BAB 9

11 2 0
                                    

Pintu kaca ditarik dari luar. Alin melangkah masuk ke dalam kafe. Kelihatan beberapa pelanggan sahaja berada di sini. Kebiasannya waktu petang selepas zuhur pelanggan yang datang boleh kira dengan jari. Kafe dikunjungi ramai apabila jam tiga petang.

Ini pun dia baru sahaja habis rehat. Semasa berehat, Alin keluar pergi makan di luar dan bersiar-siar di Padang Kota. Shasha dan Daus yang tidak keluar dari kafe kerana malas dan hanya berehat di bilik staf sahaja. Manakala Daniel shifnya sampai pukul 12 tengah hari tadi. Disebabkan dia kerja separuh masa jadinya dia pulang awal membantu keluarganya dirumah. Haqim pula baru masuk kerja hari ini setelah 2 minggu cuti. Dia setia disebelah Chris menyediakan bahan-bahan minuman berkafein kepada pelanggan.

Kak Dihah pula baru saja dia terserempak di luar di tempat parkir kenderaan. Waktu-waktu begini sibuk menghantar anak pertamanya berusia 8 tahun ke sekolah kafa.

Alin melirik pada jam tangan layar sentuh dipergelang tangan kiri. Jari telunjuk di tangan kanan menyentuh skrin jam tersebut. Jam tepat pukul 2 petang.

Pada masa yang sama, pintu kaca kafe ditarik seseorang di luar untuk masuk.

Alin tersenyum. Tepat pada masanya, lelaki misteri itu datang dengan beg galas berwarna hitam yang disandang sebelah bahu kanan. Setia bersama hoodie berwarna kelabu dan bertopi hitam yang menutup sedikit wajah kacaknya.

Hari ini, misi kedua. Semalam gagal. Hari ni, jangan gagal!

Tidak lama selepas itu, Alin membuka langkah ke arah meja yang diduduki oleh lelaki itu sebaik sahaja IPad milik kafe diambil kepada Alan yang menjaga bahagian kaunter.

Matanya sempat mengerling sekilas Shasha mengangkat ibu jari kepadanya. Line clear. Haha. Bermakna Aunty Sue sibuk bersama Abang Rizal, Kak Ain serta Imran di dapur.

"Ehem!" Alin berdehem. Namun, lelaki seperti biasa buat halnya.

"Saya kembali seperti biasa bersama aura baru. Okey, stop merepek. Haa, awak nak order apa? Menu yang sama ke?"

Lelaki itu diam. Lambat-lambat dia menggeleng kepala.

Okey, dia tak nak.

"Hei, awak hensem. Saya nak tanya apa beza awak dengan sandal saya pakai ni? Tak tahu lah kenapa hari ini saya tergerak hati nak pakai sandal. Nasib baik bos besar tak masuk. Ha, jawab cepat!" kata Alin seraya menunjukkan ke arah kakinya memakai sandal tinggi berwarna hitam. Lelaki misteri itu langsung tidak menoleh mukanya. Dia menghadap lakarannya dibuat.

Jeda.

Alin menghela nafas. Penumbuknya digenggam lalu diangkat. Namun diturunkan. Kalau tidak, mahu melayang ke arah wajah tampan lelaki itu. Disebabkan tahap kesabaran dia masih ada, dia masih bertahan. Lagipun dia tidak mahu mencetuskan huru-hara di kafe ini. Tak pasal-pasal dia dibuang kerja sekali lagi sebab menyakiti pelanggan.

Alin pasrah. Memang dia takkan jawab lah. Dia kan tak ada mulut. Sesiapa yang baik hati dan pemurah tu, tolonglah derma mulut dekat mamat ni. Kalau boleh derma lah dua atau tiga mulut kat dia. Serius, dah tahap kritikal sampai tak boleh nak bersuara! Apatah lagi pickup line aku tak nak dijawabnya.

"Tak tahu? Heh, tak ada bezanya. Dua-dua rasa nak pijak. Kat awak saya bagi lunyai kalau boleh. Geram! Cuba lah cakap. Apa lah yang susah sangat? Atau memang betul awak bisu? Tapi bila saya nak tanya awak bisu, awak geleng pulak."

Lelaki itu menayang wajah selambanya. Ibarat bicara Alin seumpama angin yang lalu di tepi telinganya.

"Okay, fine. Saya gurau je lah. Takkan pulak saya nak lunyai awak? Awak kan hensem. Mana boleh saya buat awak macam tu." Sengaja Alin menutur demikian. Buat-buat simpati padahal hati tengah membara panas dengan wajah tenang selamba itu. Kecil besar sahaja dia melihat lelaki dihadapannya ini. Nak aje dia pijak lelaki itu sehingga lunyai.

"Alin tu dah kenapa? Dah tak betul ke?" Sejak tadi, Haqim memerhati tingkah laku Alin berbicara dengan seorang pelanggan lelaki yang tidak mengeluarkan sebarang suara mahupun ekspresi wajah.

Haqim maklum akan kehadiran lelaki misteri itu yang setiap hari hadir berkunjung ke kafe ini. Pelik dah satu hal. Nak mendengar lelaki itu bercakap, rasanya kafe ni roboh pun belum tentu lagi.

Chris menjongket bahu. Malas dia hendak berkata sebenarnya. Kejap lagi, ada lah seorang yang menjawab pertanyaan Haqim yang dibiar sepi.

"Tu lah kau... ketinggalan zaman. Sekarang dah abad 30. Lembab punya orang." Daus mencelah. Ini lah orangnya. Kepochi.

"Merapu kau. Abad 21 pun tak habis lagi dah nak beria abad 30. Apa hal sebenarnya? Ada apa yang aku terlepas ke?"

Daus menarik nafas dalam. Dulang yang dipegangnya diletakkan atas kaunter.

"Sekarang ni Alin tengah jalankan misi dia untuk buat ahboy pelik tu cakap. Aku tak tahu lah apa yang menarik perhatian dia sampai sanggup buat rancangan gila tu. Semalam misi pertama dia gagal, hari ni dia masih berusaha."

Haqim terdiam. Sekilas dia melirik mata ke arah Alin bagaikan orang gila bercakap sendirian tapi diendahkan oleh lelaki itu.

"Kenapa Alin nak dengar ahboy tu bercakap? Dia tak bercakap dia punya hal lah. Asalkan ahboy tu tak buat benda-benda pelik boleh mencemarkan nama kafe ni sudah lah," soal Haqim penuh kemusykilan.

"Itu... aku tak tahu. Aku rasa bagi dia ahboy tu unik. Mungkin. Dah lah, aku nak sambung kerja dulu. Pape roger."

Bicara Daus tadi hanya dibiarkan begitu sahaja. Matanya tidak lekang memerhati Alin dari jauh.


RAUT wajah lelaki misteri itu di renung lama oleh Alin. Gerak-geri lelaki itu turut diperhatikan sambil otaknya memikirkan sesuatu. Idea untuk membuat lelaki itu mngeluarkan suara. Nampak gayanya, dia perlu banyak bercakap supaya lelaki itu rimas dan stres. Mana tahu dia bercakap nanti?

"Hurm..." Alin menggumam perlahan.

Hampir dua minit dia duduk bertentangan .dengan lelaki itu.. Dua tiga pelanggan yang masuk tadi diselesaikan oleh Shasha dan Daus. Serba salah dibuatnya membuli mereka berdua itu padahal belum sempat Alin mendapatkan pelanggan Shasha dan Daus terlebih dahulu sudah pergi mendapatkan pelanggan meminta pesanan. Mujur mereka berdua tidak ambil kisah dia menganggu                        

Lelaki di hadapannya ini tetap dengan dunianya sendiri. Jangan sampai aku bakor kang buku lukisan dia! Bisik hati Alin. Sesaat kemudian, otaknya memikirkan sesuatu setelah dia terpadang lakaran yang dibuat oleh lelaki itu di dalam buku lukisan.

"Cantiknya awak lukis mata tu. Tapi awak tak seram ke lukis mata satu je, dah lah besar. Macam iluminati. Ke awak join geng tu? Huishhh, kenot bren. Awak hensem macam ni macam mana boleh terjebak?" Alin pura-pura menekup mulut buat gaya-gaya terkejut. Sudah terang lagi jelas, lelaki itu sebenarnya melakar mata seseorang dengan bulu mata yang panjang dan lentik. Sengaja dia hendak buat lawak. Datang celah mana Iluminati pun dia tak tahu. Argh, lantaklah!

Bicara Alin tadi diganti dengan kebisuan lelaki itu. Macam biasa.

Alin mengeluh.  Nafas dihela berat. Wajah lelaki misteri itu yang menunduk dipandangnya lama. Tidak terlihat raut kacak lelaki itu kerana terlindung dek topi.

Muncul satu idea di benaknya untuk mengusik lelaki itu.

"Haish, pelik lah! Ada je yang tak kena dengan mata saya ni," ujar Alin dengan mengerdip kedua-kedua matanya berkali-kali. Cermin mata yang terlondeh di batang hidung dibetulkan.

Lelaki misteri itu mengangkat mukanya dan melihat wajah Alin tanpa riak.

"Sebab dari tadi tak boleh pandang tempat lain, saya hanya boleh pandang awak je."

Tersengih Alin tetapi tidak lama dia mencebik bibir tatkala lelaki misteri itu menunduk wajahnya kembali dan menghadap buku lukisan.

Stres!

Alin ketap giginya, bersama kesemuanya jari di kedua-kedua tangan digenggam kuat. Menahan marahnya dari terletus.

Tiba-tiba Alin merasakan getaran panjang dalam poket seluar slack hitam dipakainya.

Alin menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluar mengambil IPhonenya yang masih berbunyi lagu At My Worst dari Pink Sweat$.

Can I call you baby?
Can you be my friend?
Can you be my lover up until the very end?
Let me show your love, oh, I dont pretend

Dia melirik skrin telefon pintarnya yang tentera nama kenalan yang dikenalinya. Seketika Alin mengeluh.

Abang sulungnya, Izzam Ariqin.

Entah mimpi apa pula si abang menelefon dia? Selalunya abangnya sering berbalas mesej di WhatsApp atau DM Instagram. Jarang sekali makhluk Allah ini nak menelefonnya. Yalah, mahal kut bil roaming di Rusia nak buat panggilan. Kadang dia balik Malaysia, nak suruh ambil dia di airport pun hanya mesej sahaja. Itu pun, dia jarang membalas kerana sibuk masa kerjanya dulu. Kalau dia tak balas mesej, baru abangnya menelefon dan terus kena maki. Hahaha.

Alin mengambil keputusan mengangkat panggilan abangnya. Dirinya tidak beredar di meja lelaki misteri itu. Malas. Lagipun lelaki itu dengan dunianya sahaja. Mana dia nak layan sangat.

Gagang telefon pintarnya itu di bawa ke telinga kanannya.

"Assalamualaikum, Rin." Izzam terlebih memberi salam.

"Waalaikumussalam, abang. Tak ada angin, tak ada guruh tiba-tiba hujan, kenapa abang call Rin?"

"Nak dengar suara adik kesayangan pun salah ke? Rin buat apa? Sihat ke? Sibuk dengan shooting ke?"

Shooting? Alin tersenyum kelat. Serba salah. Selepas dia dipecat dia tidak memberitahu abangnya hal itu. Gila kau nak bagitahu? Member dahlah jenis baran. Tak sanggup dia mahu mendengar abangnya membebel mengalahkan uminya. Silap-silap terus dia balik Malaysia. Sudahlah, dia dan abangnya ibarat langit dan bumi. Bila bersama asyik bertikam lidah. Berbaik sekejap lepas itu bergaduh balik. Lumrah adik-beradik.

"Alhamdulillah sihat aje. Abang? Okey ke kat sana? Lately, Rin sibuk sangat. Sebab tu group WhatsApp family kita Rin tak balas pun chat," jujur Alin. Memang pun dia sibuk. Dengan kafe dan lelaki misteri di hadapannya ini. Letih campur stres! Tunggu masuk hospital Tanjung Rambutan aje ni.

"Oh patutlah... Rin outstation ke?"

Alin menggaru kepalanya. Macam mana eh dia nak cakap perkara sebenar? Kalau dia menceritakan hal sebenar, habislah telinga bakal mendengar leteran panjang oleh abangnya dan rahsianya turut akan terbongkar kerana lelaki misteri tu akan mendengarnya.

"Err... bang. Sorry eh, Rin ada kerja. Nanti kita sambung," dalih Alin dengan pantas.

"Okey, okey... abang pun nak tegur jap seorang perempuan ni."

Alin menjongket kening kenannya. Hairan.

"Hah, kau bang jangan nak mengada. Report kat Kak Maya nanti. Gatal eh abang. Tahu lah awek sana lawo-lawo, putih-putih, mata warna biru, hijau ungu semua..."

"Izrin Amalin..."

Alin terpempan. Kenal sungguh dia dengan suara itu.

Perlahan-lahan dia memusing badannya. Tatkala itu, Iphone 13 dalam pegangnya hampir terlepas namun pantas dia mengenggam kuat.

Air liur ditelan perit. Habislah!

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now