkah wanita itu di belakang hanya mendengar cerita dengan teliti. Kini, lelaki bernama Asyraf menarik minatnya. Mahu ditanya mengenai Asyraf dengan lebih lanjut tapi risau dibilang 'penyibuk' pula.

Tidak mengapalah, lambat laun dia sendiri akan tahu juga.

Dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap seseorang tetapi kotak fikirannya tak mampu berbuat begitu. Sekonyong-konyong bahunya dicuit oleh seseorang.

"Amboi, termenung jauh nampak... fikirkan fasal apa itu?"

"Fasal Farhan, dah banyak kali aku ajak dia kahwin. Tapi itulah, dia minta tangguh lagi..." Seketika Umai melepaskan keluhan berat.

Encik Jerk Where stories live. Discover now