BAB 4

19 4 2
                                    

Dalam tidak sedar, sudah hampir dua minggu Alin berkerja sebagai pelayan di Cafè Daily L'espresso. Beberapa minit kemudian, Alin tersandar lelah di dinding berdekatan ruang barista setelah tiada pelanggan baru hendak membuat pesanan. Hanya beberapa pelanggan sahaja yang tinggal sedang menjamu selera, ada sedang menghadap komputer ada yang sedang membaca buku sambil menikmati menu pencuci mulut kafe Daily L'espresso. Pagi tadi, tidak menang tangan dibuatnya mengambil pesanan, menghantar pesanan. Kehulur-kehilir Alin dari kaunter barista, kaunter dapur menghantar kesemua pesanan dari pelanggan yang setia menikmati di meja makan. Shasha, Daniel dan Daus turut sepertinya melayan pelanggan yang datang ke kafe ini.

Dalam dua minggu ini baru Alin rasa penatnya. Hendak dibandingkan dengan kerja lamanya dulu jauh bezanya. Kali ini punya kerja tiga kali ganda penatnya. Dalam dua minggu ini dia menghadap pelbagai karenah pelanggan setiap hari kecuali  hari jumaat (hari cuti kafe) yang berkunjung di kafe. Macam-macam ragam. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Stres pun tidak kerana dikelilingi staf-staf sentiasa membuatnya tidak kering gusi. Makan dan minum terlalu cukup. Sehingga dia perlu membuat jadual untuk dirinya supaya tidak mengambil banyak makanan dan minuman yang bergula dan berkafein.

Alin menghela nafas kecil. Dia sangat bersyukur. Kalaulah dia tidak keluar malam itu, rasanya kewujudan kafe ini pun dia tidak tahu. Sungguh dia mahu berterima kasih kepada Hanna dan Mikhael memberi peluang untuk bekerja di sini. Namun mereka berdua tidak kelihatan sejak malam itu. Mungkin sibuk di kampus.

"Alin penat ke? Kalau penat rehatlah dulu. Sha, daniel dengan Daus ada boleh handle. Lagipun dah tak ramai customer. "

Alin tersentak mendengar suara Kak Dihah menegurnya. Alamak, kuat sangat ke aku hembus nafas tadi?

"Ehhh, tak lah kak. Saya okey aje ni tak penat pun. Demi mencari sesuap makan mana boleh penat."

"Kerja, kerja lah jugak. Kesihatan kamu kena jaga Alin. Nanti kalau kamu pengsan depan pelanggan macam mana? Akak bukak nak doakan tapi akak risau dengan Alin. Lesu aje akak tengok."

Alin ketawa. Gaya-gaya mak sahaja Kak Dihah membebel kepadanya. Memang Kak Dihah seorang emak kepada 3 anak. Lagipun Kak Dihah sudah berusia 39 tahun. Tetapi dia sangat minat dengan kerjayanya sebagai barista. Kiranya otai-otai Chris dan Haqim.

"Ye lah, Alin... akak nak keluar jap ambil anak akak kat sekolah kafa. Lepas tu, akak kena hantar kat pengasuh pula. Alin jangan ikut hati sangat. Rehat aje. Aunty Sue tak marah pun. Dia lagi risau kalau pekerja dia penat ke tak sihat ke. Assalamualaikum..." usai bicara, Kak Dihah terus beredar dari ruang barista lalu melangkah keluar dari kafe ini.

"Waalaikumussalam..." jawab Alin. Setelah lama menyandar di dinding Alin pergi masuk ke ruangan barista lalu menarik kerusi untuk duduk.

Kak Dihah keluar, Chris pergi berehat dengan Shasha serta  Daniel di bilik rehat staf. Daus pula, push rank  bersama Alan di kaunter pembayaran. Haqim pula, sudah tiga hari tak masuk kerja akibat kemalangan semasa pulang dari kafe. Sekarang ini, Haqim masih dirawat di hospital. Teruk juga sampai kaki kena masuk simen.

Imran, Abang Rizal dan Kak Ain ada di dapur masih menyediakan pencuci mulut untuk malam ini. Rasanya malam nanti mungkin ramai pelanggan yang datang. Kafe ini sering dikunjungi oleh orang ramai tidak mengira berstatus B40, M40 atau T20, sekalipun. Nampak je kafe ni mewah tetapi sebenarnya makan dan minuman disini sangat berpatutan. Ada pelajar juga yang datang ke sini untuk menyiapkan assignment mereka. Kafe ini terletak tidak jauh dari Padang Kota yang berhampiran laut. Sebab itu kafe ini tidak henti-henti menerima pelanggan. Aunty Sue pula, keluar pergi berurusan dengan pembekal untuk mendapatkan stok-stok bahan masakan.

Alin melentokkan kepalanya di kaunter barista sambil memerhati gelagat pelanggan-pelanggan di hadapan matanya.

Namun dalam pandangannya, mata memerhati seseorang pelanggan ini.  Alin berasa pelik campur hairan pada seseorang pelanggan lelaki ini setelah dua minggu dia bekerja di kafe ini. Pelanggan itu setiap hari akan datang ke kafe ini dengan pakaian yang sama yang dipakainya semalam. Dia memakai hoodie kelabu bersama cap berwarna hitam dan akan membawa sketchbook, watercolor kit serta beberapa alat lukisan yang lain seperti berus dan pensel. Lagi menambah hairannya, lelaki itu akan duduk meja yang sama betul-betul hujung di penjuru kafe ini bersebelahan dengan tingkap. Lelaki itu kadang-kadang sahaja meminta order. Sekali dia minta dia akan memesan menu yang sama iaitu Caffè Morocchino dan vanilla swiss roll cake. Tetapi itu Shasha dan Daus sahaja yang tolong mengambil pesanan. Sebaliknya, kalau lelaki itu tidak memesan apa-apa dia akan sibuk melukis. Entah apa dia lukis pun tak tahulah. Fikir positif aje lah. Mungkin dia mencari ilham.

Cakap pasal pelanggan tu, dia memang ada kat sini. Tengah sibuk melukis. Sebelum Alin berehat di kaunter Barista, Daus ada menyuruh Alin menghantar makanan yang dipesan oleh lelaki itu. Tetapi dia langsung tidak menjamah makanan hanya fokus pada lukisannya. Kali pertama dalam hidup Alin berjumpa dengan orang sepertinya. Dah lah muka tak nampak sebab terlindung dengan cap. Satu lagi, Alin tidak pernah dengar suara lelaki mengucap 'terima kasih' ketika dia menghantar makanan kepada pelanggan misteri itu.

Alin menghela nafas berat. Matanya beralih ke arah lain dari memandang pelanggan cukup misteri itu.

"Alin, are you okay?"

Aku memandang ke arah suara yang menegurku. Senyuman nipis sempat Alin ukir kepada Chris yang berasal Sabah etnik Kadazan sama juga seperti Shasha.

"Sha mana?" tanya Alin. Hairan tiada kelibat Shasha

"Dia tidur. You pergi lah berehat dengan dia. Daniel pun tak ada dia pergi keluar lepas solat tadi."

"I'm okay, Chris. Cuma penat sikit. Ramai pula customer hari ni. Alin menjawab pertanyaan Chris yang sibuk membuat kerja sebagai barista atau dalam bahasa Melayu pembuat kopi. Alin kagum dengan Chris sebenarnya semasa awal-awal dia mula berkerja di sini. Chris pandai membuat latte art dengan cantik, penuh teliti dan kemas seperti Kak Dihah dan Haqim. Tambahan pula, bancuhan kopinya amat sedap. Lagi-lagi espresso yang dibancuhnya itu pahit punya rasa sehingga mencucuk urat lidah ketika minum. Mengalahkan ubat panadol aje.

"Biasalah tu. Lama-lama you akan rasa tak penat dan bertambah seronok bila kerja kat sini. Especially staf-staf kat sini semuanya sporting belaka termasuk I. Heheh."

Alin hanya tergelak kecil mendengar bicara hujung Chris.

Tiba-tiba mata Alin tidak sengaja melihat pelanggan misteri itu kembali. Kelihatan lelaki itu sedang menjamah pencuci mulut sambil melihat sesuatu di skrin Ipadnya. Dia punya aura misteri memang lain macam! Rasanya penyiasat yang profesional seperti FBI pun tidak dapat mengungkap kemisterian lelaki itu.

"Hmm, Chris. I nak tanya you something boleh tak?"

"Yeah, sure. What is it?"

Alin mengatur nafas sebelum bersuara. "You nampak tak mamat hoodie kelabu kat meja hujung sana tu? Pelik lah... tiap-tiap hari datang pakai baju yang sama order pun menu yang sama. Lepastu dia bawa alat-alat melukis. Kenapa tak angkut je sekali easel stand? Nak sangatkan melukis kan." Tanpa kusedari, Alin membebel tentang lelaki itu. Mujur sajalah suaraku tidak terlalu kuat sehingga pelanggan-pelanggan lain boleh dengar.

Usai sahaja bicara Alin, kelihatan Chris mencari-cari orang yang aku maksudkan tadi. Namun eksperasi muka Chris menunjukkan riak hairan kepadanya.

"I nampak meja kat hujung tepi tingkap tu kosong… dan I tak nampak pun mamat hoodie kelabu yang you cakap tadi," jawabnya serius. Mata Chris masih meliar mencari orang yang aku maksudkan itu.

Mata Alin meluas. Alin kembali memandang ke arah lelaki itu.

Dia ada dan masih ada.

****
"RIN tak ada kat KL dia kat Penang.”

“Apa? Penang?” Satu suara garau bersuara dengan nada terlalu terkejut. Membuatkan Encik Razali dan Puan Marina tergamam kerana suara anak lelakinya amat gerun itu.

"Dia buat apa kat Penang? Ada shooting kat sana ke?" Soal Izzam dengan nada perlahan kerana anaknya berusia 2 tahun itu sedang lena dibuai mimpi di pangkuan isterinya, Sumayyah. Mujur sahaja anak perempuannya itu tidak terjaga. Riak terkejutnya juga cuba dikawal. Mana dia tak terkejut, dia baru sahaja pulang dari Russia tiba-tiba mendengar berita buruk mengenai adik perempuannya dari mulut Umi dan Babah.

"Rin bagitahu umi dia kerja jadi pelayan kat kafe. Dah sebulan dia kat Penang tu. Baru semalam Rin ada call umi dia okey aje kat sana," jelas Puan Marina.

"Kenapa dia kerja waiter pulak ni? How about her carrier? Jap, jap Zam pening sekarang ni kenapa dia duduk Penang?"

"Zam tak tahu ke?" Kali ini Encik Razali pula yang menyoal.

"Tahu apa pulak ni?" Soalan berbalas soalan. Wajah Izzam sudah menunjukkan reaksi tertanya-tanya kepada Puan Marina dan Encik Razali.

Mahu tidak mahu Puan Marina terpaksa menceritakan segalanya. Dia terlalu kenal dan hati anak gadisnya. Tidak mungkin anaknya hendak menjadi orang ketiga rumah tangga orang.

"Ya Allah... kesiannya Rin. Zam pernah cakap dengan dia dah dulu dia degil nak kerja jugak dengan director miang tu. Rin dah kena fitnah. Kenapa Rin tak saman production tu?"

"Masih tak ada bukti yang kukuh lagi... Lagipun Rin dah tawar hati nak kerja kat situ lagi. Buat masa ni bagi dia tenangkan hati dia kat Penang. Sampai satu masa nanti, Babah yakin hati dia terbuka nak kerja balik dalam bidang dia tu tapi bukan lagi dengan production tu."

Izzam terdiam. Memadangkan dia dapat kerja di sini dia perlu buat sesuatu untuk adik perempuannya.

"Takpe bah, umi... Zam tahu Zam nak buat apa. Rin adik Zam. Zam tak sanggup tengok orang buat dia macam tu sekali."

"Sabar, bang. Take your time. Kita baru aje balik Malaysia. Dengan jetlag lagi... nanti Maya tolong abang settle hal Rin, okey?" pujuk Sumayyah menenangkan perasaan Izzam.

"Betul cakap isteri kamu... pergi lah berehat. Esok dah nak balik PJ. Rehat dulu apa-apa pun,"celah Puan Marina.

"Okeylah... Zam naik bilik dulu" jawab Izzam sambil menarik dua buah bagasi. Sumayyah turut bangun dari sofa sambil mendukung anak perempuannya bernama Iris Syuhaira.

Terkejutnya masih tidak hilang lagi. Selalunya kalau dia pulang ke Malaysia adiknya yang akan ambil. Ini tidak, telefon tak berjawab, mesej tak berbalas. Sekalinya Babah yang pergi ambil kat airport. Balik rumah tak nampak kereta adiknya. Nak kata adiknya pergi outstation babah kata tak pun. Mana tak buat dia tertanya-tanya?





 Tawan Hati Si PendiamWhere stories live. Discover now