Bab 19

1.7K 64 0
                                    

USAI menjamu KFC. Ayash bermain dengan telefonnya. Group The Gem Hotel dibuka. Kelihatan di situ Kris selaku senior sales and marketing memberitahu bahawa pukul tiga petang nanti akan ada function daripada Herbalife. Ayash menepuk dahinya.

"Siut la... macam mana la aku boleh terlepas pandang pasal function ni." Gumamnya. Memanglah dia tidak ada kena mengena berkaitan function yang berlangsung cumanya dia hendak melihat sendiri dengan matanya bagaimanakah function besar-besaran itu dilakukan.

Aplikasi WhatsApp ditutup semula. Ayash membuang pandang ke luar. Lama dia berfikir sebelum dia memberanikan dirinya untuk menelefon Hani Afirah. Mujurlah panggilannya itu sudi diangkat.

"Ada apa?" soal Hani Afirah di corong telefon.

"Saja I nak call you. You sihat?" soal Ayash pula.

"Alhamdulillah. Sejak I ditemukan dengan orang yang tepat ni I dah tak sakit kepala dah nak fikir pasal masa depan."

"Oh..."

Ayash berdeham. Dia tahu dia sedang disindir oleh gadis itu. Ayash menyandarkan badannya ke dada kerusi.

"Hani... walaupun I nampak you selalu post gambar dengan caption yang sweet dengan lelaki tu. Walaupun you bersetuju nak tunang dengan lelaki tu tapi I tahu you cuma buat semua tu sebab you sakit hati. Hakikatnya you masih cintakan I, kan?"

"You merepek apa ni, Yash?"

"Jangan tipu I. Kita bukan baru kenal. Kita kenal sejak umur tujuh tahun lagi. Kita kenal sejak family you dengan family I duduk berjiran di KL dulu. Kita kenal sejak ayah you kena posting satu tempat kerja dengan arwah papa I," ujar Ayash.

"Jadinya kenapa, Yash?"

"You lupa ke dulu sebelum you pindah ke Beufort dengan family you... you pernah janji dengan I yang you takkan tinggalkan I walaupun waktu tu kita ada masalah besar sekalipun. Kan?"

Kedengaran suara gelakan halus Hani Afirah di corong telefon. "Aduhai... waktu tu kita baru umur sembilan tahun la, Ayash. I cakap apa pun tak valid waktu tu sebab kita masih kecil. You faham tak?"

"Bagi I itu satu janji sayang. Sampai masa you tinggalkan I. You ada lelaki lain. You nak tunang dengan lelaki lain. Hani... I masih sayangkan you."

Hani Afirah mengeluh. "Macam mana I nak bagi you peluang lagi? You selalu berjanji tapi you mungkir janji you. Dari zaman belajar you janji macam-macam dekat I. Sampai masa you bagi alasan you sibuk uruskan hotel papa you. I tak boleh terima benda tu, Ayash."

"I janji dengan you. Bila I dah stabilkan The Gem ni I akan terus masuk meminang you. Tolong la bagi I peluang terakhir. You pujuk la ibu dan ayah you untuk terima I, Hani." Kata Ayash separuh merayu.

"Tengok la... you berani lagi nak berjanji dengan I. Dah la Ayash. I dah muak dengan janji you. My parents pun... daripada dia orang suka dengan you terus jadi meluat tahu tak. I ni perempuan Ayash. I ada keinginan nak kahwin. You faham tak!"

"I faham cuma I minta sikit saja waktu dengan you Hani. I betul-betul ikhlas sayangkan you. I jatuh cinta dengan you sejak umur I 12 tahun lagi. Bila kita jumpa balik di Beufort lepas arwah papa I buka business hotel di sini."

"Dah, Yash, dah. Please move on!"

"Tak boleh Hani. I..."

"Jangan paksa I dah. I akan tunang jugak dengan Adhwa tu lepas I dengan parents I pindah ke KL semula. I harap you faham."

Membuntang mata Ayash. Tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Hani Afirah ingin berpindah semula ke Kuala Lumpur.

"Maksudnya you tak duduk di Beufort lagi?" soalnya mahukan kepastian.

"Yes! Sebab ayah I tak nak I rapat dengan you lagi. Sebab tu kita orang nak pindah and please jangan cari I. Semakin you cari I, I akan semakin jauh daripada you. Ayash, kalau you betul-betul sayangkan I please just biarkan I bahagia dengan pilihan hati parents I."

"Sayang. Please den..."

Tut... tut... tut...

Ayash kecewa kerana Hani Afirah mematikan panggilan begitu sahaja. Dia cuba menelefon perempuan itu sekali lagi tapi panggilannya kena voice mail. Ayash tahu Hani Afirah dah menyekat nombornya. Jiwanya kacau. Hatinya memberontak. Tidak tahan berlama-lamaan di KFC kerana fikirannya sedang bercelaru, Ayash bangun dan keluar dari bangunan KFC itu.

HAMPIR seratus orang datang bertandang ke The Gem Hotel bagi meraikan function yang sedang berlangsung. Keadaan yang padat itu membuatkan aktiviti menghantar makanan ke dewan menjadi sukar kerana dikelilingi oleh ramai orang.

"Maaf... maaf... tumpang lalu." Lemah lembut suara Izlene ketika meminta izin masuk ke dalam perut lif sambil menolak troli berisi fish and chips bersama kuah black pepper.

Tidak lama kemudian Jenny pula melangkah masuk ke dalam perut lif sambil membawa beberapa mangkuk mushroom soup.

Setibanya di dewan, Izlene tergamam melihat keadaan dewan yang luas dan dihiasi dengan berbagai-bagai aneka bunga. Pandai betul banquet department menghiasi dewan tersebut. Dah macam dewan yang digunakan untuk majlis perkahwinan pula.

"Thanks." Seorang pelayan wanita yang mengenakan kemeja berwarna putih dan disarungkan lagi dengan rompi berwarna hitam mengambil troli yang ditolak oleh Izlene lalu makanan itu disusun rapi di atas meja bulat yang telah disediakan.

"Sama-sama." Ucap Izlene lalu butang lif ditekan.

Setibanya di dapur. Izlene bergegas membersihkan segala kulit-kulit bawang yang bertaburan di lantai. Penat jugalah menyiapkan makanan tadi. Walaupun tugasnya hanya membantu Jenny menyediakan bahan-bahan memasak tapi kira penatlah juga sebab tak boleh duduk.

"Izzi... Izzi..." Panggil Jenny yang tiba-tiba muncul di ambang pintu dapur.

"Ya, cef." Sahut Izlene.

"Sediakan lagi bahan-bahan untuk buat fish and chip tu. I rasa nak kena goreng lagi ni. Macam tak cukup aja dekat atas tu."

"Bukan dah keluarkan lapan puluh pack ke?" Izlene berkerut kening. Setahunya kalau nak keluarkan makanan kena ikut pada jumlah yang pelanggan pesan.

"Memang cumanya I tengok macam ramai yang datang last minutes. Tak apa stand by aja. Nanti pandai-pandai I la jawab dekat account department."

Izlene akur kerana perempuan itu ialah ketuanya. Apa-apa pun nanti mesti pihak pengurusan akan berurusan dengan Jenny juga. Tanpa melengahkan masa Izlene segera menyediakan apa yang patut untuk meringankan beban Jenny.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now