BAB 8

11 1 0
                                    

"Daniel sini sekejap," panggil Alin apabila melihat Daniel melintasi di hadapannya.

Daniel terus menghampiri ke arah Alin yang duduk bersantai di kerusi. Penat. Tak menang tangan gadis itu tadi melayan pelanggan yang datang masuk. Sekarang dapat dia melihat Alin menarik nafas. Tiada pelanggan pun yang datang lagi.

"Ya, Alin kenapa?" Walaupun Alin lagi tua daripadanya, dia tidak mahu memanggil Alin dengan panggilan kakak. Raut wajah yang comel dan cantik seperti itu tidak sesuai di panggil kakak. Padahal berapa kali dia ditegur oleh Daus, Alan, Shasha dan Chris supaya memanggil Alin seperti itu. Jarak usia antara mereka adalah 7 tahun.

"Hurmmm..."

Daniel mengangkat kening. Entah apa yang difikirkan oleh Alin agaknya? Ahboy pelik tu? Mungkin.

Dalam diam, Daniel merasakan tubuhnya bergetar perlahan. Jantung pula berdebar-debar. Seram sejuk pula dia tika ini. Kalau tidak, dia mahu pergi berehat dalam bilik staf tetapi Alin sudah memanggilnya.

"Hei awak... saya nak awak tahu yang saya suka kat awak. Muka awak macam oppa Korea tapi versi chinese. Kalah dari crush saya kat Jepun," kata Alin dengan mengulangkan ayat yang sama. Seperti mana dia menuturkan kepada lelaki misteri itu petang tadi.

Daniel memegang dahinya tiba-tiba. Rasa pening mengaburi matanya.

Alin pula berubah riak.

"Daniel...? Sorry, Alin tak maksudkan cuma..." gelabah Alin menyusun ayat supaya remaja itu faham. Tidak lama sesaat, Daniel rebah di atas lantai jubin kafe.

"Daniel!" pekik Alin sekuatnya. Pantas tangannya menggoncang tubuh Daniel yang kaku. Mujur alunan nafasnya kedengaran.

"Kenapa ni, Alin? Eh, Daniel!" Alan turut berbuat demikian. Wajah Daniel ditampar lembut. Tiada tanda untuk sedar

"Daniel..." tidak sempat Alin menyatakan hal yang sebenar, Daus datang menghampiri ke arah mereka.

"Ah, budak ni auta je lebih. Cakap macam tu pun dah nak pengsan. Pondan," cebik Daus sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa Daus cakap macam tu?" Alin hairan. Macam tak kisah sahaja roh Daniel terkeluar secara tiba-tiba dalam badan. Namun bukan yang semua. Kalau semua, kembali ke ilahi.

"Alah, dia bukan pengsan sebab you cakap tu lah, Alin. Tengok ni." Chris datang bersama mangkuk berisi air paip. Lalu di simbah semua ke atas muka Daniel.

Semerta-merta Daniel bangun dari pembaringan.

"Hujan turun, hujan turun! Cepat angkat kain!" jerit Daniel tiba-tiba.

Alin terngadah. Dia kebingungan.

"Banyak lah kau punya hujan. Ini hujannya." Mangkuk sudah kosong tiada air diletakkan di atas kepala Daniel. Lagak Chris seperti pembuli pula.

Alan dan Daus menggeleng.

"Huh? Bukan hujan?"

"Dah, tak payah nak merepek... kau pergi makan dan rehat sana," arah Chris dengan nada tegas.

Daniel mencebik lalu beredar setelah bangun.  Mangkuk di kepalanya diangkat.

"Apa yang jadi ni?" Soal Alin masih kehairanan.

"Daniel tu ada penyakit. Dia tak boleh tak ada gula dalam badan... nanti pengsan macam tadi," jelas Daus.

"Haa macam tu pula? Ingatkan dia pengsan apa yang Alin cakap tadi."

Ketawa Alan meletus.

"Ceh aku ingat apa lah tadi. Poyo betul."

Alin menarik nafas lega. Mujur tak jadi apa-apa. Dah lah anak orang. Haih.

Padahal dia cuma mahu menguji Daniel sahaja. Entah dia pun tidak pasti Daniel terkejut atau tidak dengan bicaranya tadi. Pengsan sebab kurang gula rupanya!



JAM tepat menunjukkan pukul 11.00 malam menandakan waktu operasi kafe telah tamat. Kesemuanya staf terduduk lelah di tempat masing-masing setelah seharian bertungkus lumus bekerja.

“Abang Rizal dengan Kak Ain balik dulu nak ambil anak dekat pengasuh. Dapur dah siap kemas semua,” kata Abang Rizal yang sudah menukar pakaian uniformnya kepada T-shirt biasa. Begitu juga dengan Kak Ain sudah memakai sweater nipis. Mereka berdua terus keluar dari kafe.

“Imran pun sama! Tapi tak ada anak lah. Balik jumpa mak dan bapak aje. Hidup single be like,” celah Imran pantas dia orang pertama yang keluar dari kafe ini.

“Single lah sangat… Kak Dihah pun nak balik juga.”

“Ya lah, kak… balik lah tak halang pun. Alan balik dulu, bye semua!” Selamba Alan bersuara yang baru saja keluar dari bilik rehat staf dan terus melangkah ke arah pintu kafe.

Alin memandang Daniel sebaik sahaja keluar dari bilik staf. Keadaan Daniel sudah baik dari petang tadi.

“Daniel… Alin minta maaf eh? Alin yang salah sebab gula-gulakan Daniel.”

Bicara Alin disambut ketawa Daus sedang melangkah menghampiri Alin dan Daniel. Shasha dan Chris sibuk mengemas di ruang barista hanya memasang telinga.

“Budak ni memang perlukan gula. Sekali orang gula-gulakan dia terus pengsan.” Sisa tawa Daus masih kedengaran. Bahu kanan Daniel ditampar kuat.

Daniel menjuling mata. Tak habis-habis Daus menyakatnya dari tadi. Namun, mata beralih ke arah Alin yang tampak serba salah.

“Tapi apa yang Alin cakap tadi tu, tipu kan?”

Alin mengangguk pantas. “Sorry again Daniel. Ini semua salah ahboy pendiam tu. Apa yang alin cakap dengan Daniel macam tu lah Alin cakap dengan dia. Tapi dia langsung tak reaction apa-apa. At least, Daniel bagi juga reaction pengsan. Dia apa pun takde. Huh, sakit jiwa,” luah Alin, kesal.

Daniel diam. Dari pandangannya terhadap gadis itu dia dapat merasa kegeraman Alin kepada lelaki misteri itu. Hari ini sahaja dia melihat kesungguhan Alin untuk membuatkan lelaki itu bercakap.

“Tak apa, Alin… take your time. Jarang nak jumpa orang macam awak nak layan ahboy pelik tu. Kalau kami, memang tak lah nak melayan nanti sakit hati. Buat tak tahu je. Okeylah, Daus nak balik dulu,” pamit Daus sebelum mengatur langkah keluar dari kafe.

Permegian Daus dihantar melalui ekoran mata Alin dan Daniel.

Bicara Daus membuat dia mengeluh. Bila difikirkan balik macam beria saja dia melakukan rancangan gila ini. Bukan setakat gila, sakit jiwa terus. Padahal lelaki misteri itu langsung tidak kisah akan kehadirannya yang setia menjadi penganggu ketenteraman lelaki itu setiap hari berkunjung di kafe ini.

“Betul cakap Daus. Daniel pun dah nak balik ni. Take care tau Alin. Haa… pasangan yang belakang sana tu cepat sikit buat kerja. Tak elok berduaan dalam kafe ni.”

“Eh budak ni… tahu lah orang,” nada Chris berkata mendatar. Shasha sudah sakan ketawa diikuti Alin.

Daniel sudah pulang. Tinggal Alin, Shasha dan Chris saja.

Sudah menjadi tanggungjawab Chris memegang kunci kafe ini. Dia orang pertama datang dan dia juga orang terakhir balik lambat. Shasha lah yang menjadi peneman Chris dikala malam. Mereka berdua akan meluangkan masa bersama di Padang Kota sehingga 1 pagi pada setiap hari Khamis. Memandangkan hari jumaat tidak beroperasi.

“Awak tak nak balik lagi ke, Alin?” tanya Shasha bila melihat Alin leka melihat skrin IPhone ditangan.

“Kejap lagi lah. Malam masih muda.” Malas pula dia nak balik. Kalau dia balik ke rumah bukan ada Syafia. Syafia sudah memberitahunya dia tidak ada dirumah kerana mengikuti kem jati diri anjuran sekolah. Dimana semua guru malam ini berkhemah bersama-sama murid tingkatan 5 yang bakal menghadap peperiksaan SPM 2 bulan lagi.

“Apa you tak percayakan I ke? I tak gila lah nak buat benda bukan-bukan dekat Sha.”

Shasha menampar kuat lengan sasa Chris. Apa pula lelaki ini fikirkan? Mengarut.

Perbuatan Shasha disambut sengihan nakal Chris.

“Hei, hei brader. Lek lek lah… I bukan tak nak balik. Memang I nak balik pun. Cuma I nak jampi sikit kafe ni. Mana tahu esok kalau ahboy tu datang dia boleh bercakap?” Seloroh Alin seraya melepaskan ketawanya.

“Itu aje? Ingatkan apa tadi. Haa, jomlah kita keluar… jangan sampai I kurung you dengan Shasha kat sini.”

“Chris!” Marah Shasha. Dia tahu kekasihnya bergurau. Tapi tak kena tempat.

“Eleh… berani eh nak kurung-kurung anak dara orang? Jom, Sha kita kurung kekasih you ni.”

“Jom, jom! Banyak cakap sangat tadi,” sahut Shasha.

“Okay, fine I gurau lah tadi. Berani you, Sha nak kurung boyfriend you yang hensem ni?”

“Mestilah. Sebab you mengada.”

“I tak nak hantar you balik,” merajuk Chris.

“Tak apa lah. I tak kesah… I boleh balik dengan Alin. Kan Alin?”

Alin mengangguk sambil tersengih melihat mulut Chris sudah muncung. Sesaat kemudian, mereka bertiga menghamburkan ketawa.

Seronok pula melihat pasangan ini gaduh merajuk manja. Semoga jodoh mereka berdua kekal.

PINTU lif sudah dibuka, Alin mengatur langkah keluar sambil bibirnya riang menyanyi kecil.

Tertusuk dadaku panahan mu panahanku
Hak milikmu biar panah ku terus di situ
Ilusi biar ia dijadikan dia realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti yang tinggi

Bibir Alin menyanyi sepenuh hati tatkala airpod sudah terletak di kedua-dua cuping telinganya. IPhone 13 miliknya sentiasa ditangan kanan dan tangan kirinya erat mengenggam kunci rumah. Kakinya mengatur langkah keluar dari lif lalu berjalan menuju ke unit pangsapurinya yang selang tujuh unit pangsapuri yang lain. Pendek kata, unit pangsapurinya dihujung sekali di tingkat 9.

Alin masih menjiwai lagu Ilusi yang dinyanyikan oleh Adira Suhaimi. Adira merupakan salah seorang perserta dia minati di Akademi Fantasia musim ke 8 semasa zaman dia di sekolah menengah dulu. Kini, lagu itu sangat nostalgia baginya apabila mengingati zaman remajanya dulu. Lagu ini juga pernah menjadi soundtrack drama bersiri yang bertajuk Awan Dania yang pernah ditayangkan di kaca TV Astro Ria. Semasa zaman sekolah menegah dulu bukan beria nak jadi pramugari sekalinya bidang journalis dia minati.

Dalam dia sedang menyanyi, tiba-tiba sahaja bahunya terlanggar oleh seseorang yang datang dari arah tangga kecemasan dan mahu masuk ke dalam lif. Hampir saja menyebabkan IPhone 13 miliknya jatuh di lantai tapi tangkas digenggam erat.

“Hello, brader! Mata kau tengok kat mana hah? Punya banyak jalan boleh lalu nak juga terselisih dengan aku pahal dho? Haish, semaklah!” berang Alin berkata kepada seorang pemuda yang berpakaian kameja lengan panjang berwarna biru tapi lengannya disinsingkan ke siku. Nampak gayanya, baru pulang dari kerja. Bahunya terasa mula kebas. Boleh tahan pelanggaran tadi. Bahu besi ke apa mamat ni?

“Sorry aku tak sengaja,” ucap lelaki itu, tanpa rasa bersalah.  Langkahnya untuk masuk ke lif tidak terjadi apabila dia dijerkah oleh seorang gadis.

Alin merengus kasar. Lagu yang masih diputarkan dalam airpod ditelinganya di hentikan buat seketika. Lagu berapa saat nak habis, spoil mood betul lah!

“Tak faham aku. Dah elok guna tangga tetiba nak guna lif, apahal? Rilek la bro… kau jantan kut. Baru naik tangga untuk tingkat 9 dah semput? Belum sampai lagi tingkat 19 pun.”

“Lif lagi satu kat ground floor ada problem. Lepas tu nak guna lif lagi satu, ramai orang pula. Nampak kau keluar tadi aku nak masuk lah. Dah bye. Tak larat dho nak panjat tangga dari bawah.” Bicara lelaki itu. Riaknya masih selamba seperti tadi. Tak nampak gaya muka penatnya menggunakan tangga.

Belum sempat Alin membuka mulut, lelaki itu terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam lif. Dengan pantas pintu lif tertutup tanpa sempat Alin mengeluarkan kata.

Pape jelah.

Alin menyambung langkahnya yang terhenti.



 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now