Bab 6

1.8K 73 0
                                    

MASUK hari ini dah empat hari Ayash menguruskan perniagaan hotel arwah ayahnya. Dia akui business perhotelan nampak saja mudah tapi kosnya boleh buat sakit jantung. Patutlah hutang dengan bank pun dekat seratus ribu. Setiap tahun mesti akan ada benda yang kena renovate.

Dia dah meneliti setiap kos yang perlu ditanggung sekiranya projek menaik taraf beberapa buah bilik dilakukan. Namun begitu, dia tetap meneruskan agenda itu demi menarik minat ramai lagi pelanggan untuk stay di The Gem Hotel. Kemudian, dia terpaksa menaikkan sedikit kos penginapan demi mengganti semula kos yang telah dikeluarkan.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!" Arahnya.

Seorang perempuan berbangsa Cina melangkah masuk ke dalam biliknya. Perempuan itu mengenakan dres pendek atas lutut dan disarungkan lagi dengan coat warna biru muda. Kalau dapat dekat lelaki yang nafsu kuda memang tak tahan lelaki itu dibuatnya. Mujurlah Ayash buat tidak nampak saja keseksian itu.

"Boleh I duduk, Tuan Ayash?" soal gadis itu.

"Silakan." Ayash mengangguk.

Dania Lee selaku Assistant General Manager di hotel itu melabuhkan punggungnya di hadapan Ayash lalu dia menghulurkan fail berwarna hitam itu kepada Ayash.

"I dah teliti semua kos yang Tuan Ayash minta. Lepas I tengok semua sekali boleh tahan tinggi juga kosnya. Kitchen department pun minta alter piping. Katanya asyik bocor," ujar Dania Lee.

Ayash hanya memasang telinga. Matanya ralit memerhatikan report yang telah disiapkan oleh pembantunya itu.

"Jadi apa idea you untuk kurangkan kos renovate our hotel?" soalnya.

"I rasa kita cuma perlu renovate beberapa bilik saja, Tuan Ayash. Kita tolak beberapa buah bilik incase ada guest yang nak request bilik merokok. Lebihan kos tu kita tolak ke bahagian kitchen," ujar Dania Lee.

"Come on, Ms Dania. Desmond cakap you bijak tapi takkan sampai tahap ini saja bijak you? You sendiri tahu setiap minggu mesti akan ada group datang check-in di hotel kita. Apa kita nak jawab kalau mereka persoalkan kenapa setengah orang dapat new room tapi setengah lagi cuma dapat bilik tak renovate?"

Dania Lee menundukkan kepalanya. "Sorry, Tuan Ayash. Buat masa sekarang ni I hanya nampak jalan ini aja untuk kurangkan kos."

"It's okay. Nampaknya otak I jugalah kena gerak. You boleh keluar. Better you perhatikan anak buah you Si Desmond tu. I tak nak dia buat palatao dia dekat sini."

"Baik, Tuan Ayash. I keluar dulu." Cepat-cepat Dania Lee melangkah keluar dari bilik majikannya itu.

Kaki diatur ke pintu lif. Butang G ditekan. Setibanya di lobi, Dania Lee menapak menuju ke bahagian Front Desk. Kelihatan Suzy sedang sibuk menyelesaikan bil check-out. Perempuan jadian itu memegang bil tersebut dengan menggunakan tisu.

"Dari I masuk kerja I biasa perhati you dekat CCTV. You banyak guna tisu. Why, ya?" soal Dania Lee.

Suzy mengangkat kepalanya. "Eh, good morning! Haah, Ms Dania. I memang tak boleh pegang benda kalau tak guna tisu. I fobia. Nanti I boleh demam-demam."

Amy yang hanya memasang telinga sudah mencebikkan bibirnya. Itu bukan fobia. Itu namanya penyakit gila. Tak pun mengada-ada. Habis tu dekat rumah sendiri pun guna tisu agaknya, gerutunya dalam hati.

"Oh, macam tu..."

"Haah, Ms Dania."

"It's okay la. I nak pergi kitchen dulu. Anything you boleh update I." Kata Dania Lee sebelum melangkah pergi.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now