PENAMPILANNYA diperlihatkan melalui pantulan cermin. Yanti berasa puas hati melihat dirinya. Walaupun tembam sana sini tetap cantik baginya. Gincu berwarna ungu dicalitkan ke bibir. Dia menyisir rapi rambutnya sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya.
"Lambatnya kau keluar, Yan... kematu punggung mak tunggu kau ni. Kita ni nak tunjuk muka aja dekat rumah Mak Cik Jamilah kau tu. Niat aku ni baik nak satukan kau dengan anak angkat dia tu," ujar Mak Esah sebaik sahaja melihat kelibat anaknya itu.
"Sabarlah mak. Nak jumpa bakal mak mentua kenalah cantik-cantik. Barulah Mak Cik Jamilah nak ambil Yan jadi menantu angkat dia." Juih Yanti.
Sebenarnya selepas Mak Esah ceritakan tentang Hafiz Hakim kepada dia beberapa hari yang lalu, gigih Yanti mencari akaun Instagram dan akaun Facebook milik lelaki itu. Daripada situlah Yanti tahu Mak Cik Jamilah tidak menipu.
Terbeliak mata Yanti ketika melihat gambar yang dikongsikan oleh Hafiz Hakim. Gambar bersama kereta mewah dan rumah besarnya itu. Terus meluap-luap keinginannya hendak menjadi the only one untuk Hafiz Hakim.
"Sabar tu memang boleh sabar masalahnya dah pukul sembilan malam ni, Yan. Kau lambat-lambat kang dah membuta orang tua tu." Bebel Mak Esah.
"Yalah, yalah. Dah la, jomlah." Yanti bergegas menyarungkan selipar ke kakinya. Dia berjalan terlebih dahulu tanpa menghiraukan ibunya itu.
MATA Izlene terarah kepada bekas makanan yang diletakkan elok di atas meja. Dahinya berkerut. Rasanya dia tak ada pun hantarkan makanan kepada anaknya itu petang tadi. Dia baru fikir nak order Foodpanda untuk anak-anaknya.
"Yeay! Ibu dah alik..." Damia dan Dani cepat-cepat memeluk kaki ibunya. Satu hari suntuk mereka tidak nampak Izlene. Rindu.
Izlene bertinggung lalu membalas pelukan si kembar. Dahi Dani dan Damia dikucup. "Dani dan Damia dah makan?"
"Dah, bu. Ciang tadi uncle gayang tu hantarkan makanan. Dani kongci dengan Mia," ujar Dani. Ceria.
Dahi Izlene berkerut. Ada siapa yang datang menjenguk anaknya ke sepanjang dia sibuk berperang di dapur siang tadi? Pelipisnya digaru.
"Siapa uncle garang tu?" soalnya. Ingin tahu.
"Uncle yang mayah mama cemalam." Beritahu Damia.
Melopong mulut Izlene. Patutlah majikannya itu beria-ia minta tapaw staff meal. Rupa-rupanya Ayash hendak berikan makanan itu kepada si kembar. Tanpa dia sedar terbit senyuman halus di bibirnya. Tidak sangka Ayash tidaklah teruk mana orangnya. Lelaki itu cuma boleh diumpamakan persis ais baju sahaja.
Ais batu pun kalau kena teriknya panas akan cair juga apatah lagi lelaki macam Ayash tu, getusnya dalam hati.
"Dah tu anak-anak ibu lapar lagi tak ni?" soal Izlene. Dagu Dani dan Damia dielus-elus persis dia mengelus kucing.
Damia dan Dani mengangguk serentak.
"Dani makan cikit tadi. Lebihnya Dani suruh adik yang makan. Dani nak jadi abang yang baik. Kan, pak tik pesan suruh Dani jaga adik," ujar Dani lagi.
"Baiknya anak ibu ni..."
Menitik jatuh air mata Izlene melihat pengorbanan si abang. Dani memang seorang anak yang mendengar kata. Cumanya mungkin Dani merindukan kasih sayang seorang lelaki bergelar ayah. Buktinya, senang saja Dani mendengar cakap Hafiz Hakim dan menuruti segala nasihat yang lelaki itu berikan.
"Dani dan Damia doakan ibu kuat, ya? Kita harungi semua ni sama-sama. Ibu janji akan bahagiakan kau orang berdua. Ibu akan kerja kuat demi Dani dan Damia," ujar Izlene bersungguh-sungguh.
YOU ARE READING
CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]
RomanceAYASH DATO' MANAF menggantikan tempat ayahnya sebagai 'General Manager' di sebuah hotel tiga bintang di Beufort, Sabah setelah ayahnya meninggal dunia. Disebabkan kesibukannya dalam kerja telah menyebabkan Ayash kehilangan sesuatu yang amat dia saya...