SEBAIK sahaja Desmond masuk kerja. Dia dikejutkan dengan kehadiran mendadak Izlene. Walau bagaimanapun dia tetap menyuruh Izlene masuk menemuinya memandangkan tugasnya untuk menguruskan pekerjanya.
"Duduk." Arahnya.
Izlene akur. Punggung dilabuhkan di hadapan Desmond. Dia menguis-uis kukunya. Perasaan malu sudah tebal dalam dirinya. Tapi, demi anak-anaknya terpaksalah dia berlagak biasa.
"Ada apa you nak jumpa I ni?" soal Desmond. Dia telah diberitahu oleh Dania Lee yang Izlene ingin menemuinya ketika dia sedang mengambil cuti. Dia yakin mesti ada sesuatu yang Izlene mahukan.
"Maaf la kalau I ganggu you. I tahu I cuma staff baharu di sini. Kerja pun tak sampai seminggu lagi." Izlene menjeda.
"Kemudian?"
"Ermm... Mr Desmond tahu, kan I ada dua orang anak yang I kena jaga?"
"I tahu status you."
"Sebenarnya macam ni... saya nak pinjam sedikit duit untuk simpanan saya dan anak-anak. Bulan depan nanti Mr Desmond tolak ajalah pinjaman I tu daripada gaji awal I," ujar Izlene sambil menundukkan kepalanya.
Membulat mata Desmond. "Mana boleh macam tu. Sebab tu la I tak suka Tuan Ayash manjakan you. Sekarang you dah tahu sebabnya, kan?"
Izlene terdiam.
"You kerja pun tak sampai seminggu you dah berani nak pinjam-pinjam. No... tak ada. I takkan benarkan. Kalau you nak sangat pandai-pandai you la berdepan dengan general manager sendiri." Omel Desmond.
"Tolonglah Mr Desmond..."
"Tak boleh Izlene! You ingat syarikat ni bapak you yang punya ke? As a HR, I berhak untuk tegur you. Jaga tingkah you Izzi. You sendiri baru kerja beberapa hari you dah berani nak pinjam dengan management." Selar Desmond.
Birai mata Izlene bergenang. Dia dah agak bakal ada penolakan. "Tak apalah kalau macam tu. I minta maaf sebab dah banyak susahkan you. I minta diri dulu."
"Okey," jawab Desmond.
Izlene mengangkat punggungnya. Pintu pejabat ditarik. Kebetulan Ayash ingin melangkah masuk. Bahu mereka berlaga. Izlene hanya menundukkan mukanya kerana tidak mahu disoal oleh Ayash.
"Dah puas jumpa HR?" Sindir Ayash.
Izlene tidak menjawab soalan itu. Cepat-cepat dia sarungkan kasut ke kaki lalu ingin beredar. Ayash yang rasa tercabar kerana Izlene tidak merespons sindirannya itu segera memegang kuat pergelangan tangan Izlene. Ditarik perempuan itu merapatinya.
"Sakit, Tuan Ayash." Izlene menarik semula tangannya kerana cengkaman Ayash agak kuat. Seakan-akan lelaki itu hendak melepaskan geram.
"Bila saya tanya tu jawab. Biadab sangat awak ni. Dengan bos sendiri pun nak buat kepala batu awak tu." Marah Ayash.
Dengar sahaja Ayash berkata seperti itu air mata Izlene mengalir membasahi pipi. Dia mendongak memandang Ayash. Bahkan di saat dia sedang sedih pun Ayash masih berani cari pasal dengan dia.
"Eh, kenapa awak menangis ni?" Ayash gusar.
"Boleh tak Tuan Ayash jangan ganggu saya? Saya perlukan ruang."
"Fine... pergi sana. Syuhh!" Ayash melepaskan tangan Izlene lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Desmond. Kelihatan lelaki itu sedang bermain-main dengan telefon pintarnya.
"Kalau you rasa nak buat hotel ni macam you punya baik you kalahkan I. Handle this hotel." Tegur Ayash. Desmond yang baru sedar akan kehadiran majikannya itu cepat-cepat menyimpan kembali telefonnya.
Ayash menarik kerusi lalu duduk berdepan dengan Desmond. Dia memandang dalam-dalam mata sepet lelaki itu. Dia yakin Desmond la manusia penyibuk yang mengadu domba kepada ibunya.
"I nak tanya you sesuatu."
"Tanya la, Tuan Ayash."
"You manusia yang mengadu dengan mama I pasal I KIV satu bilik king size untuk Izlene dan anak-anak dia, kan?" Tebak Ayash.
Desmond yang dah cuak segera menggelengkan kepalanya. Menafikan tuduhan tidak berasas itu.
"Tak adalah, Tuan Ayash. Takkanlah I nak buat begitu. I cuma staff. I sendiri tahu akibatnya kalau I beritahu datin tentang ini." Katanya.
"Stop it Desmond. Buka topeng muka you tu. Ini last warning I bagi you. Kalau lepas ni you jadi penyibuk lagi pasal urusan I... I takkan teragak-agak untuk buang you. Faham!" Herdik Ayash.
"Tapi bukan I yang..."
"Dah tu you nak cakap siapa yang mengadu? Ms Dania? Sales and marketing department or maybe housekeeping? Bullshit! Dia orang semua tu sibuk uruskan kerja sendiri. Cuma you aja yang I tengok terlebih free." Selar Ayash. Wajahnya bertukar merah dek menahan kemarahannya kepada lelaki Cina itu.
"Baik, Tuan Ayash. I minta maaf." Ucap Desmond sekadar nak mematikan perbualan mereka perihal itu.
Ayash melipat tangannya ke dada. Badannya disandarkan ke dada kerusi. "Apa motif Izlene jumpa you tadi? I nampak dia menangis lepas jumpa you. You ada hina dia ke apa?"
"Tak ada la. Izzi jumpa I sebab dia nak pinjam duit. Dia cakap nanti tolak dekat gaji first dia. I tak boleh buat macam tu. Confirm account department pun akan marah. Jadi I cakap la tak boleh," ujar Desmond bersungguh-sungguh.
"Dia nak pinjam duit untuk apa?"
"I tak pasti tuan. Cumanya memang tak boleh nak bagi kerana ini sudah jadi prosedur syarikat sejak arwah Dato' Manaf ada lagi," jawab Desmond.
Ayash melepaskan nafasnya. Dia tertanya-tanya untuk apa Izlene beria-ia hendak jumpa dengan Desmond semata-mata hendak meminjam wang.
LAFAZ syukur diucapkan. Izlene akhirnya jumpa kerja keduanya. Nampak gayanya dia terpaksa membuat dua kerja demi menampung hidupnya dan si kembar. Dia Cuma bekerja di warung nasi ayam pada waktu petang. Gaji yang dia dapat pula gaji hari. Tak kisahlah kena cuci pinggan ke apa asalkan dia ada duit untuk makan.
Jarak daripada The Gem Hotel dan warung itu dalam anggaran 2.2 KM. Kalau dia berjalan kaki mungkin dalam tiga puluh minit dah sampai. Izlene nekad. Biarlah susah-susah dahulu. Dia yakin akan adanya pelangi selepas hujan.
"Dani... Damia... sini sayang." Panggilnya. Dani dan Damia segera duduk di hadapannya. Mata si kembar terkebil-kebil memandangnya.
"Ibu nak cakap yang mungkin esok ibu dah mula kerja malam dekat warung. Jadi masa ibu dengan Dani dan Damia dah mula kurang. Ibu harap sangat anak-anak ibu faham ibu. Ibu terpaksa buat dua kerja pun demi kau orang," ujarnya.
"Nanti ibu hilang macam pak tik ke?" soal Dani bernada sayu.
"Tak sayang. Ibu sentiasa ada cumanya lepas ni tak ada orang dah nak ceritakan kisah dongeng tidur untuk Dani dan Damia. Kalau ibu cuti bolehlah ibu cerita."
Dani memandang Damia manakala Damia turut memandang Dani. Kemudian mereka berdua memeluk tubuh Izlene sekuat hati. Air mata Izlene jatuh lagi.
Walau bagaimanapun, Izlene ada merasakan sedikit keringanan untuknya. Memandangkan jadual western department telah ditukar semalam. Bolehlah dia bekerja di warung nasi ayam itu pada waktu malam. Mujurlah dia menemui jawatan kosong itu dalam Facebook.
"After this kita punya department akan tutup sharp pukul lima petang. Waktu malam cuma Japanese and Chinese sahaja yang jalan."
Masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh Jenny kepadanya semalam. Ubun-ubun Dani dan Damia dikucup bertalu-talu.
"Ibu sayang anak-anak ibu." Ucapnya.
"Dani dan Damia pun cayang ibu." Sahut Dani.
YOU ARE READING
CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]
RomanceAYASH DATO' MANAF menggantikan tempat ayahnya sebagai 'General Manager' di sebuah hotel tiga bintang di Beufort, Sabah setelah ayahnya meninggal dunia. Disebabkan kesibukannya dalam kerja telah menyebabkan Ayash kehilangan sesuatu yang amat dia saya...