PART2
"Weh, Halikh! Kau dah gila ke sial?!"
Syahmi berkata pada Halikh yang menggaru kepalanya sambil kehulur kehilir."Kau cakap dengan aku, kau buli budak tu untuk basuh baju, kemas katil kau. Itu je. Ni! Apa benda ni halikh?! Kau nak mampos ke sial?! Benda ni, aku tak dapat nak cover likh!"
"Tak kau boleh diam tak syahmi. KAU DIAM!" Halikh menjerit lalu menolak syahmi hingga dia jatuh terlentang.
"Kau kalau bukak mulut pasal benda ni dekat orang, lagi teruk kau aku kerjakan."
Halikh terus beredar dari situ. Syahmi bangun dan menggosok kepalanya yang masih berdenyut-denyut.
Selepas 5 minit, Syahmi decide untuk ke bilik kesihatan untuk memeriksa keadaan kepalanya apabila rasa sakit itu tidak hilang.
-DI BILIK KESIHATAN-
"Syahmi? Kenapa ni?" Tanya kak mala, nurse yang bertugas pada malam itu. Mala merupakan anak kepada kerani yang bekerja di pejabat kudrat. Bekerja di Kudrat sementara menunggu keputusan SPM.
"Kak mala, boleh tak akak check kepala saya ni. Tadi saya terhantuk kepala saya dekat dingding tapi sampai sekarang rasa sakit still ada." Kak mala mengangguk dia mengarahkan syahmi untuk duduk di kerusi bagi memudahkan dia untuk melihat keadaan kepala syahmi.
"Kepala awak ni benjol. Tak apa. Akak bagi awak ubat sapu nanti every morning before mandi and before tidur awak sapu kat situ."
Mala terus bergerak ke arah kabinet untuk mengambil ubat yang syahmi perlukan.
"Nah. Jangan lupa. Sapu kat benjol tu. Biul pulak awak nanti."
Syahmi mengangguk. Belum sempat dia masuk ke dorm naim menghantar message kepada syahmi untuk datang ke dormnya.
-DI DALAM DORM NAIM.
"Dah berapa lama macam ni?"
"Ada yang lain?"Amirr dan naim bertanya pada pelajar itu, Faris, tentang perkara sebentar tadi.
"Ab-abang Halikh sorang je."
"Asal halikh target kau faris?" Tanya syahmi.
"M-mungkin sebab... saya macam ni kut. Sebab tu dia buat benda bukan-bukan."
"Sial lah."
"Naim tak payah kasar sangat depan budak ni." Syahmi mengingatkan naim."Benda ni dah beratlah syahmi. Dah mengarut sangat dah ni. Ini patutnya boleh jadi kes polis weh."
"Takpe bang. Saya ingat saya nak berhenti sekolah je."Syahmi melutut di hadapan faris.
"Kau tak salah, kenapa sampai nak berhenti sekolah? Halikh yang patut bertanggungjawab pasal hal ni."
"Amirr, syahmi. Aku rasa...kita kena report benda ni dekat warden."
"Naim kau seriouslah nak jibam?"
"Si bodoh tu tak sepatutnya dan tak layak ada kat sekolah ni."
"Habistu kau ingat dia akan berhenti kat sini je? Hmm? Kalau sampai budak high council tau macam mana? Kau nak kena pulau?"Syahmi hanya jadi pemerhati. Naim dan Amirr. Kalau kahar tahu diorang jibam lesen akan ditarik dan diorang akan dipulaukan. Dia cuba untuk memikirkan nasibnya kerana dia juga sudah terjebak dalam hal ni.
YOU ARE READING
BENAR
Fanfiction"Kau tak tahu baran aku macam mana!" "Tak mati harini mati esok." "Mama. Boy nak mama."