PART 2
-WAKTU MALAM-
Waktu malam tiba. Kami semua duduk mengelilinggi unggun api yang dibuat oleh beberapa orang pelajar sebelum Maghrib tadi.
Air teh madu itu dituang lagi. Air aku masih berbaki banyak lagi jadi aku hanya menggeleng ketika fahmi round satu bulatan untuk refill air kami.
"Amacam semua santai? Dah ready untuk upacara kem bulan madu? Kalau ready cantik. Kita mulakan dengan team building sikit." Kata kahar pada kami. Mata aku mulai berat secara tiba-tiba. Side effect ubat aku makan tadi kut.
"Game team building ini diturunkan dari generasi ke generasi Kudrat dulu. Khas untuk kita main masa kem bulan madu. Sesuai dengan moto pertama Kudrat. Taat.
Nama game yang kita bakal main ni taat atau terajang."
Hakeem mengeluarkan satu balang berwarna hitam dari belakang badannya apabila diberi arahan oleh Kahar."Macam yang korang nampak, ada bekas. Ambik satu kertas dalam tu, sorang satu. Jangan bukak sampai turn korang. Dalam kertas tu ada satu arahan. Arahan-arahan yang kitorang salin direct dari kitab high council. Lepas sampai je giliran korang, berdiri lepastu baca arahan. Lepas tu korang boleh pilih, sama ada untuk taat dengan arahan tu ataupun tidak.
"Siapa yang pilih untuk tidak taat dengan arahan akan diteranjang oleh partner khemah korang sendiri. Hm sebagai contoh. Ayam. Sini." Arah kahar pada ayam yang sudah pucat lesi apabila namanya dipanggil. Hakeem menolak ayam apabila dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak.
"Baca arahan kau. Kuat-kuat biar semua dengar."
"Sebutkan satu benda yang kau tak puas hati pasal partner kau."
"Huh, ha cepatlah. Apa yang kau tak puas hati pasal aku."
Ayam hanya memandang muka kahar takut dengan arahan yang diberi. Gila ke apa aku nak jujur. Ada yang jadi ayam golek malam ni nanti."Okay."
"Apa yang oka-" belum sempat ayam menghabiskan persoalannya kahar terus menendang perut ayam dengan kuat. Tertunduk ayam dibuatnya kerana menahan rasa sakit yang teramat. Dia terus jatuh ke tanah dan bergerak ke tempat asalnya."Amacam? Senang kan? Kalau senang... kita boleh mula... dengan kau." Kahar menunjuk ke arah black.
Syahmi mula berasa resah sedikit sambil menanti gilirannya. Hampir ke semua arahan seolah-olah membuat kerja gila.
Semua orang terdiam apabila mendengar jawapan naim. Syahmi hanya memandang 2 beradik dengan wajah yang simpati. Dia tidak tahu konflik di antara mereka seteruk ini.
"Fuhh. Tsk. Drama." Kata kahar dengan senyuman yang lebar.
"Syahmi." Aku terus bangun apabila nama aku disebut.
"Aku partner kau malam ni. So sila baca arahan untuk kau." Aku memandang kahar yang hanya menggangkat keningnya. Kertas yang digenggam itu aku perlahan-lahan buka. Aku menarik nafas panjang sebelum membaca arahan yang tertulis.
"Bagitau semua orang satu rahsia yang kau simpan dan berjanji kau takkan bagitau orang lain." Sial.
Aku memandang kahar. Mulutku bergerak-gerak tapi tiada perkataan yang keluar.
"So?" Kahar bertanya padaku. Aku memandang ariz. dia berkerut dan memandang hanya pada unggun api dihadapannya.
"Aku... tarik diri dari sesi restu rumah kasturi sebab...sebab...aku tak rasa aku boleh jadi apa yang orang lain harapkan. Aku tak rasa aku boleh pikul jawatan sebagai high council kalau aku tercalon." Aku melafazkan dengan laju.
YOU ARE READING
BENAR
Fanfiction"Kau tak tahu baran aku macam mana!" "Tak mati harini mati esok." "Mama. Boy nak mama."