Part 1
Syahmi yang ditugaskan untuk meronda kawasan asrama bagi memastikan semua pelajar sudah turun ke surau terkejut apabila terserempak dengan Fakhri yang sedang memakai tie.
"Kau dari mana ni?" Soal Syahmi sambil memandang penampilan Fakhri yang seperti orang bangun dari tidur.
"Aku dari dorm. Terlajak tidur."
"Haa cepat pergi surau. Nasib baik kau terserempak dengan aku, kalau dengan warden tah apa denda kau pepagi ni."Usai habis bebelan Syahmi, Fakhri terus bergegas ke Surau. Syahmi pula meneruskan tugasannya. Habis meronda dia bergerak ke surau untuk mengerjakan solat subuh dan terus pergi ke DM selepas itu.
"Time kau ronda pagi tadi, ada terserempak dengan Prakash?" Ariz bertanya dengan mulut yang penuh.
"Kau kalau nak tanya pun habiskan makanan dalam mulut. Nanti mampus menyusahkan aku nak mandikan jenazah." Kata Syahmi dengan riak wajah yang menyampah.
Dah besar panjang tapi perangai budak-budak. Syahmi pun penat melayan kerenah si Ariz ni. Ariz terus menelan makanan yang dikunyahnya itu sebelum menanyakan soalan itu semula.
"Tak ada. Dia pergi jog keliling asrama kot. Kau macam tak biasa pulak."
"Semua rumah dah ada calon. Kasturi je tak ada calon. Orang nampak Kasturi batch kita macam apa tau? Ni ha. Timun ni. Sedih! Lembik. Harapkan kauje nak ubah seku tu."Bilang ayam yang meletakkan timun itu semula ke dalam pinggan dengan geram.
"Tapi kenapa Syahmi tu bukan calon untuk Kasturi?" Soal Fakhri dengan curiga. Ialah Syahmi berkawan dengan Kahar yang merupakan High council dan Ariz yang merupakan calon untuk rumah Lekiu.
"Tak ada siapa tahu kenapa Syahmi tarik diri last minit. Like totally perangai dia berubah gila lepas dia keluar hospital tahun lepas. Syahmi yang kau nampak hari ni bukan Syahmi yang aku kenal untuk 3 tahun. Dia lagi banyak diam, tak suka masuk campur kalau ada manifesto manifesto semua ni dah." Ujar ayam dengan wajah yang tidak puas hati. Fakhri hanya mengangguk.
Dia juga pelik. Syahmi memang seorang yang dia nampak berkarisma tetapi ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pandangan mata semua orang. Fakhri terus bertanya kepada mengapa tiada rumah Jebat. Dan ayam pun menceritakan panjang lebar yang jebat ialah kasturi selepas rebel.
"Walaupun kau dah dapat restu dari Kahar kau kena ingat pasal Syahmi. Hal ehwal pelajar Kasturi sebenarnya diurus oleh Syahmi dri dia form 2 lagi. Kapla kapla lepas memang percaya dengan dia. So kau kena convince Syahmi untuk restu kau sebagai calon high council." Kata ayam dengan nada yang teruja.
-Di Dalam Kelas-
"Blood is thicker than water. I trust you all have heard this proverb before. But what if I told you that this quote, is actually a misquote. The full idiom actually says 'blood of the covenant, is thicker than the water of the womb'. Which means the relationship that you choose to persue stronger than the familial ties that you already have. Which is a direct opposite of what the shorter popular quote actually mean. So, I wanna ask you which of this rings toward you? Ihave my own preference but I like to hear what you think. Anyone?" tanya Puan Fanizah kepada pelajar kelasnya.
Sedang Syahmi memikirkan yang mana satu pilihannya Naim terlebih dahulu mengangkat tangan.
"I prefer blood is thicker than water 'cause I believe any differences that we have as a family in the end we're still a family." Naim menyatakan pendapatnya. Fakhri memandang Naim dengan raut wajah yang tidak puas hati.
YOU ARE READING
BENAR
Fanfiction"Kau tak tahu baran aku macam mana!" "Tak mati harini mati esok." "Mama. Boy nak mama."