BAB 5

13 3 1
                                    

Alin memandang wajah Chris dengan riak terkejut. Kemudian dia memandang pula ke arah lelaki misteri itu kembali. Lelaki itu masih berada di meja sedang menyambung lakarannya selepas makan tadi.

“Seriously, you tak mampak? You jangan main-main Chris…” kata Alin sudah kelihatan cuak dan mula berasa gelisah. Tubuhnya rasa seram sejuk.

“I rasa you halusinasi kut…”

Halusinasi? Lebih tepat Skizofrenia. Atau… dia ada deria keenam? Mustahil. Sangat mustahil. Habis itu macam mana Daus dan Shasha boleh nampak pula kalau setiap hari dia orang yang pergi ambil order?

“Chris tak baik tipu I. Nanti tuhan you marah… “

Kedengaran Chris mengekek ketawa. Matanya jelas melihat wajah Alin sedang kebingungan.

“Okey, okey… I tipu you, Alin. Sorry…”

Dah agak!

“Ish, dia ni! I bagitahu dekat Sha yang you tipu I,” Alin  berpeluk tubuh. Mata Alin mencerlung tajam kepada lelaki berkacukan Kadazan-Australia itu yang masih tertawa kepadanya. Nampak bodoh dirinya kena tipu hidup-hidup.

“Eleh..  bagilah tahu dia. I tak kesah pun.”

“Tipu apa ni?” Tiba-tiba Shasha muncul di ruangan barista apabila mendengar namanya disebut-sebut oleh Alin.

“Haa, awak tanya lah awak punya boyfriend ni. Dia ada buat dosa dengan saya tadi. Saya pergi ambil order ada customer baru masuk tu… gaduh lah kau orang berdua hahaha,” kata Alin sebelum melangkah ke arah dua orang  pelanggan yang baru sahaja menarik kerusi untuk duduk.

“You buat apa dengan dia?” tanya Shasha. Jelas suaranya berbaur sedikit cemburu.

“Macam I buat kat you dulu lah, Sha…” Chris menyengih.

Shasha mengangkat keningnya. “Dulu?”

“That grey hoodie guy.” Tunjuk Chris ke arah lelaki berhoodie kelabu yang leka melukis sesuatu. Dalam banyak-banyak pelanggan yang bawa laptop dan bawa buku, dia lah pelanggan paling unik membawa sketchbook dengan alat-alat melukisnya. Betul juga kata Alin tadi. Dari bawa sketchbook baik bawa easel stand dengan canvas terus.

“Why? Alin dah mula pelik ke?”

Chris hanya mengangguk.

Shasha menepuk dahinya. “I lupa nak bagitahu kat dia tentang ni. Macam mana I boleh lupa? Sebab Aunty Sue ada pesan kat I suruh cerita pelanggan misteri kat kafe kita ni.”

“Memang you lupa lah, kalau setiap saat mata you asyik melekat tengok I yang handsome ni.”

Shasha menjeling tajam lalu dia memberi cubitan di lengan sasa Chris.

“Don’t, love. Nanti I tak boleh nak buat kerja sebab tangan I hilang sebelah,” usik Chris lagi. Bibirnya menyengih.

“Apa kaitan pula I cubit you tangan you hilang sebelah? Bukannya I pergi tetak tangan you pun.”

“Hehe. Bila you cubit tangan I akan kebas. Then I tak boleh buat kerja nanti I tak ada duit. Macam mana kita nak kahwin?”

“Malas lah nak layan,” cebik Shasha. Baru sahaja dia mahu mengorak langkah untuk beredar, Chris menarik lengannya. Sepantas kilat pipi kanannya disambar oleh bibir Chris. Membulat matanya tatkala menerima ciuman Chris walaupun tidak sampai beberapa saat.

“Uwuuu, sexual harassment!” Suara Daus menyentakkan Shasha yang kaku. Chris seperti biasa, melakukan kerjanya. Wajah selamba ditayangkan. Tidak hirau akan Daus sakan mengusiknya itu.

“Sibuk aje kau ni. Awek aku, suka hati aku lah.”

“Hek eleh… tahu la aku ni single.  Mananya iced latte dengan hot americano? Aku nak hantar kat customer ni. Bukan macam kau menggatal kat tempay kerja,” Daus pura-pura tidak nampak air minuman yang telah disediakan Chris di hadapannya. Saja nak menyakat.

“Depan mata kau, bro. Aku ni menggatal pun tangan aku buat kerja jugak,” sindir Chris. Tangannya cekap menyediakan minuman untuk pelanggan yang lain pula.

“Yalah… yalah… aku yang salah. Sorry terkacau.” Daus mengangkat dulang yang terletaknya Iced Latte dan Hot Americano untuk dihantar kepada pelanggan.

“Okey lah, I nak sambung kerja. Nanti I bagitahu kat Alin about that guy,” Shasha bersuara kembali setelah dirinya terdiam mendengar usikan Daus.

“Okay, love!”






DATIN Anita merengus geram lalu telefon pintar jenama IPhone 15 dibalingnya mengenai dinding dengan penuh rasa marah yang membuak-buak. Habis berderai telefon mewah itu.

“You ni dah kenapa, Nita?”

“You kata kenapa kat I? Kenapa you nak ambil balik perempuan jalang tu kerja dengan you, Nizar?” jerkah Datin Anita. Sebentar tadi dia menerima panggilan dari penyiasat peribadinya mengenai suaminya mahu mengambil Alin kembali bekerja di syarikat produksinya.

“Mana you tahu ni?” Kedengaran suara Dato’ Nizar sedikit menggelabah. Siapa yang beritahu kepada isterinya? Lily?

Datin Anita ketawa sinis. “You tak payah nak sorok bagai belakang I. I tahu semuanya. You sendiri yang pecat dia then you merayu bagai pujuk dia balik kerja dengan you. Apa masalah you ni hah?”

“Lily ke yang bagitahu kat you?”

“Oh… you guna Lily pujuk perempuan tu?”

Dato’ Nizar terdiam. Kemudian dia bersuara.

“She’s talented. I rasa menyesal pecat dia kalau bukan sebab you, Datin Anita.”

“Dia tu memang patut kena pecat. Sebab dia you masih terangau-angau dengan dia. Pergi matilah!”

Pang!

Pantas bak kilat, Dato’ Nizar menampar wajah Datin Anita.

“This is you really want, Datin Anita. Am I right?”

“Berambus kau dari sini, Nizar!”

“Nita… I’m sorry. I bukan saja-saja nak tampar you. You dah melampau sekarang. I jujur I tak ada apa-apa dengan Alin. Dia buat kerja dia, I buat kerja I. I rasa bersalah dengan dia… haritu kalau dia tampar you I tak kesah memang you patut terima. Disebabkan I sayang you  I pevat dia. You dah malukan dia satu Malaysia. Apa yang you masih tak puas hati lagi?”

Datin Anita tergamam. Pipi kanannya yang ditampar oleh suaminya disentuh.

Hanya seorang perempuan bernama Izrin Amalin, semudah itu dia menerima tamparan dari sang suami.

Tidak lama kemudian, Dato’ Nizar hilang dari pandangan mata Datin Anita. Dengan perasaann masih bengang, dia mencapai telefon pintarnya lagi satu di atas meja solek. Lalu dia mendailkan nombor sessorang.

“Hello. Cari betina sial tu sampai jumpa dan lenyapkan dia terus.”

“Arahan diterima, Datin.”

Dia tersenyum sinis. Puas!






 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now