BAB 10

25 3 0
                                    

Setelah melabuhkan punggung di atas tembok laut, kedua-dua beradik ini masing-masing diam membisu. Merenung sahaja pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Angin bayu laut lembut menampar wajah mereka berdua bahkan pengunjung-pengunjung yang bersiar-siar di Padang Kota Lama ini turut merasakan angin laut.

Fikiran Alin celaru, perasaannya masih terkejut, resah berdebar dan rasa serba salah semuanya bercampur aduk. Mana tidak, selepas perbualan dia dan abangnya di talian tiba-tiba muncul abangnya di belakang. Mujur wajah abangnya saat itu tenang sahaja. Pasti umi dan babah memberitahu kepada abangnya dimana dia bekerja sekarang.

"Bila abang balik Malaysia?" Alin memulakan perbualan apabila Izzam masih leka menikmati pemandangan laut. Sebagai seorang adik, dia kena mengalah dengan seorang abang yang memiliki ego tahap langit ketujuh.

"Seminggu dah abang abang balik."

Terbeliak mata Alin. Terkejut.

"Hah, seriuslah? Kenapa tak call Rin ambil abang kat airport?"

"Dah orang tu sibuk sangat dengan kerja, mana nak angkatnya telefon. Lagi-lagi orang tu mode aeroplane padahal bukan dalam aeroplane." Sudah masak, Izzam dengan adiknya ini. Kalau sibuk mengalahkan perdana menteri, memang mod pesawat itu juga nak diaktifkan. Sudahnya, sebarang panggilan masuk yang terlepas tidak ada dalam senarai panggilan.

Alin menyengih mendengar sindiran abangnya. Kepala yang tidak gatal digarunya. Dengan masih berpakaian uniform kafe, tebal juga mukanya seperti tembok besar China tika ini dek pandangan orang yang bersiar-siar di sepanjang tembok laut ini. Tak pasal-pasal mereka ingatkan dia mencuri tulang tak buat kerja.

"Rin sanggup tak bagitahu abang pasal kerja Rin? Sanggup menderita seorang diri? Abang ni siapa pada Rin?"

Kedengaran Alin mengeluh. Haa, mulalah mood membebel dia.

"Abang rimau..." gumam Alin perlahan. Wajahnya menunduk melihat kedua-dua kakinya yang tersarung high cut converse berwarna putih. Saja nak melawak.

"Rin cakap apa?"

"Ishhh, abang Rin lah yang Rin sayang sangat." Perkataan sayang ditekankan. Tujuan untuk menyindir.

Izzam menjeling tajam. Rambut di pipi Alin yang terjuntai itu ditarik membuatkan Alin mengaduh sakit. Ingat dia tak dengar apa adiknya cakap tadi?

Ini sengaja nak cari penyakit... bisik Alin dalam hati.

Dengan rasa berdendam, bahu kanan abangnya itu ditampar kuat. Izzam juga tidak mahu mengalah. Dia juga menampar bahu Alin seperti mana dia kena tadi.

"Abang ni jahatlah! Ingatkan duduk dalam kandang rusa boleh berubah, rupanya tak insaf lagi kuali ayun ni," marah Alin seraya mencengkam rambut Izzam.

Izzam menjelir lidah. Tangan cuba menepis tangan Alin yang masih menarik rambutnya. Kandang rusa dia kata? Amboi!

"Kau pun sama! Tak berubah jugak masih tomboi, hahaha. Tapi dah rajin pakai spec."

"Dah lah, menyampah cakap dengan abang ni. Baik Rin sambung kerja. Ada abang, tapi sengal nak mampus. Dasar kuali ayun."

Alin bingkas bangun dari duduk seusai dia berleter kepada abangnya. Tak pernah berubah. Umur dah masuk 30 tahun, dah jadi bapak budak pun perangai macam budak-budak tak faham bahasa. Harap-harap tak turun lah kat anak dia nanti.

Namun langkah Alin tidak terjadi tatkala Izzam menarik lengan Alin supaya duduk kembali disebelahnya.

"Rilek lah... abang tak habis cakap dengan Rin lagi. Itu baru je warm up. Haish, abang rindu Rin lah. Dah lama tak bergaduh macam tu. Rin lah satu-satunya adik yang abang ada. Perempuan pulak tu. Kalau ada adik lelaki bukan setakat bertumbuk, bertampar aje siap pakej teranjang sekali. Nasib kau la, Rin ada abang sengal macam ni," luah Izzam. Nadanya lembut menuturkan ayat. Memang dari kecil mereka sudah biasa bergaduh sakan. Paling teruk pun, tinggikan suara aje. Bertampar, tarik rambut bagai itu semua gaduh manja. Ibarat, air dicincang takkan putus.

Huh, sebab kau lah bang, perangai jantan kau terkena kat aku! Getus Alin dalam hati. Dia berpeluk tubuh dan melemparkan padangan ke arah laut yang terbentang luas di kornea matanya.

"Rin tak boleh lama lah. Nanti bos Rin cakap Rin curi tulang pulak."

"Yalah... yalah. Abang cuma terkilan sebab Rin tak bagitahu pasal kerja Rin kat abang. Dah tu, kenapa Rin duduk sini? Jauh dengan umi dengan babah kat KL. Rin boleh aje kerja dengan babah kat restoran tu. Kenapa susah-susah terbang ke sini? Tahu tak, Alin dah terpisah dengan darat semenanjung?"


Geli hati Alin mendengar leteran Izzam. Alah, bukannya dia duduk di Sabah atau Sarawak pun sampai terpisah darat semenanjung. Itu lagilah kena merentasi Laut China Selatan yang mengganas dengan ombaknya. Apa guna ada dua jambatan terpanjang di Asia Tenggara tu? terhubung juga kat darat.

"Bang... Rin naik kereta lah. Bukannya kapal terbang masa pindah sini. Aduh, bang. Tak payah lah nak risau sangat. Rin ni dah besar panjang tau. Rin bukan budak-budak lagi lah yang abang perlu jaga setiap masa. Soal kerja dengan babah, bukan Rin tak nak tapi babah cakap lagi masalah Rin kalau Rin masih kat KL. Bukan boleh percaya sangat dengan keluarga Dato' Nizar tu lagi-lagi bini dia. Dia punya benci kat Rin tak rilek mat."

Izzam melirik wajah adiknnya sekilas sebelum dia melemparkan pandangan ke arah laut.

"So, Rin rasa terancam sekarang?"

Alin mengangkat kedua-dua bahu. Buat masa ini tak lah rasa sangat. Kerana dia dalam penyamaran. Semua orang kat sini tak beberapa kenal sangat dirinya yang secara tiba-tiba popular di media sosial mahupun di dada akhbar. Pergh, macam artis pula. Mungkin satu Malaysia membenci terhadapnya. Kes penyondol memang tersangat anti lagi-lagi untuk kaum hawa.

Izzam mengeluh berat. "Insya-Allah Rin. Abang akan tolong Rin. Abang akan cari bukti yang adik abang tak bersalah. Abang tahu Rin tak buat macam tu sebab Rin masih ingat Allah dan keluarga kita. Dan maruah Rin jugak."

Alin tidak terkata. Dia hanya mendengar bicara abangnya itu. Dia tak mengharap sesiapa pun yang mahu tolong selesaikan masalahnya. Terutamanya abangnya sendiri.

Dulu jika dia dibuli di sekolah, abangnya yang menjadi penyelamat. Memang itu sifat abangnya overprotect tetapi kadangkala sifat abangnya itu buat rasa dia menjengkelkan.

"Abang cuti sampai bila?" Cepat-cepat Alin menukar topik perbualan. Kalau tak diubah, sampai tahun tidak akan habis dengan masalahnya itu.

"Minggu depan. Hari rabu baru flight ke Rusia."

"Abang sini sorang ke? Mana Kak Maya dengan Irys?" masa dia menaiki kenderaan Izzam tak nampak pula kelibat isteri dan anak abangnya itu."

"Ada kat hotel. Baru sampai sini Si Irys meragam pula dalam kereta. Lepas tu check in hotel baru okey sikit. Mungkin tengah tidur lena atas tilam."

"Agaknya jetlag tak pun cuaca panas. Kan dah biasa cuaca sejuk kat sana,"ujar Alin. Budak 2 tahun nak membesar memang macam-macam ragamnya.

"Itu lah... abang cadang baru nak tinggalkan dia dengan umi dan babah. Abang baru nak honeymoon dengan Kak Maya kat Pulau Jerejak lepas jumpa Rin kat sini."

Alin menyengih. "Dia tak nak adik lagi lah kut..."

"Argh, tak ada-tak ada! Tahun ni abang akan pastikan Irys dapat adik. Confirm baby boy!"

Alin menjuling mata. Geli telinga mendengar bicara abangnya itu. Tahu lah dah kahwin. Haih. Pape jelah! Asalkan kau bahagia, bang.




APRON hitam yang dilipat menjadi dua diikat dipinggang rampingnya. Kemudian, Alin melangkah keluar dari bilik rehat staf dan menuju ke kaunter barista mengambil dulang. Seperti biasa, mode work on!

Kelihatan tiada figura lelaki misteri itu di tempat biasa lelaki itu menyibukkan diri dengan lukisannya. Tempat lelaki itu juga diduduki oleh pelanggan lain pula yang sedang menjamu selera.

Sewaktu abangnya tiba-tiba muncul di belakangnya, lelaki misteri sudah menunjukkan riak pelik sejak dia berbual dengan abangnya di dalam talian panggilan. Mata lelaki misteri itu juga sekejap-sekejap melihat ke arahnya sedangkan mata lelaki itu melihat seseorang dibelakangnya. Heh, jangan kau nak perasan si ahboy pendiam tu tengok kau lah, Alin.

"Siapa lelaki dengan Alin tadi?"

Alin mengurut dada. Terkejut dek suara Haqim tiba-tiba menyoalnya. Sudah jelas, terpamer riak tertanya-tanya di  muka lelaki itu. Mana tidaknya, waktu itu Alin tergesa-gesa meminta kebenaran keluar dari Aunty Sue di dapur dan membawa abangnya jauh dari kafe ini. Semua staf di sini tertanya-tanya siapakah jejaka bersamanya. Yalah, padahal boleh aje, dia mengajak abangnya minum di sini. Tetapi, demi rahsia dia terpaksa. Takut ada yang curi dengar perbualan dia dan abangnya. Lagi-lagi Si Daus bukan boleh percaya. Mujur Daniel juga tidak ada.

Baru sahaja, Alin ingin menjawab Daus terlebih dahulu mencelah. Entah mana dia datang pun tak tahu. Bab jaga kain tepi orang nombor satu mamat ni.

"Kau ni lembab lah bro. Mesti lah boyfriend dia!"

Alin ketawa. Nampak dibuat-dibuat.

Daus dan Haqim menunjuk riak hairan. Pelik semacam ketawa Alin di telinga mereka berdua.

"Mati hidup balik, memang taklah Alin akan mengaku dia boyfriend Alin. Dia tu layak duduk dalam kandang rusa je."

"Maksud, Alin?" Haqim masih blur. Lain macam riak Alin melontar bicara tentang lelaki itu. Macam tak kesah aje.

"Lembablah kau orang berdua ni, dah tentunya lelaki tadi tu abang Alin. Betul tak, Lin?" Dari tadi Kak Dihah memasang telinga kini menyampuk perbualan antara Alin, Haqim dan Daus. Chris pula sudah lama menghilangkan diri bersama Shasha sebaik sahaja Alin kembali ke kafe. Agaknya pergi makan di luar rasanya. Dari tadi mereka berdua asyik bekerja semasa waktu rehat.

"Pandai Kak Dihah! Seratus bintang Alin bagi kat akak. Tapi tunggu malam nanti lah. Itu pun kalau ada bintang hehe."

Kak Dihah ketawa kecil. "Jangan lupa letak dalam balang  kaca nanti. Boleh menerangi malam Kak Dihah yang sentiasa sendu," seloroh Kak Dihah. Boleh pula anggap segugus berjuta-juta bintang di angkasa lepas seperti kelip-kelip? Nak tangkap kelip-kelip pun macam orang gila tak dapat-dapat, inikan pula nak capai bintang di langit?

"Jap, jap! Abang Alin? Bukan orang kata, kalau orang tu berjodoh muka dia sama-sama, sipi-sipi macam tu ke?"

Alin menggeleng. Tak tahu lah rasa nak gelak atau nak kesian.

"Apa hang dok merapu ni, Daus? Dah, hang pi buat kerja hang sana tu. Jangan satgi aku pi luku pala hang. "

"Garangnya Kak Dihah ni... yalah ceq pi buat kerja na. Hah, Alin hang pun sama na..."

"Ye, hang tak yah dok risau sangat. Satgi-satgi join membawang." Alin turut berbicara menggunakan loghat utara. Dah hampir dua bulan duduk Pulau Mutiara mustahilah tak faham dan tak reti cakap loghat utara. Celah gigi bak hang!

Alin melihat Haqim turut tersenyum. Riaknya tenang tak macam tadi blur semacam. Kadang-kadang, risau dibuat Alin bila Haqim merenungnya sewaktu dia melakukan kerja. Tingkahnya sentiasa diperhatikan oleh lelaki itu.

Mungkin Haqim sudah tahu, siapa dirinya yang sebenar? Tak mungkin dan takkan terjadi.

Biarlah ia menjadi rahsia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now