Bab 8

1.5K 68 2
                                    

SAMBAL belacan dicedok. Bekas polisterin itu ditutup dan diikat dengan gelang getah. Jamilah membetulkan kedudukan tudungnya sebelum mebawa bekas polisterin itu ke kaunter.

"Berapa Pak Ali?" soalnya.

"Enam ringgit saja. Setakat ayam nasi sayur. Sambal belacan aku tak kira la, Jah. Sikit sangat kau ambil tu," ujar Pak Ali selepas memeriksa isi di dalam bekas polisterin itu.

Jamilah tersengih lalu menyerahkan sekeping not sepuluh ringgit kepala lelaki separuh abad itu. Hari-hari dia nampak Pak Ali selalu memakai kopiah di kepalanya. Alim betul orangnya. Confirm Lalisa datang pun Pak Ali masih lagi cekal imannya.

"Aik... beli luar aja ke Jah? Tak masak hari ni?" Tegur Mak Esah yang tiba-tiba muncul di belakang Jamilah.

Jamilah menoleh lalu mencebikkan bibirnya. Malas betul dia nak bertegur sapa dengan perempuan tua itu. Sudahlah jahat. Kejam pula tu.

"Haah, beli luar ajalah, Kak Sah." Katanya.

"Banyak duit kau, Jah. Boleh kaya Si Ali ni kalau hari-hari kau beli nasi bungkus di warung dia ni." Usik Mak Esah.

Jamilah mencebik lagi. "Ala... anak angkat aku tu, kan kaya orangnya. Asal balik sini adalah dia hulur dekat aku lima ke enam ribu. Bagus budak tu."

Bersinar-sinar mata Mak Esah mendengar apa yang disampaikan oleh Jamilah itu. Dia kenal sangat dengan anak angkat perempuan itu. Hafiz Hakim namanya. Fikirnya lelaki itu duduk di KL tu cuma kerja cleaner ke security guard.

"Yakah, Jah? Macam mana boleh kaya Si Apiz tu? Aku fikir dia kerja biasa-biasa aja." Mak Esah sudah memeta sesuatu dalam benak fikirannya. Eloklah juga kalau dia satukan Hafiz Hakim dengan anak gadisnya. Sekurang-kurangnya berkembanglah juga otak Si Yanti tu nanti kalau duduk di KL.

"Usaha la, Kak Esah. Takkanlah cuma duduk bawah kelangkang emak aja hari-hari. Lainlah macam anak Kak Esah tu. Tinggal tunggu pewaris Firaun datang melamar." Sindir Jamilah di hujung ayatnya.

Mak Esah tersentap namun dia masih mengawal riak mukanya itu. "Kau... Jah, mulut..."

"Betul apa. Si Yanti tu disayang-sayang tapi Si Izzi tu yang baik perangai dibuang. Duit insurans pun semua Kak Esah sapu. Budak tu merayu-rayu nak pinjam duit dengan saya sebab nak keluar dari kampung ni. Katanya Kak Esah halau dia. Betul, kan?"

Berubah kelat muka Mak Esah. Kurang ajar kau, Izzi. Kau malukan aku lagi. Kau pergi cerita dengan si mulut puaka ni yang aku halau kau. Siap kau, Izzi. Kau balik aja sini memang aku ganyang kau sampai mati!

"Diam pulak Kak Esah kita ni. Tak apalah, Kak Esah. Jah balik dulu. Kesian kucing Meon tu hari-hari datang rumah Jah minta makan. Dahlah cacat kucing tu. Harap-harap dengan duit halal yang Jah salurkan untuk kucing tu boleh bawa Jah ke syurga," ujar Jamilah. Sengaja dia menekankan perkataan halal sekadar hendak menyakitkan lagi hati Mak Esah.

Kepergian Jamilah dihantar dengan ekor mata. Dendam kesumatnya kepada Izlene semakin membuak-buak. Kau tunggu, Izzi. Dasar menantu tak sedar diri!

"Kopi ais bungkus satu, Ali!"

"Takkan bungkus kopi ais aja, Mak Esah? Mak Cik Jamilah cakap dekat dua ratus ribu duit arwah Azam keluar. Belilah Starbucks ke apa ke baru rare! Ini kopi kedai Pak Ali jugak yang Mak Esah pilih. Tak ada kelaslah, Mak Esah." Sindir Sood, iaitu kutu rayau di Kampung Air Semubuk itu.

"Hei, Sood! Kau diamlah. Percaya aja kau cakap Si Jamilah gila tu!" Herdik Mak Esah.

"Laa... mengamuk pulak OKB kampung kita ni. Dapat duit insurans tu betulkan sikitlah rumah Si Meon tu, Mak Esah. Kesian saya tengok bumbung bilik air dia tu macam nak roboh dah. Kata orang apa tu, Min... Ala..." Sood menggaru-garu kepalanya.

"Buat amal jariah. Ambil pahala untuk dibawa ke mati." Sambung Amin, iaitu rakan baik kepada Sood.

Dua orang lelaki muda itu menghamburkan gelak mewah. Gelakan itu semakin menambahkan lagi bara dalam hati Mak Esah.

"Dah la, Ali. Aku cancel ajalah beli kopi ais kau tu. Benci aku tengok ada setan gondol dekat kedai kau ni!" Tempelak Mak Esah. Bergelek-gelek punggungnya melangkah keluar dari kedai Pak Ali.

"Hei, Esah! Siap dah air kau ni. Siapa nak bayar!" Panggil Pak Ali namun tidak dihiraukan oleh perempuan tua itu.

"Hawau betul dia panggil kita setan gondol. Ada juga aku rogol si janda tua tu, kang!" Bentak Amin.

"Sabar, sabar. Expired dah orang tua tu," ujar Sood. Amin merengus kasar.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now