BAB 2

27 6 4
                                    

Pejam celik, pejam celik esok dah hari isnin. Mati akal Alin dibuatnya. Esok hari isnin sudah  tiga minggu dia berada di Pulau Pinang dan hanya duduk dirumah tanpa ada pekerjaan. Ini baru real punya tanam anggur. Tapi bukan tanam anggur, tanam jiwa di dalam rumah memikir nasib sendiri. Walhal, dia boleh sahaja mencari kerja dalam bidangnya itu di Bandaraya George Town ini. Namun dia sudah bertekad untuk berhenti sekejap di dalam dunia belakang takbir dan tidak mahu kerja yang berkaitan dengan kamera.


Alin menghela nafas. Kerja apa eh?


Semalam Syafia memberitahunya di sekolah sahabatnya itu ada jawatan kosong. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan disebabkan kekurangan kakitangan.


Seperti dijangkan oleh Alin, bekerja sebagai kakitangan kebersihan sekolah. Pendek kata, jadi mak cik  cleaner. Eh, akak cleaner.


Mahu menangis Alin mendengarnya. Belajar tinggi-tinggi ada degree first class dan master jadi akak cleaner?


Memang gila!

Dia bukan nak merendah pekerjaan itu tetapi fikir logik seorang graduan ijazah sarjana media komunikasi dan ijazah sarjana muda journalism bekerja sebagai tukang sapu sampah sekolah? Baik sahaja dia jadi influencer di TikTok sahaja ataupun youtuber.


Idea yang bagus. Tapi…

Apa banyak tapi kau ni, Izrin Amalin? Setakat content, macam-macam kau boleh buat.
Menyanyi, gaming, vlog, story-teller, review product…

Tapi itu kan kerja berkaitan dengan kamera!


“Arghhh, aku stres!” luah Alin lalu dia menyandarkan belakang tubuhnya di sebuah tiang lampu jalan.


Seperti orang gila sahaja lagaknya berjalan-jalan berseorangan waktu malam. Sempat matanya mengerling sekilas melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Jam digitalnya menujukkan 9.30 pm. Dia keluar dari rumah pada pukul 8.00 pm dan memberitahu kepada Syafia untuk pergi ke kedai 7Eleven sahaja berdekatan apartment yang dudukinya. Namun demikian, dia sudah tersasar ke Padang Kota untuk melihat pandangan laut di waktu malam.


Tidak lama kemudian, dari berdiri lalu dia duduk di atas jalan batu bata berturap di bawah lampu jalan. Tidak tumpah seperti orang patah hati merenung nasib di bawah lampu jalan. Orang yang lalu lalang dihadapannya memandang pelik ke arahnya tidak dihiraukan. Paling penting dia tengah stres sekarang.


Begitu lama Alin melayan perasaan sendiri, sehingga Iphone 13 miliknya berdering panjang menyapa gegendang telinganya. Dengan malas dia menjawab panggilan dari Syafia. Kedua-dua airpod ditelinga kanan dan kirinya sudah di pakainya dan dihubungkan dari Iphone nya sebelum dia keluar dari rumah.


“Assalamualaikum.” Alin memberi salam sambil membetulkan kedudukan airpod di kedua-dua telinga dan hoodie bersama topi dipakainya. Rambutnya paras atas dada pula dilepaskan. Alin tahu pasti saja Syafia akan membebel. Cakap sekejap je nak keluar tapi hampir sejam dia keluar tak balik lagi ke rumah.


“Waalaikumussalam. Mana kau pergi? Kau nak tidur kat luar ke? Baik kau balik cepat. Kau tu perempuan, Izrin Amalin. Keluar sorang-sorang. Nak healing macam hari esok dah tak ada dah.”


Sudah dijangka. Membebel sudah sahabatnya itu.


“Tengah on the way nak balik ni.” Terpaksa Alin berbohong. Malas pula dia nak balik lagi sebab terlalu terlalu selesa dibawah lampu jalan ini bersama angin bayu dari laut yang tidak jauh darinya. Rasa tenang.


“Boleh percaya ke ni? Hurm…”


Alin menggaru keningnya. “Jangan risau, aku tetap balik lah. Kau tu sepatutnya tidur awal. Esok sekolah,” laju sahaja Alin memberi helah.


Kedengaran Syafia mendengus kecil tatkala mendengar bicara Alin. Tahu lah dia seorang cikgu tapi dilayan macam murid pula. Haih, apa nasib.


“Okey… assalamualaikum. Bye, bye!  Balik awal, Lin,” pesan Syafia sebelum mengakhiri panggilan.


Alin hanya mengeyakan seperti biasa. “Waalaikumussalam.”


Akhirnya talian dimatikan.


Beberapa saat kemudian, Alin bingkas bangun dari duduknya lalu tangannya mengibas pada seluarnya yang terkena pasir. Selepas itu, Alin mengorak langkah berjalan menuju ke arah kereta MyVi gen 4 berwarna hitam miliknya yang diparkir elok jauh sedikit darinya mengambil angin di tepi tembok laut.


“Mana kau nak lari hah? Bagi beg kau cepat.”


Mendengar suara garau itu berkata membuat Alin menjadi terkejut seketika. Kedua-dua matanya meliar mencari sumber suara itu sehingga matanya tertancap ke arah satu lorong. Dimana sekumpulan lelaki seramai 5 orang mengempung seorang gadis bertudung dan memakai sweatshirt  berwarna coklat. Perlahan-lahan Alin pergi ke arah kawasan itu.


“Huh. Kalau aku tak nak bagi?” selamba sahaja gadis itu berkata sambil memeluk erat sling begnya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa gelisah hatinya ketika ini tatkala dikempung ramai lelaki yang nampaknya seperti penagih dadah. Tak tahu lah, penyangak ke atau perogol.


“Berani kau tak nak bagi!” lantang salah satu suara garau lelaki disitu lalu terus meretap beg tangan perempuan itu. Namun demikian, perempuuan itu masih kuat memeluk erat beg miliknya.


Tanpa diduga, perempuan itu juga terus memberi hempukan kuat begnya kepada lelaki-lelaki tersebut. Tidak cukup itu dia turut memberi tendangan sekaligus kepada dua orang lelaki yang cuba menghampirinya.


“Lain kali jangan pandang perempuan tu lemah,” ucap perempuan itu, selamba. Alin yang melihat aksi perempuan itu bertarung pantas bak kilat mampu terdiam seketika.

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now