Bab 10

1.9K 74 2
                                    

BAGAIKAN mimpi di siang hari. Izlene tidak menyangka kakinya akan berpijak di Sabah. Selama ini dia belum ada pengalaman lagi sampai ke Sabah mahupun Sarawak. Paling jauh arwah suaminya membawa dia berbulan madu pun ketika di Port Dickson dahulu.

Izlene tidak menyangka Sabah merupakan salah satu negeri yang boleh tahan cantik. Bukan struktur sahaja yang cantik. Wanita-wanita di Sabah juga kebanyakannya cantik-cantik. Putih mulus kulitnya.

"Hafiz sewa kereta dulu. Lepas tu, Hafiz hantar Izzi dengan anak-anak ke The Gem Hotel, ya?" Hafiz Hakim bersuara. Sebelah tangannya memegang telefon lalu dilekapkan ke telinga.

Izlene mengangguk. Dia menunduk memandang si kembar. Dani dan Damia kelihatan teruja. Mata mereka tidak lepas daripada memerhatikan setiap sudut sisi bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu.

"Kita akan duduk sini ke, bu?" soal Dani inginkan kepastian. Kepalanya didongakkan.

Izlene mengangguk. "Buat sementara waktu kita duduk sini, sayang. Ibu kena kerja cari duit untuk besarkan Dani dan Damia. Lagi tiga tahun kau orang dah masuk tadika."

"Dengan pak tik cekali?" soal Damia pula.

Izlene terdiam. Sudah tentulah Hafiz Hakim hanya menghantarnya ke sini. Mustahil lelaki itu nak duduk sini sedangkan Hafiz Hakim dah ada properti sendiri di Kuala Lumpur sana.

"Mungkin..." Hanya itu jawapannya.

Tidak lama kemudian, Hafiz Hakim yang tadinya entah ke mana kembali mendapatkan mereka.

"Kereta yang saya sewa dah nak sampai. Get ready, ya," ujar Hafiz Hakim.

"Kenapa tak naik Grab aja?" soal Izlene. Sewa kereta bukannya murah. Kalau kereta yang dipilih ada standard rasanya boleh cecah hampir satu ribu bayarannya.

"Naik Grab tak bebas. Drive sendiri baru bebas. Saya mungkin akan stay di sini tiga hari. Saya nak jalan-jalan sampai puas. Sebab tu saya sewa kereta." Beritahu Hafiz Hakim.

"Oh..."

"Yup. Nanti sampai aja di hotel tu awak jangan banyak diam, ya? Kawan saya tak beberapa minat orang pendiam. Awak kena banyak cakap. Lagi-lagi awak tu pekerja. Kenalah beramah mesra dengan majikan." Pesan Hafiz Hakim.

"Kawan awak tu garang ke?" soal Izlene.

"Tak adalah garang cumanya saya rasa dia tengah ada masalah sekarang ni. Jadi awak kena kerja baik-baik. Tunjukkan prestasi awak sepanjang tiga bulan percubaan ni," jawab Hafiz Hakim.

"Insya-Allah. Dia memang orang Sabah, ya?"

"Tak la... dia orang KL. Cumanya lepas umur dia sepuluh tahun dia pindah ke Sabah bersama keluarga sebab arwah ayah dia ada buka business hotel di Beufort," jawab Hafiz Hakim lagi.

"Oh... umur dia berapa? Nama?"

"Sebaya saya, 28 tahun. Nama dia Ayash. Ayash bin Dato' Manaf."

Terbeliak mata Izlene. Fuh! Bukan kaleng-kaleng. Orang yang akan menjadi majikannya kelak merupakan seorang anak Dato'. Air liurnya diteguk.

"Sampai dah kereta. Jom." Ajak Hafiz Hakim sebaik sahaja kereta yang disewa sampai di depan mata.

TANGAN kanan dihulurkan untuk bersalaman. Tubuh Ayash ditarik ke dalam pelukan. Sudah berbulan-bulan mereka tidak bersua muka. Hanya berbual melalui ponsel sahaja. Hafiz Hakim duduk di kerusi berdepan dengan Ayash manakala Izlene dan si kembar duduk di sebelah kanannya.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now