BAB 3

15 3 7
                                    

“Kenapa kau nak kerja sini? You’re 26 years, right? Tengah menganggur ke apa?”


Alin menelan air liurnya kelat. Mak aii, dia  menyindir aku tak rilek mat! Haih, lain macam  suami Si Hanna. Menyakitkan hati pula.


“Apa awak ni cakap macam tu? Tak ada adab betul lah dia ni,” tegur Hanna kepada suaminya, Mikhael dengan memberi pandangan tajam.


Baru sahaja Mikhael ingin membalas, cepat-cepat Alin memintas. Nanti kalau tidak dicegah, boleh jadi pertelingkahan antara suami isteri itu.


“I’m a freelancer screenwriter and novelist. So far, saya baru pindah sini dari KL. Sekarang ni saya masih menulis tapi alang-alang tu saya nak cari kerja part time. Tak adalah saya duduk terperap di rumah menghadap skrin laptop 24 jam,” jelas Alin dengan panjang lebarnya.


Jawapan selamat! Tetapi seorang pensyarah di hadapannya ini masih menunjukkan riak wajah ragu-ragu.


Habis tu, takkan nak cakap dia kena buang kerja dan sekarang menganggur? Haa, lagi berapi mulut lelaki itu menyindir dia. Ini kalau mereka berdua tahu dirinya adalah perempuan yang masih viral sekarang… entah lah. Percaya ke dia orang?


“Wahai Izrin Amalin… tak ada orang dalam dunia ni gosok baju dengan plug eterika tak pasang. Kau mengelamun apa lagi, Lin?”


Alin tersentak dari lamunannya seketika. Tatkala itu mata memandang ke arah sterika yang dipegangnya. Patutlah tak rasa panas kameja dia gosok tadi. Ya Allah!


“Mengelamun aku untuk masa depan, okey…” balas Alin sambil tangan kirinya memasang plug sterika dan terus sahaja dia menekan suis pada songket plug dinding itu.


“Eleh… aku kenal kau bukan baru tadi tau. Aku kenal dari kau minum botol susu sampai lah sekarang depan mata aku ni.. By the way, lawa eh kau punya uniform.” Di akhir bicara, Syafia memuji pakaian uniform berwarna putih milik Alin. Di bahagian poket pada kameja itu terdapat ukiran benang sulam berwarna emas nama kafe serta logonya.


Alin mencebik bibir. Dah mula nak berleter pula Cikgu Syafia sorang ni. Apa dia ingat aku ni anak murid dia ke?


“Ish, aku teringat pasal malam semalam lah. Tak sangka aku dah dapat kerja dan boleh pakai baju uniform lawa ni,” ujar Alin. Dia menggosok pakaian uniformnya dengan kemas. Pukul 9 pagi nanti dia akan mula bekerja sehingga 6 petang.
Syafia yang tadi hanya berdiri depan muka pintu bilik Alin, terus sahaja masuk lalu menarik kerusi empuk milik Alin yang berada di hadapan meja kerja bersebelahan katil. Syafia sudah bersiap lengkap berpakaian berbaju kurung untuk pergi ke sekolah hari ini. Lagipun jam baru sahaja 6.40 pagi. Selalunya dia pergi sekolah pada pukul 6.50 dan tepat sampai pada pukul 7.05 pagi. Jarak antara sekolah dah rumah sewa apartment ini tidak jauh. Hanya 6 kilometer sahaja.


“Untung lah… dapat kerja tak payah tunjuk resume bagai.”


“Amboi kau! Ingat aku kerja syarikat atau kerja dengan kerajaan ke nak bagi resume? Lain lah kerja aku yang dulu tu. Bukan susah nak dapat tapi bila dah dapat, hurm.  Bala yang dapat.”


Meletus ketawa Syafia mendengar bicara Alin. Hatinya sudah lega apabila sebelum subuh Alin sudah bangun dari tidurnya dan memberitahu khabar baik kepadanya.  Alhamdulillah, sahabatnya sudah ada kerja sekarang dari duduk rumah sahaja walaupun Alin masih bekerja menulis skrip sebuah filem yang akan datang. Tak adalah jadi seperti Rapunzel yang terkurung di menara.


“Sebab itu aku cakap untung kat kau! Jadi, kau bagi tahu ke pasal kau kat owner kafe sebab apa kau nak kerja kat situ? Dia orang tahu tak kau ni perempuan hot tengah meletup sekarang kat dalam dunia hiburan kat Malaysia ni?”


“Eh, kau ni Fia! Lek aaa aku bukan artis pun. Menyampah siot aku dengar pasal tu.” Alin menjawab pertanyaan Syafia dengan wajahnya masam mencuka. Dia tidak minta pun nak jadi begini. Orang tua tu pun satu. Kalau nak pasang lain pun cari lah orang lain, tak pasal-pasal aku jadi mangsa fitnah bini dia. Omel Alin dalam hati. Apabila fikir tentang perkara ini membuatkan Alin tidak puas hati. Ya lah, dah nama pun kerja penolong pengarah mesti la kena ada dekat set pengambaran kena pula sentiasa berhubung dengan pengarah itu sendiri. Andai dia dapat bukti dia adalah mangsa fitnah, memang kaw kaw dia saman laki bini tu. Rasa sakit kena tampar hari itu boleh rasa lagi. Ingat senang ke nak move on?


“Okey, okey aku tak sebut dah. Maknanya kau tipu lah ni?”

 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now