3.45 petang...
Plak..
Kunci pintu tandas pesawat itu terbuka. Tepat di hadapannya, pramugari yang merupakan bekas teman wanitanya itu, berdiri.
Buat beberapa saat, iris mata coklat uniknya serta iris mata hitam berkilat itu, saling menusuk pandangan antara satu sama lain.
"Excuse me.." Saat Nedinena mula menundukkan kepalanya, pandangan mereka sebentar tadi, masing-masing terputus.
Essac cuba kekal memandang raut wajah cantik di hadapannya, namun, sayangnya Nedine tidak mengizinkan. Kepalanya terus ditundukkan.
Essac bergerak ke tepi memberi sedikit ruang kepada bekas teman wanitanya itu untuk masuk ke dalam tandas.
Baru saja Nedinena mengambil peluang ingin melangkah masuk ke dalam tandas pesawat yang berada di belakang bekas teman lelakinya, lengannya ditarik lelaki itu.
"We only have three hours left before landing.. can't we just spend the remaining time together?" Dia bisikkan soalan itu lembut di telinga Nedinena.
Wanita itu masih senyap. "Siapa nak spend time dengan you? Baik habiskan masa tiga jam tu tidur." Heh, masih jual mahal.
Essac memusingkan bebola matanya ke atas. Susah betullah nak pujuk ex-girlfriend ni.
"You marah sebab I tipu you tadi?" Ya. Sejak kes dia prank Nedinena tentang tidurnya tadi, wanita itu sikit pun tidak menjenguknya lagi, bahkan setelah beberapa kali dia tekan loceng memanggil pramugari.
Pramugari lain yang datang. Haish. Ya, tak pasal-pasal dia dimarah oleh Dura kerana asyik memanggil. Hmm..
"Tak." Sepatah saja jawapan, cukup membuktikan yang dia marah. Essac mengherot bibir mengukir senyum. Nedine, Nedine, kalau nak menipu pun, agak-agaklah, raut wajah yang masam mencuka itu, jelas menunjukkan yang dia sedang marah.
"Alololo, merajuk ke?" Dia usik Nedinena buatkan wanita itu mendengus geram. "Diamlah!" Terus dirinya dijeling sekilas.
"Diam konon, nanti rindu pula nak dengar suara seksi I, kalau I diam, macam mana you nak lepas rindu tu dear?" Dia dekatkan wajahnya dengan wajah Nedinena yang sedang diserang bahang.
Merah pipinya saat Essac kata begitu. "You ni, nama je student Harvard, tapi tak serupa student Harvard, tak faham bahasa. Macam mana ha lecturer you ajar you?"
Tangan disilang ke dada. Dia pandang bekas teman lelaki atas bawah. Apa? Ingat dah buat dia blushing, senang-senang nak harap yang dia akan jatuh hati balik? Nope!
"At Harvard, all the lecturers not as beautiful as you, so that's why I can keep myself focus.. I become weak at my joints when I see you dear." Liur diteguk beberapa kali. Saat Essac mula mengepung dirinya, dia cuba lari, namun, baru saja kaki panjang persis model fesyen itu hendak lari masuk ke dalam tandas, tubuhnya dipusingkan.
YOU ARE READING
11 HOURS TO BOSTON ✓
Romance[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam sebuah penerbangan cinta menuju ke Kota Boston, hati mereka mula keliru dengan perasaan masing-masing. Kini, Safieyah Nedinena dan Es...