BAB 1

56 12 2
                                    

Pipi kanan disentuh sekilas. Matanya terpejam rapat dek merasakan rasa pijar yang masih ada sisa rasa tamparan.

Memalukan!

Sudahlah fitnah tanpa dengan tanpa bukti sahih, lepas itu dapat pula penampar 'free' betul-betul di hadapan staf pekerja kat sini. Nasib tak ada manusia yang rekod buat video. Kalau tidak mau jadi viral kat TikTok. Zaman sekarang ni kalau nak viral senang je sebab semuanya dihujung jari.

"Betina jalang! Apa yang kau goda suami aku sampai dia asyik tergila-gila dengan kau, hah? Dasar jalang! Penyondol laki orang!"

Suasana di set pengambaran menjadi hening dek amukan seorang wanita berusia 50-an. Lagi menjadi hening apabila tangan wanita itu menampar kuat pada wajah seorang perempuan yang sedang terpinga-terpinga.

Alin terdiam. Dirinya masih terkejut dan tubuh terkaku tiba-tiba sahaja dia diserang dan menerima tamparan oleh seorang wanita lebih tua darinya.

"Saya goda suami akak? Bila masa pulak ni? Saya rasa suami akak tu yang menggatal dengan saya. Suami akak tu dah tua buat apa saya menggatal laki orang dah ada anak. Saya ni tak bodoh lagi la nak kan laki orang," sindir Alin, menahan geram. Hatinya sudah membara. Ingat dia boleh diam terpaku ke kalau kena fitnah? Lagi-lagi kena penampar. Itu lah penampar pertama dia dapat selama dia hidup di muka bumi ini.

Ohh... dia ni bini kepada pengarah tua miang tak sedar diri tu! Haih, suka hati dia pulak dia tampar aku. Kalau pipi aku herot sebelah memang aku saman dia sejuta. Kurang hantaran aku ceni kalau nak kahwin nanti. Omel Alin dalam hati.

Kemudian mata Alin melihat pengarah tua itu kelihatan sudah seperti cacing kepanasan apabila suasana mula menjadi kacau bilau dengan staf sudah berbisik sesuatu. Tambahan pula, muka isterinya sudah berbahang panas mendengar sindiran Alin.

"Kurang ajarrr!"

Pantas Alin menangkap tangan wanita itu.

"Wahhh... berani eh akak tampar muka saya untuk kali kedua. Kali ini jangan harap!" Penuh amarah, Alin memulas tangan wanita dengan geram.

"Izrin Amalin, you're fired!" lantang suara Dato Rashid berkata kepada Alin.

Alin ketawa sinis. "Thanks Dato. Memang I nak selama ni. I memang tak tahan dengan perangai gatal you but I want still to work here because I love my carrier being assistant director. Thanks again."

Alin menghela nafas lega. Akhirnya dia dapat meluahkan apa yang terbuku dihati selama dia bekerja disini.

"Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau kacau suami aku!" kata isteri Dato Rashid penuh kebencian yang terpamer dimukanya.

"Get out, Izrin Amalin!" Tengking Dato Rashid lalu mendapatkan isterinya.

"Lin!"

Alin terkejut tatkala terasa bahunya di tepuk. Sekelip mata juga, tragedi yang terlayar di matanya terus lenyap.

"Kau ni tengok tanyalah ustaz ke, tanyalah dalam mimpi tidur kau tu?"

Alin terpinga seketika. Namun matanya tertumpu ke arah skrin tv yang memaparkan siaran.

"Blur pulak dia ni. Come on Lin, move on!" bebel Syafia.

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now