PART 3
"Muhammad Amiruddin bin Mohd Jamil"
"Farhan Haziq bin Mohammad"
"Nor Naim bin Firdaus Ismet"
"Mohd Amirr bin Mohd Afandi"
"Mohd Syahmi bin Mohd Yusof"
"Dan last sekali Azam 'ayam' bin Anyau" setiap nama yang disebut oleh Kahar telah diberikan lesen hig council.
"Dengan ini aku nobatkan kalian, senior berlesen." Setiap ndividu yang berlesen terus tuck out baju mereka dan yang lain menpuk tangan.
"Tahniah kerana taat dengan tradisi Kudrat." Kata Kahar selepas menetup buku yang dipegangnya.
Kahar memberi arahan untuk menyuruh pelajar lain untuk senyap.
"Untuk form 4 baru yang berminat untuk mendapatkan lesen, sumbang RM200 sahaja kepada high council sebagai bayaran. Masih dianggap diskaun, kalau korang kira apa yang kawan-kawan korang kena hadap sebagai 3 tahun junior Kudrat. Mengikut ordinan kitab high council, upacara malam ini patut sudah tamat tapi apa kata kita tamatkan upacara malam ini dengan manifesto pilihan raya!" Kahar berkata dengan menekankan ayat terakhirnya.
Pelajar yang lain bersorak dengan gembira akan cadangan yang diberikan oleh Kahar. Syahmi sudah berasa gugup dengan pengakhiran yang akan berlaku pada malam ini.
"Kalau susah faham tak apa. Kita tunjuk." ujar Kahar apabila ada pelajar yang tidak faham dengan kata-katanya.
"Mengumumkan calon-calon pilihan raya high council untuk sesi 2007. Dari rumah Tuah, Nor Naim bin Firdaus Ismet."
"Dari rumah Kasturi aku sedikit kecewa kerana telah berlaku tarik diri di saat-saat akhir dan menyebabkan ketiadaan calon. Aku kecewa sikit dengan rumah aku tapi.. tak apa." Kahar memandang tepat pada Syahmi yang cuba melarikan anak matanya daripada memandang Kahar.
"Dari rumah lekir.. Prakash a/l Krishnan. Dan last sekali dari rumah lekiu.. Halikh Lee Bin Anuar Lee." Sejurus nama Halikh keluar dari mulut Kahar, laju kepala Syahmi bergerak ke arah Ariz. Seolah tidak percaya dengan keputusan Ariz yang turut menarik diri dari pilihan raya high council. Syahmi tersenyum kecil.
"Dengan itu aku jemput, kita mulakan pilihan raya high council sesi 2007 dari rumah tuah .. Nor Naim bin Firdaus Ismet! Untuk mendapatkan restu dari ahli High council rumah tuah sesi 2006.. Ahmad Fahmi bin Sazali!" yang lain turut bersorak apabila nama Naim disebut.
"Syahmi sekali lagi menggelengkan kepalanya. Dia sudah tau jika Fahmi yang menang pilihan raya malam ini, Kahar akan tetap merestui Naim sebagai ahli high council yang baru. Dia tahu menarik diri dari sesi pilihan raya pada saat akhir adalah satu kesilapan yang besar. Tapi dia buat untuk kebaikan dirinya sendiri.
"Tunggu apa lagi. Position!" Arah Kahar pada pelajar yang lain.
Fahmi membuka bajunya untuk memudahkan pergerakan. Kahar mengingatkan peraturan yang perlu diikut semasa pergaduhan berlangsung. Syahmi hanya mengerutkan dahi.
"Sesi restu High Council Rumah Tuah. 3.. 2.. 1." Dan pergaduhan bermula.
Syahmi menggosok belakang tengkuknya apabila melihat Naim yang diserang dahulu. Dia tahu yang dia tidak sepatutnya berada disitu. Syahmi membuat keputusan untuk perlahan-lahan mengundurkan diri. Syahmi fikir yang kelakuannya tidak dilihat oleh sesiapa tetapi malangnya sewaktu Syahmi keluar daripada dewan perilakunya telah dilihat oleh Kahar yang tersenyum sinis dan menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
BENAR
Fanfiction"Kau tak tahu baran aku macam mana!" "Tak mati harini mati esok." "Mama. Boy nak mama."