BAB 7

23 2 2
                                    

Di ruang tamu dengan sebuah televisyen yang memaparkan sebuah rancangan. Namun bunyi yang terhasil dari televisyen itu sudah tenggelam timbul dengan suara Alin dan Syafia rancak bersembang. Sudah lama Alin dan Syafia tidak berborak sakan semenjak mereka berdua masing-masing sibuk bekerja. Hari jumaat sahaja mereka dapat meluangkan masa bersama di rumah.

“Wah! Pelik dan tak masuk dek logik akal fikiran manusia. Ini dah melanggar hukum penceritaan,” ujar Syafia dengan nada yang terkejut dengan cerita Alin tentang seorang pelanggan misteri di kafe Alin bekerja.

“Entah lah, Fia. Memang tak logik lah setiap hari dia datang kat kafe. Dia tak ada kerja ke? Nasib lah dia datang ikut masa dia. Kalau dia datang setiap hari dari pagi sampai ke malam… hurm. Aku rasa dia memang bukan manusia.”

“Seram pula aku. Kalau aku jadi kau dah lama berhenti kerja kat situ.”

“Tahu takpe. Kau bayangkanlah, setiap hari dia datang pakai hoodie kelabu, pakai cap yang sama. Pastu angkut buku sketch dengan alat-alat melukis dia. Kerja dia melukis aje. Pastu kadang-kadang je dia minta order. Kalau dia angguk, dia nak. Kalau dia diam, dia tak nak. Eee, stres kau tahu tak? Bila aku cakap, dia bisu ke atau pekak, dia geleng pulak lepastu tayang muka tak puas hati. Habis tu, dia tak bercakap tak sakit pulak hati aku ni?” Leter Alin apabila mengingatkan tentang lelaki itu yang berlaku semalam.

“Aku rasa dia hantu lah. Entah-entah waiter girl kau cerita tadi tu meninggal dengan dia sekali tak? Tak mati pun, dia koma dan jadi roh yang tak tenang. Macam drama korea Bring it Ghost.”

“Kalau dia hantu, dia lah hantu hensem aku pernah tengok. Agak-agak lah Fia! Aku ni mana ada deria enam weh. Kalau dia hantu takkan lah semua orang boleh nampak dia boleh buat apa?”

Syafia terdiam. Betul juga kata Alin. Kalau lelaki itu hantu, mesti orang yang tertentu aje boleh nampak kelibat lelaki itu.

“Aku rasa lelaki tu sakit jiwa yang terlepas dari wad gila. Berdasarkan apa yang kau cerita, aku rasa dia tak leh move on dengan waiter girl tu.”

“Wallahuallam. Tapi yang penting sekarang ni, aku kena laksanakan misi aku rancang tadi. Mana tahu aku dapat pecah rekod dunia dan masuk dalam Guinness World Record sebab dah berjaya bagi lelaki tu cakap? Hahaha. Tak impossible. People always change them behaviour right?”

“Confidentnya… member aku sorang ni.” Gelak Syafia terbahak-bahak.. Tak cukup itu, bahu sofa dikirinya ditampar berkali-kali. Geli hati Syafia mendengar lawak Alin.

“Mestilah. Aku Izrin Amalin binti Razali Zain berazam akan buat lelaki misteri dan pelik itu bercakap dengan mengikut misi yang telah dirancang…”

“Apakah misi yang dimaksudkan oleh cik Izrin Amalin?” soal Syafia sebaik sahaja ketawanya reda.

Alin tersengih. “ 20 misi bagi lelaki misteri itu bersuara.”

“Jangan sampai kau pergi tawan hati dia nanti.”

“Tawan hati si pendiam dan pelik tu?  Memang taklah! Misi aku bagi dia keluarkan suara je.” sangkal Alin. Buat apa pula nak tawan hati mamat ahboy pelik tu?

“Semoga berjaya wahai sahabat. Aku sokong kau dari depan dan belakang!”

“Kalau lah 20 misi 20 hari ni dia masih tak nak cakap, aku bunuh dia hahahaha.” Di akhir bicara Alin ketawa besar.

“Uih, jangan weh. Mandotori kau. Tak kahwin nanti.”

“Aku gurau ajelah. Aku berhenti kerja lah nanti. Masa tu aku nak tengok reaction dia. Hehe.”

“Hurm yelah, Lin. Aku harap kau tak sakit jiwa lah nanti.”

Alin mencebik. “Ini Izrin Amalin. Never ever give up!”

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now