"Hai Arshad! Kusyuk nampak, tengah baca buku apa itu?" sapa seorang gadis bertudung bawal kepada Arshad yang sedang kusyuk membaca senaskah buku. Dikerling sekilas pada nama pena itu. Matanya seketika bersinar.
Novel yang dibaca oleh Arshad ialah karya seorang penulis hebat yang bernama Ramlee Awang Murshid! Omg, cita rasa lelaki itu memang tinggi.
Arshad yang menyedari ada orang mahu berbual dengannya, headphones di buka lalu disangkutkan pada leher.
"Sorry, awak cakap apa tadi?" Ditanya semula kerana sebentar tadi suara gadis itu kurang jelas.
Juliana menjeling sekilas. Walaupun jejaka itu dikategorikan lelaki paling kacak dan adakalanya dia boleh jadi manusia paling pekak.
"I tanya you tengah baca buku apa itu?" ulang Juliana malas.
"Bagaikan Puteri." balasnya ringkas.
Makin Juliana tak sangka lelaki itu turut membaca novel kesukaannya!
"I tak sangka cita rasa kita sama." Juliana menekup mulut dengan tapak tangan. Jejaka itu hanya senyum nipis. Sudah terbiasa dengan sikap gadis itu.
"Buku you ke?"
Arshad geleng kepala.
"Nope, buku someone."
Someone? Entah mengapa Juliana rasa kurang senang di situ. Walhal tiada hubungan istimewa di antara mereka berdua.
"Oh, faham-faham! By the way, i ada banyak koleksi karya Ramlee Awang Murshid ini tau! So andai kata you dah habis baca this story, jangan segan-segan beritahu i... nanti bolehlah i bawakkan untuk you."
"Eh, tak perlu susah-susah." Arshad menolak sopan. Jejaka ini memang tak sah kalau tak buat perempuan jatuh hati dengan dia. Mana taknya Siap mendapat gelaran 'jejaka paling green flag di dalam Universiti' Sampaikan lecturer perempuan pun ada yang terpikat dek sikap Arshad itu.
Senang cakap Arshad memang cukup pakej. Disebabkan itulah jejaka itu diminati ramai. Dan Juliana adalah sebahagian daripada mereka.
"I tak pernah anggap you menyusahkan. Malah i senang kalau dapat buat perkara yang you happy." ujar Juliana. Sambil ia berpeluang memandang keindahan anak mata berwarna hazel itu.
Ah, untungnya dia.
"Thanks but no thanks, Ana." Bukannya dia tak hargai kebaikan gadis itu, tapi kalau boleh Arshad tak mahu menyusahkan siapa-siapa pun. Akta keluarga sendiri.
Juliana sedikit kecewa. Nak buat macam mana, kalau orang tak sudikan?
"Ha lagi satu, baru-baru ini i kan baru balik daripada Pulau Langkawi. So...i ada bawa buah tangan untuk you, hope you suka!" Tak mahu suasana jadi kekok, Juliana mula menukar topik. Dihulurkan satu beg plastik berisikan pelbagai jenis coklat kepada Arshad. Jejaka itu kelihatan sedikit teragak-agak. Tapi demi jaga hati ia tetap menerimanya dan mengucapkan terima kasih kepada Juliana.
"Er, kalau tak ada apa-apa i masuk kelas dulu. Bye Arshad!"
Dia memerhati sahaja Juliana berlalu dari situ hingga hilang daripada pandangan. Arshad terpandang sticky notes yang melekat elok di luar plastik.
'Dalam banyak-banyak coklat, you nak tahu tak coklat apa yang ada persamaan dengan you. Coklat Daim. Yep! Nak tahu sebab apa? Sebab lemak manis macam senyuman you.
From-Ana your future wife maybe'
Gadis itu memang lucu. Dia tersenyum sendirian membaca nota kecil itu.
Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!
YOU ARE READING
Encik Jerk
Romance'kejadian memalukan ' Berlaku ketika dia tersilap menjemput orang di lapangan terbang telah menjadi detik pertemuan pertama antara Encik Jerk dan Cik Clumsy. Sejak kejadian itu, mereka kerap 'tidak sengaja' bertemu. Anehnya, disetiap Jasmin dilanda...