Bab 5

1.9K 83 1
                                    

"WAH! Besarnya rumah pak tik. Tak came pun macam rumah kita dekat kampung. Kan, adik?" Dani terkinja-kinja sebaik sahaja kakinya menapak di hadapan halaman rumah agam itu. Rumah banglo tiga tingkat namun struktur luarannya nampak simple.

Izlene menepuk dahi. Dia sudah agak anak-anaknya mesti akan jakun. Serba salah dia dibuatnya. Hanya mampu tersengih-sengih persis kerang busuk.

"Haah, abang. Mia tak nak balik kampung dah la. Mia nak duduk cini," ujar Damia pula. Dani mengangguk-angguk tanda bersetuju.

Hafiz Hakim menutup pintu keretanya. Kemudian, kunci rumah dicucuk ke perumahnya. Dia mengukirkan senyuman sebaik sahaja pintu itu terbuka luas.

"Rumah awak ke ni?" soal Izlene.

"Haah, rumah saya," jawabnya.

"Boleh tahan cantik. Macam rumah orang-orang kaya. Awak kerja apa sebenarnya?" Izlene mula curiga. Manalah tahu tujuan Hafiz Hakim membawanya datang ke sini sebab nak jual dia anak beranak. Manalah tahu, kan? Bak kata arwah suaminya,  rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Hafiz Hakim gelak lalu mengarah anak-anak kecil itu masuk. Gaya Dani dan Damia persis budak-budak yang sudah kehilangan ibu. Mereka langsung tidak mahu mendengar cakap Izlene. Izlene kata jangan masuk tapi mereka tetap masuk. Haih... degil!

"Izzi... tak nak masuk?" Pelawa Hafiz Hakim.

Izlene menggelengkan kepalanya.

"Kenapa? Takut?"

"Saya baru kenal awak beberapa jam yang lepas. Saya tak sangka awak berani bawa kami datang ke rumah awak ni. Awak janji nak hantar kami sampai Terminal Bas KL aja, kan?"

Hafiz Hakim melepaskan satu keluhan. Dia faham perempuan itu cuma berhati-hati dengan strangers. Tapi, niatnya ikhlas nak membantu. Tak salah pun.

"Ya, pelan asal memang macam tu. Tapi bila fikir-fikir balik saya tak sampai hati. Awak tu perempuan. Muda lagi pulak tu. Awak bawa anak-anak awak lagi. Takkan saya nak campak aja awak dekat situ. Saya risau la." Jelasnya.

"Awak bawa kami datang ke rumah awak lagilah saya risau. Manalah tahu awak nak peras ugut saya ke apa. Awak nak jual anak-anak saya ke apa. Macam mana? Tolonglah Encik Hafiz Hakim... hantar kami ke Terminal Bas KL aja," ujar Izlene bersungguh-sungguh.

"Izzi... relaks, okey? Tujuan saya bawa awak ke sini sebab saya nak bagi awak, Dani dan Damia rasa selesa sementara saya nak uruskan everything untuk awak ke Sabah. Kerja dengan kawan saya. Faham?"

"Masalahnya awak ni siapa? Awak kaya. Mesti awak ada buat sesuatu, kan?" Suara Izlene naik seoktaf. Biasanya kalau dia dah cuak memang automatik dia akan naikkan ton suaranya itu.

Hafiz Hakim mengurut pelipisnya. Boleh tahan menyakitkan hati juga perempuan ni. Payah betul aku nak handle. Memang patut pun la kau masih jadi bujang terlajak, Fiz! Kata hatinya.

"Ya, saya memang ada buat sesuatu. Nak jadi kaya mana boleh duduk goyang kaki. Kenalah kerja." Katanya. Senada.


"Awak kerja apa? Jual orang?"

"Uish! Jauh terpesong fitnah awak tu. Saya bukan macam tu la. Saya just join FOREX. Luck saya. Dapatlah saha merasa duduk rumah besar macam ni. Dah, jelas? Puas hati?"

"FOREX tu bukan haram ke?"

"No comment. Dah la... masuklah, Izzi. Penat saya nak layan awak. Ke awak nak saya dukung awak masuk dalam?"

Dengar saja ugutan lelaki itu, cepat-cepat Izlene memecut masuk ke dalam rumah agam itu. Dia terkejut ketika bahunya terlanggar seseorang. Cepat-cepat dia memohon maaf.

"Maaf, mak cik. Izzi tak sengaja. Maaf, maaf." Ucapnya berulang kali.

"Eh, tak apalah. Mak cik tahu kamu tak sengaja. Siapa nama ni? Mak cik ni namanya Mak Siti. Pembantu rumah di sini," ujar perempuan separuh abad itu sekali gus menghulurkan tangan kanannya kepada Izlene.

Huluran itu disambut dengan penuh rasa hormat. Izlene mengucup belakang telapak tangan perempuan separuh abad itu persis dia mengucup tangan ibu dan ayahnya.

"Nama saya Izzi. Saya ka..."

"Izzi akan jadi tetamu kita untuk beberapa minggu ni, Mak Siti. Saya harap Mak Siti bagi layanan yang baik dekat Izzi dan anak-anak dia. Bila saya dah uruskan semuanya nanti saya akan hantar dia ke Sabah. Kerja dengan kawan saya." Belum sempat Izlene menghabiskan ayatnya, Hafiz Hakim terlebih dahulu memotong.

"Baik, Tuan Hafiz. Nanti di Sabah tu Puan Izzi akan kerja dengan Tuan Ayash ke?" soal Mak Siti. Dah lama jugalah dia tidak bersua muka dengan kawan baik majikannya itu. Last jumpa pun ketika arwah Dato' Manaf masih ada.

"Nampak gayanya macam tu la," jawab Hafiz Hakim lalu membuka ikatan tali kasutnya.

Dahi Izlene berkerut. Tadi jumpa mamat pelik ni. Lepas ni jumpa lelaki nama Ayash pula? Macam mana pula la perwatakan Si Ayash tu nanti? Menyeramkan macam Hafiz juga, kut?

"Boleh ke Puan Izzi ni kerja dengan Tuan Ayash tu? Mak Siti risau baru sehari kerja dah berhenti Puan Izzi ni nanti." Seloroh Mak Siti.

"Kenapa, Mak Siti? Dia garang ke orangnya?" soal Izlene, tiba-tiba. Entah kenapa hatinya berminat hendak ambil tahu perihal lelaki bernama Ayash itu.

"Haah, boleh tahan garang orangnya."

"Eh, tak adalah. Ayash tu okey aja orangnya. Pandai layan dia, eloklah dia nanti." Selar Hafiz Hakim.

Izlene menggaru dahinya. Matanya bergelintar seolah-olah sedang mencari sesuatu. Tiba-tiba baru dia teringat akan anak-anaknya itu.

"Mak Siti nampak si kembar tu tak?" soal Izlene. Dia dah mula gelabah tak tentu hala.

"Ada. Mak Siti hantar dia orang pergi playground dekat tingkat tiga," jawab Mak Siti.

Izlene tercengang. "Playground?"

"Haah. Di tingkat dua tu ada satu bilik Tuan Hariz jadikan playground. Biasa kalau anak-anak buah dia datang nanti dia orang akan main-main di situ."

Izlene diam tidak berkutik. Sepanjang dia hidup. Ini kali pertama dia tahu yang dalam sebuah rumah pun boleh ada playground.

"Dah. Izzi pergilah rehat. Anak-anak tu biarkan dia orang nak fun-fun. Beg-beg Izzi semua tu nanti saya suruh Mak Siti hantarkan ke bilik." Hafiz Hakim bersuara lagi.

"Eh, tak susahkan Mak Siti ke?"

"Tak susahkan pun la, Puan Izzi. Itu memang kerja Mak Siti," jawab Mak Siti bernada ceria.

"Come. Saya tunjukkan bilik awak."

Izlene mengekori langkah Hafiz Hakim ke tingkat satu. Setibanya di hadapan sebuah bilik yang dipilih oleh lelaki itu, Izlene memakukan langkahnya.

"This is your room. Semuanya dah siap. Pendingin hawa pun ada sekali. Confirm budak-budak tu nak tidur pun selesa. Awak suka tak bilik ni?" Tangan Hafiz Hakim masih setia memegang tombol pintu.

Izlene menjengah isi di dalam bilik tersebut. Tengok sekali imbas macam okey. Katil boleh tahan besar. Rasanya katil itu saiz King. Dihiasi lagi dengan cadar polkadot. Ada meja belajar dan ada pendingin hawa. Langsir pun tebal. Confirm cahaya tak masuk waktu pagi.

"Saya suka," jawabnya.

"Good! Awak boleh buat apa yang patut. Saya kena keluar lagi sekejap lagi. Nak jumpa client." Usai berkata sedemikian, Hafiz Hakim mengayun langkah ke dalam  biliknya.

Bam!

Izlene tercengang lagi. Kurang asam jawa punya mamat. Patutlah beria-ia letak aku dekat tingkat dua. Rupa-rupanya bilik dia depan bilik aku saja, gumamnya.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now