Bab 4

1.7K 88 4
                                    

"KENYANG tak?"

"Kenyang. Terima kacih pak tik!"

"Sama-sama."

Hafiz Hakim tersengih melihat kecomelan anak-anak kecil itu. Sama comel seperti ibunya. Dia melirik sekilas perempuan di hadapannya. Perempuan itu masih malu-malu kucing lagi nak menjamah makanan.

"Ayam tu tinggal dua. Kalau tak nak saya makan. Makan sajalah. Tak payah malu-malu." Tegurnya.

Izlene tersentap. Dia pandang lelaki itu sekilas lalu mengambil seketul ayam bahagian paha lalu diletakkan ke dalam pinggannya.

"Kahwin awal, ya?" soal Hafiz Hakim.

Izlene mengangkat kepalanya. Mengangguk tidak. Menggeleng juga tidak.

"Saja tanya. Sebab awak muda lagi. Tak macam umur 25 tahun ke atas. Maybe 21... 22... macma tu. Suami awak mana?"

"Meninggal dunia."

"Maaf... saya tak tahu."

"Tak apa."

"Bila meninggal? Lama dah?"

"Tak la lama sangat. Tak sampai setahun lagi." Jelas Izlene. Isi ayam dicicah ke dalam sos cili.

Hafiz Hakim diam lalu menyedut air Coke. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Boleh tahan ramai juga Melaka Sentral ni bila hujung minggu.

"Encik Hafiz ni datang ke sini ada jumpa sesiapa ke?" soal Izlene. Airnya disedut.

"Haah, saya balik ke rumah mak angkat saya. Jamilah Ramlee nama dia. Awak kenal?"

Purspp!

Tersembur air yang diminum oleh Izlene sehingga terkena ke muka lelaki itu. Matanya membulat besar. Dia gelabah. Cepat-cepat dia capai tisu lalu diberikan kepada lelaki itu. Tanpa banyak bicara, Hafiz Hakim Cuma menyambut hulurannya.

"Ya Allah... Encik... maaf! Maaf sangat! Saya tak sengaja. Saya..."

"Tak apa. Nasib baik awak sembur muka. Tak la basah kuyup sangat saya." Selar Hafiz Hakim sambil mengelap mulutnya.

"Kenapa shock sangat bila saya sebut nama tu?" soal Hafiz Hakim lalu membetulkan posisi duduknya.

Macam mana aku tak terkejut. Baru beberapa jam yang lepas aku pinjam duit dengan mak angkat kau, bisiknya dalam hati.

"Tak ada apa cuma terkejut Mak Cik Jamilah ada anak angkat. Dia tak pernah cerita dan saya pun tak pernah nampak awak sebelum ni." Katanya sekadar hendak tutup rasa malu.

Hafiz Hakim gelak kecil. "Saya ni kalau balik kampung memang tak betah dekat rumah. Awak kalau nak nampak saya memang waktu malam ajalah. Waktu siang memang saya jadi kutu rayau. Jumpa kawan-kawan lama. Jalan ke sana, jalan ke sini. Plus... awak tu, kan isteri orang. Memanglah tak perasan lelaki lain. Awak cuma perasan suami awak aja."

Izlene menundukkan kepalanya. Dia tidak berapa berkenan bila perihal arwah suaminya dibahaskan. Tiba-tiba terbit rasa bersalah dalam hatinya kerana mengizinkan lelaki itu buat baik kepada dia dan si kembar.

"Sorry. Saya..."

"Tak apa." Selar Izlene.

Hafiz Hakim mengangguk lalu menyandarkan badannya ke dada kerusi.

"Awak ni nak pergi KL semua ni dah confirm dapat kerja ke? Dah ada tempat tinggal? Anak-anak awak ni siapa nak jaga?" Lurus jari telunjuk Hafiz Hakim menuding si kembar yang sedang duduk bermain di sebelahnya.

Tanpa rasa malu Izlene menggelengkan kepalanya. Bibir diketap.

"Agak dah... awak ada sijil apa-apa tak? Saya ramai kawan dekat KL tu. Manalah tahu boleh cadangkan awak kerja dengan dia orang."

"Saya... saya malu nak cakap."

"Cakap ajalah... Err..."

"Izzi." Beritahu Izlene apabila lelaki itu teragak-agak hendak memanggil namanya.

"Oh, Izzi. Sedap nama tu. Haa... beritahu ajalah, Izzi. Jangan malu. Saya ikhlas nak bantu awak."

"Saya sebenarnya tak habiskan sekolah sebab umur 16 tahun saya dah kahwin. Lepas kahwin tu memang tak minat nak sekolah dah. Cuma suami saya yang bekerja." Jelasnya.

Hafiz Hakim tercengang. Wah, budak-budak zaman sekarang. Sibuk nak kahwin sampai abaikan pelajaran. Kutuknya sekadar dalam hati.

"Susahlah kalau macam tu, Izzi. Mana-mana kerja pun paling hauk pun kena ada SPM. Tak ada SPM susah nak cari kerja lagi-lagi di KL sana. Nak jadi front desk pun mostly nak kena ada Diploma. SPM dia orang tak pandang dah," ujarnya.

Izlene seolah-olah rasa terpukul dengan kenyataan itu. Memang pahit tapi dia terpaksa telan. Hendak dielak pun tak berguna.

"Melainkan..." Hafiz Hakim menggantungkan ayatnya. Dia berfikir sejenak.

"Melainkan apa?"

"Melainkan awak pergi Sabah. Saya ada kawan dekat sana. Dia ada buka hotel. Rasanya kalau setakat bahagian kitchen, tak pass PMR pun tak ada masalah. Awak okey tak?"

Membulat mata Izlene. Pelan asal dia nak ke Kuala Lumpur. Kenapa boleh drag sampai ke Sabah pula ni? Dia menggelengkan kepala.

"Jauh sangatlah, Encik Hafiz. Lagipun saya dengar-dengar nak ke sana pakai passport. Betul ke? Kalau betul... saya tak ada passport." Katanya.

"Small matter. Nanti saya uruskan semuanya. Awak just perlu bagitahu saya pasal diri awak. Nanti saya beritahu dia. By the way kawan saya tu handsome. Awak jangan usyar dia, ya?" Seloroh Hafiz Hakim di hujung ayatnya.

Izlene berdecit.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now