"Kau nak sangat kan."Kahar terus membuka pintu bilik yang selalu digunakan. Pelajar lain menyusun tapak yang bakal digunakan. Beberapa orang pelajar mengambil walkie-talkie bagi memudahkan proses pemantauan warden pada petang itu.
Kahar membuka bajunya untuk bagi menandakan persediaannya dan mengambil posisi. Fakhri seperti tidak mahu melakukannya tetapi terpaksa akur.
Pergaduhan itu bermula dengan Kahar mengambil langkah pertama. Syahmi terus memuluk tubuh. Lebam-lebam yang sudah elok terasa berdenyut apabila melihat aksi Kahar dan Fakhri.
Fakhri membuat kesilapan dengan memukul Kahar di wajah. Kahar jatuh betul-betul di hadapan Syahmi. Dia memandang Syahmi dengan sinis lalu Syahmi segera mengulang ayat Kahar pada malam pilihanraya.
"Fakhri. Peraturan ditetapkan bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan. Muka atau bahagian yang tak boleh disorok dengan uniform tidak boleh di sentuh." Syahmi ucapkan dengan memandang tepat pada wajah Fakhri.
Fakhri mengerutkan dahi seperti tidak puas hati dengan peraturan itu. Dan mengangkat tangan tanda mengalah.
Kahar segera bangun dan terus bergerak ke arah Fakhri.
"Aku dah cakapkan, jangan main muka sial." Kahar terus menampar muka Fakhri dengan kuat.
Perlawanan diteruskan seperti biasa selepas itu.
Tiba-tiba Stahmi terdengar dari Walkie-talkie yang digunakan oleh Hakeem yang telah dimaklumkan bahawa warden yang bertugas sudah sampai.
Syahmi dan Hakeem memandang satu sama lain dengan wajah terkejut. Hakeem bergerak ke depan untuk memberitahu kepada Kahar tentang perkara itu. Tidak sempat Syahmi ingin menghalang Hakeem, Kahar terlebih dahulu menghadiahkan penendang dia kawasan sulit Hakeem.
"Kau dah kenapa?" Tanya Kahar dengan riak tidak puas hati pada Hakeem yang sedang menahan kesakitan.
"Wa- war- Warden." Kahar terus menghalau pelajar yang lain selesai sahaja Hakeem berkata perkara itu.
"Syahmi,Ariz. kau bawak si Hakeem ni pergi dorm kitorang. Aku nak pergi DM jap ambik ais. Kang bengkak pulak 10 hari 10 malam si Keemkeem nih." Kata kahar sambil menyarungkan semula pakaiannya.
Syahmi dan Ariz terus bergerak ke arah Hakeem yang sedang menyeringkuk menahan sakit.
"Alahai kau ni Keemkeem. Sikit jelah. Tapi dia punya reaction macam pecah" kata Ariz. Aku hanya mampu tergelak.
Sesudah sampai di dorm Hakeem dan Kahar, aku dan Ariz membaringkan Hakeem di atas katilnya.
"Kau ni pun Hakeem lain kali tengok keadaan kalau nak mencelah." Kataku sambil tergelak.
Hakeem memukul lengan ku dan kembali semula mengerang kesakitan.
"Nah keem kau letak ni kat tempat tu. Nanti mati aku nak cakap apa kat bapak aku." Kahar berkata sambil menghulurkan pek ais yang dibelinya sebentar tadi.
Kami bertiga hanya tergelak. Kahar memandang satu persatu wajah yang didalam biliknya itu. Ariz, anak Kelanai yang dia sudah kenali dari kecil. Hakeem, rakan baiknya selain Zahrin dan Fahmi. Dan Syahmi. Pelajar yang dia tidak sangka mempunya kekuatan tersendiri. Dia sudah menganggap Syahmi seperti adiknya.
YOU ARE READING
BENAR
Fanfiction"Kau tak tahu baran aku macam mana!" "Tak mati harini mati esok." "Mama. Boy nak mama."