Bab 2

2K 83 4
                                    

"NYAH kau dari sini! Dasar menantu tak sedar dek untung. Berani kau pergi mengadu dengan Si Jamilah mulut puaka tu yang aku ambil semua duit insurans arwah Azam, ya!" jerkah Mak Esah.

Kemarahan Mak Esah sudah berada di tahap paling tinggi sekali. Dia betul-betul malu kerana namanya disebut-sebut sebagai ibu mentua paling tidak guna. Tebal mukanya ketika membeli sarapan di kedai makan Pak Ali pagi tadi.

"Orang lain pun mati anak tapi tak adalah sampai tergamak nak ambil duit insurans anak. Bahagi dua tak apa juga. Dikautnya semua, Pak Ali. Macam orang yang mati tu tak ada anak bini."

Masih terngiang-ngiang suara radio rosak Si Jamilah itu ketika di kedai makan Pak Ali. Bukan main lancang lagi mulut tu. Rasa nak dicili-cilikan saja. Memang patut pun la Si Jamilah tu jadi janda. Mulut kurang ajar sangat. Hamuk hati Mak Esah.

"Tapi memang itu yang betulnya, kan? Duit arwah memang semua pada mak dah. Mak Cik Jamilah tanya Izzi. Izzi cuma beritahu benda yang betul. Hari-hari Mak Cik Jamilah nampak Izzi cuma beli telur di kedai runcit Haji Mahat," ujar Izlene. Air matanya mengalir membasahi pipi.

"Kau yang bagi, kan?"

"Tapi mak yang beria-ia minta. Mak ugut nak guna sihir bagai kalau Izzi tak ikut cakap mak. Kalau mak nak bagi Izzi mati tak apa tapi jangan sakitkan Dani dan Damia." Selar Izlene.

Pang!

Rasa perit di pipi ketika telapak tangan kasar Mak Esah melekap di pipi Izlene. Perempuan itu terus terkedu seribu bahasa. Sepanjang dia berkahwin dengan Azam, ini kali pertama ibu mentuanya sendiri menampar pipinya.

"Kurang ajar punya perempuan. Kau melawan cakap aku. Dasar perempuan tak guna! Aku tak kira. Esok juga kau kena pergi dari kampung ni. Bawa sekali anak-anak tak guna kau tu. Aku tak ada cucu yang keluar dari perut perempuan sial macam kau. Faham!" Tengking Mak Esah.

"Mak... Izzi tak ada tempat nak pergi. Izzi tak ada duit nak teruskan hidup. Kenapa mak layan Izzi macam ni. Mak tak kesian ke dekat cucu-cucu mak?" Bebola mata Izlene bergerak-gerak memandang Dani dan Damia yang tidur pulas di hadapan televisyen.

Mak Esah mempamerkan mimik muka sinis. "Buat apa aku nak kesiankan orang yang dah malukan aku? Daripada aku kesiankan kau baik aku kesiankan kucing Si Meon yang tak ada kaki tu la!"

"Izzi minta maaf kalau mulut Izzi lancang. Izzi tak fikir sebelum bercakap." Izlene cuba berlembut dengan harapan dirinya tidak dihalau keluar dari rumah arwah suaminya itu.

Ke manalah dia hendak membawa diri bersama anak-anaknya sekiranya Mak Esah masih mahu menghalaunya keluar. Dia tidak ada duit. Simpanan dia pun tinggal beberapa puluh ringgit sahaja. Mana dia nak cari duit untuk membesarkan Dani dan Damia?

"Maaf kau tu aku tak terimalah. Beribu kali kau minta maaf pun tak boleh nak hilangkan rasa sakit hati aku ni. Keputusan aku muktamad, Izzi. Kalau kau tak keluar juga esok kau tahulah apa yang aku akan buat. Jangan cabar aku." Gertak Mak Esah.

"Mak..."

"Kalau kau tak nak tengok aku jual Si Damia tu dekat Mat Pet kampung ni kau buatlah perangai. Kalau kau sayangkan anak-anak haram kau tu, kau pergi jauh-jauh daripada pandangan mata aku. Faham!" Dahi Izlene ditunjal-tunjal.

Semakin kuat tangisan Izlene. Buku limanya dikepal sekuat hati. Dia sedar kali ini. Di dalam dunia yang fana ini masih wujud lagi manusia yang lebih iblis berbanding Iblis yang sebenar. Entah mana silapnya... dia dikurniakan seorang suami yang baik persis malaikat tapi dia terpaksa berhadapan dengan ibu mentua dan kakak ipar yang sungguh jelik perangainya.

KIPAS dihidupkan. Rasa panas hati Mak Esah masih belum reda. Alat pengawal jauh dicapai. Siaran televisyen yang terpasang tidak dihiraukan. Mungkin hobinya tukar-tukar siaran agaknya.

"Mak... rosak lama-lama TV tu. Siaran apa mak cari? Bukannya kita ada pasang Astro pun nak banyak-banyak siaran." Yanti merungut. Tadi dia dah seronok dah layan drama Cina di TV8 tapi selepas emaknya balik dari rumah adik iparnya terus rasa amannya hilang.

Mak Esah mendengus kasar. Alat kawalan jauh dicampak. Sipi-sipi nak kena kepala anak perempuannya itu. Sebelah kaki diangkat ke atas kerusi.

"Aku pergi ganyang perempuan sundal tu tadi. Aku suruh dia keluar dari rumah arwah Azam tu esok jugak. Mulut dia tu boleh tahan puaka macam mulut Si Jamilah tu. Sakit hati aku." Adu Mak Esah.

Berminat hendak mendengar tentang kisah sedih adik iparnya, cepat-cepat Yanti menolak bantal ke tepi. Dahinya berkerut. Bibirnya mengoyakkan satu senyuman jahat.

"Kenapa, mak? Ceritalah..."

"Si sundal tu pergi beritahu Jamilah yang kita dua ambil semua duit arwah Azam. Memanglah benda tu betul tapi cover la sikit kalau nak jujur pun. Si mulut puaka tu pula kecoh dekat kedai makan. Malu muka aku ni, Yan."

Membulat mata Yanti. "Betul ke mak? Jahatnya dia mak. Nasib baiklah mak cuma ada satu aja anak lelaki. Serik Yan nak ada adik ipar mulut jahat macam tu."

"Ala, kalau aku ada anak lelaki lain pun takkan aku bagi punya jadi suami perempuan tak guna tu. Serik aku!" Juih Mak Esah.

"Mak... Yan ada idea."

"Idea apa kau ni? Kau punya idea tu setahu mak cuma nak menghabiskan duit mak aja. Kerja kau tak nak. Besarkan bontot aja kau tahu." Sindir Mak Esah.

Yanti menarik muncung sedepa. Sampai hati mak cakap Yan macam tu, getusnya dalam hati. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya.

"Bukanlah mak... Yan punya idea baik punya. Lepas perempuan tu berhambus nanti apa kata rumah arwah tu kita jadikan Homestay. Mak setuju tak?"

Daripada rasa marah terus berubah kepada rasa lucu. Aku dah agak dah idea budak ni mana pernah nak bernas. Ideanya semua merepek. Mak Esah menguis-uis tahi lalat besar yang terletak elok di tepi matanya.

"Kau merepek apa ni, Yan? Rumah Si Azam tu kalau jadi Homestay hantu pun tak nak sewa la. Rumah kayu macam tu."

"Mak yang merepek. Duit insurans arwah tu banyak. Mak ubah suai la sikit rumah tu. Lepas tu, setiap bilik letaklah air-cond. Kos kasar tu Yan rasa dalam tiga puluh ribu aja," ujar Yanti.

"Banyak tu. Mak baru nak gunakan duit insurans tu pergi umrah. Lepas tu, pergi haji pula. Ermm... nantilah mak fikirkan," jawab Mak Esah.

Yanti memutarkan biji matanya ke atas. Daripada simpan baik keluarkan saja duit tu. Bukannya selalu dapat duit sebanyak itu. Yanti merengus perlahan.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now