11 Hours To Boston: Bab 64

2.6K 116 3
                                    

"Dura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dura.. duduk dulu, jangan macam ni, dari semalam you resah macam ni, makan tak minum tak, nanti you sakit macam mana?"

Dura menggeleng kepalanya sambil kuku terus dikopek, sesekali dia menggigit hujung kukunya untuk menghilangkan rasa takut dan cemas.

"Ghaze.. anak I hilang! Anak I Ghaze! Kalau jadi apa-apa dekat Stella macam mana? Apa kita nak buat?" Dia terus bermundar-mandir di ruang tamu luas itu.

Ghaze yang berdiri bertentangan isterinya di ruang itu, kian cuba merapati Dura. Dia menarik isterinya merapati dirinya kembali.

"Dura, Dura... listen, I akan cari anak kita. I akan cari Stella. I janji dia tak akan apa-apa." Yakin, dengan nada penuh keyakinan itu, dia membuatkan Dura berhenti dari terus bermundar-mandir.

Namun, lain pula jadinya. Dura tiba-tiba menyembam muka ke dadanya. Tidak hampir beberapa saat, dia sudah rasa bahagian dada bajunya kini basah. Dura menangis?

"Shh sayang.. jangan macam ni, percaya cakap I, I akan cari Stella, I akan bawa dia balik." Dura tersedu menangis. Ghaze sekadar membiarkan isterinya begitu. Dia terus mengusap kepala isterinya dan terus meyakinkan Dura, mereka akan jumpa Stella.

"Tengku.. I think you want to see this." Luq, yang merupakan seorang pembantu peribadi dari Malaysia yang diupah Ghaze untuk mencari Estella, muncul dari tingkat atas.

"What?" Soal Ghaze seraya menarik Dura yang masih tersedu-sedu duduk di sofa. iPad yang berada dalam tangan Luq, kini berganti tangan dengannya.

Saat apa yang terpapar pada skrin iPad itu menjadi tumpuan, dia mengetap kuat rahangnya. "Track me the location. Now Luq!"

Ya, video Estella yang ditempatkan di suatu bilik gelap, tubuh kecilnya terikat pada kerusi yang sedang diduduknya. Mulut serta matanya ditutup rapat menggunakan kain berona hitam yang kotor.

Suara Ghaze diselubungi seribu satu kemarahan. "Ghaze.. macam mana ni?" Dura menggenggam erat tangan suaminya seolah benar-benar mengharapkan agar Ghaze mengotakan janji untuk kembalikan Stella kepadanya.

"Sayang... trust me.. just please trust me." Dia mengucup lama dahi Dura. Sebenarnya, dia berdebar juga, kerana itu kali pertama dia kucup Dura selama itu. Bahkan di saat sesi mereka menyarungkan cincin pada hari pernikahan, tempoh masa kucupan berlabuh di permukaan dahinya hanyalah sekadar kosong perpuluhan satu saat.

Namun, itu bukan apa yang diendahkan sangat, apa sebenarnya yang menjadi tumpuan ialah... Dura memeluk lehernya dengan erat sekaligus bertukar tempat melabuhkan punggung ke permukaan ribanya.

Timbul sedikit rasa gembira dalam keadaan ini, gembira kerana seperti dia dapat rasakan, cinta Dura sudah mula berputik untuknya.

"I bring her back.. I promise." Dia terus mengusap belakang isterinya dengan lembut. "I'll be prepare outside." Luq yang seakan memahami situasi suami isteri itu, meminta diri ke luar terlebih dahulu bersama dengan sepucuk pistol menuju ke kereta.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now