11 Hours To Boston: Bab 61

2.5K 117 4
                                    

"Hurm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hurm... abang penat-penat panjat balkoni dah macam Romeo nak jumpa Juliet semata-mata nak bagi sayang makanan ni. Sayang kuis-kuis je makanan tu, makan la sikit."

Wajah sengaja dicemberutkan sesambil dia duduk di hadapan isterinya yang masih bersandar di kepala katil. Walaupun Nedine akui, aksi Essac sangat mencuit hati, tetapi itu tetap tidak akan mampu mengubah situasi yang sedang dia alami ketika ini.

"I tak ada selera," jawabnya lalu menghulurkan kembali bekas yang terisi nasi goreng cina kepada suaminya. "Kalau tak ada selera pun, kena makan juga walaupun sikit, nanti sayang sakit, abang nak kena balik Boston lusa. Nanti tak pasal-pasal kena ambil tindakan sebab lama tak masuk kelas."

Nedine yang mendengar itu, seakan terkesan. Essac hendak pulang ke Boston? Tinggalkan dia sendiri?

"Y.. you.. nak tinggalkan I ke?" Suara Nedine bergetar, dalam masa yang sama, air mata kian gugur membasahi pipi merahnya. Bibir pucatnya diketap.

Essac cemas. Dia kemudian lekas meletakkan bekas makanan yang dipegangnya ke meja yang terletak kemas bersebelahan katil.

Tangan si isteri kemudian digenggam. Dia semakin membunuh jarak antara mereka. Posisi mereka rapat, sungguh rapat.

Pipi Nedine yang basah dan merah dikesat lembut. Dia mengangkat wajah pucat itu memandangnya. "Sayang nak ikut abang balik Boston?" Tidak sampai satu saat soalan itu dilontarkan, Nedine mengangguk.

"I.. I tak nak tinggal sini, nanti.. nanti Syed datang cari I.. semalam I mimpi.. dia kata dia nak balas dendam sebab you masukkan dia dalam penjara." Nedine kelihatan takut-takut. Tubuhnya menggigil. Essac resah dengan keadaan isterinya.

Laju Essac menarik tubuh kecilnya ke dalam pelukan hangat. Rambut panjang Nedine yang cantik terlerai, diusapnya lembut. Lebih lembut daripada tadi.

"Shh... dear... no one can touch you anymore... you'll be safe, I'll make sure you'll always be safe. I protect you from now on... trust me... no one can get close to you without my permission..." Dikucup perlahan dahi Nedine buatkan isterinya lebih tenang daripada tadi.

Essac agak terkejut, dia tidak sangka apa yang telah berlaku, meninggalkan kesan sebegitu dalam buat Nedine. Dia patut tiba lebih awal waktu itu.

••••••••••••••••••••••••••

Flashback...

Pengumuman yang baru saja menyatakan bahawa penerbangan ke Boston terpaksa ditangguh kerana terdapat beberapa masalah berkaitan pesawat, buatkan dia mengeluh.

Telefon dibuka. Nombor rakan baiknya, Ghaze, didail.

"Assalamualaikum bro.. so? Dah nak fly ke?"

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now