BAB 6

18 3 0
                                    

Ini lagi besar daripada masalah negara ni! Omel Alin sendirian. Melihat lelaki misteri itu datang seperti biasa.

Wah... ini betul- betul pelik. Semalam hari isnin datang pukul 5 petang. Hari ni datang lagi? Hari ini hari selasa Okay no wonder dia datang petang. Mungkin dia baru balik kerja?

Sejak Alin bekerja di sini, dia tahu jadual lelaki itu datang ke kafe ini setiap hari.

Isnin hingga khamis tepat pukul 5.00 petang.
Hari jumaat hari cuti kafe ini.
Hari sabtu pukul 9 pagi.
Hari Ahad pukul 2 petang.

Dalam diam Alin berfikir sesuatu sementara tiada pelanggan baru yang datang. Semuanya sudah mengambil pesanan dan semuanya juga sudah dapat makanan dan minuman yang sudah dipesan dengan bantuan Shasha, Daus dan Daniel. Kecuali lelaki misteri itu sahaja baru masuk ke kafe ini dan duduk di tempat biasa. Tidak dilupakan sketchbook bersama set alat melukis miliknya.

"Sha, saya pergi ambil oder kat dia tau," kata Alin apabila melihat Shasha mahu pergi ke arah lelaki misteri itu.

"Eh, takpe ke? Kalau dia diam tu dia tak nak. Kalau dia angguk dia nak. Awak jangan paksa dia kalau dia tak nak," jelas Shasha. Kalau tidak dia hendak memberitahu kepada Alin tentang hal ini semalam. Apakah daya, dia terpaksa balik awal kerana senggugutnya yang teruk.

Alin mempamerkan riak hairan. Lelaki tu tak bercakap dengan Shasha ke? Habistu macam mana dia minta order yang dia nak? Confused.

Sedar-sedar Alin sudah di hadapan lelaki misteri tersebut. Kelihatan lelaki itu sedang melakarkan sesuatu di dalam sketchbook1. Cantik pulak lah mamat ni melukis.

Alin mengukir senyum manis sebelum bersuara sepertimana dia buat kepada pelanggan-pelanggan lain. Selalunya dia akan mengambil pesanan dengan menggunakan dua bahasa iatu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tetapi apabila melihat lelaki ini seperti berbangsa cina.

"Hai, selamat datang ke Kafe Daily L'espresso.  Awak nak order apa? Hi, welcome to our cafè Daily L'espresso. Do you want to take a order?" ucap Alin dengan senyumannya tidak lekang dibibir. Ipad ditangannya dipegang kerana terdapat menu-menu di kafe ini.

Suara Shasha terngiang-ngiang di cuping telinganya. Kalau diam dia tak nak... kalau dia angguk dia nak...

Bagai mentera sahaja ayat itu. Pelik. Padahal boleh aje dia cakap nak ke tak nak. Itu pun payah ke?

Kelihatan lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi. Hanya berdiam sahaja. Okey, dia tak nak lah tu.

Haish, tak boleh jadi ni. Apa masalah dia ni sebenarnya? Dia boleh je cakap tak nak. Apa susahnya nak cakap?

"Saya minta maaf terlebih dahulu... saya rasa awak faham kan bahasa Melayu? Mustahil lah tak faham. Kita ni hidup pelbagai bangsa kat Malaysia ni mesti tahu cakap Melayu. Saya nak cakap bahasa Mandarin saya tahu wo puyau je. Maaf, awak ni ada masalah percakapan lebih tepat bisu ke? Atau awak ada masalah pendengaran iaitu pekak?" tidak tertahan, Alin melepaskan segala persoalan di fikirannya dengan nadanya masih lembut.

Tanpa diduga lelaki itu mengangkat wajahnya dari melihat lukisannya dan hanya merenung dalam wajah Alin yang sudah tergamam melihatnya.

Manakala mata Alin tidak berkedip melihat wajah lelaki misteri itu. Hensem siot rupanya dia ni... hensem tapi pelik. Hurm…

"Awak?" soal Alin sekali lagi kerana melihat lelaki itu hanya merenungnya. Riaknya macam tak puas hati pun ada.

"Jadinya awak bisu dan pekak ya? Sorry... saya tak akan tanya lagi."

Tiba-tiba lelaki itu menggeleng perlahan. Dan dia kembali menyambung lukisannya yang tergendala. Kelihatan dia sedang melakar satu bunga yang besar memenuhi ruang sketchbooknya.

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now